Categories
NASIONAL

DAP bidas tindakan NGO tawar habuan tampar Teresa

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 FEB: DAP membidas sikap biadap badan bukan kerajaan (NGO) yang menawarkan habuan sehingga RM1,200 untuk individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan merakamnya.

Pengarah Strategi DAP, Ong Kian Ming, berkata tindakan itu disifatkan melampau dan polis perlu mengambil tindakan segera berhubung perkara terbabit.

Katanya, DAP akan membuat laporan polis di seluruh negara dalam masa terdekat berhubung tindakan NGO berkenaan.

Ong Kian Ming 01“Ini adalah satu tindakan yang terlampau oleh pihak tidak bertanggungjawab.DAP akan membuat laporan polis di seluruh negara untuk mendesak pihak polis menyiasat kes ini dan mengambil tindakan sesuai,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Katanya, setakat ini DAP tidak mengambil sebarang langkah untuk melindungi keselamatan Teresa dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis.

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menyifatkan tindakan terbabit sebagai memalukan dan turut mendesak campur tangan dan tindakan serius daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Polia Negera berhubung isu berkenaan.

gobind0408Semalam, NGO yang menggelarkan diri mereka ‘Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia’ mengadakan protes yang dipercayai sebagai reaksi kepada video Tahun Baru Cina yang bertajuk ‘Onederful Malaysia CNY 2014’.

Memetik laporan media, tawaran berbentuk wang tunai itu dibuat aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang pada awalnya menawarkan RM500 sebelum nilai upah berkenaan dinaikkan.

Sebelum itu, Teresa yang juga bekas Exco Selangor membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur berhubung gangguan yang diterima.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Desas desus harga tol naik: BN tambah bebanan rakyat

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 10 DIS : Kerajaan pusat diingatkan tidak sesuka hati menaikkan kadar tol selepas kenaikan beberapa harga barang dan perkhidmatan yang berlaku dalam tempoh singkat.

Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen, berkata jika benar kerajaan pusat berhasrat menaikkan kadar tol, mereka diminta untuk mendedahkan terma perjanjian konsesi kepada umum dan jangan menggunakan alasan tidak masuk akal.

Wong ChenKatanya, pakar ekonomi dan rakyat dapat menilai kewajaran tindakan kerajaan itu dengan adanya pendedahan perjanjian konsesi daripada pihak terbabit.

“Jika benar telus, dedahkan berapa kos pembinaan sesuatu lebuh raya dan jumlah kutipan yang dibuat sepanjang ia beroperasi.

naik tol“Jangan mudah bebankan rakyat tetapi syarikat kroni kenyang dengan hasil yang dikaut berlipat ganda sejak bertahun lamanya,” kata Wong Chen.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kelana Jaya dihubungi Selangorkini bagi mengulas desas-desus bahawa kadar tol di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang akan dinaikkan pada tahun hadapan.

Dakwaan itu mula timbul ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof bahawa kerajaan pusat akan membuat keputusan sama ada kadar tol akan kekal atau dinaikkan, pada awal Januari ini.

Fadillah berkata, kerajaan pusat dapat menjimatkan sehingga RM 400 juta setahun jika bayaran pampasan kepada syarikat konsesi dihentikan.

gobind0408Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku kenaikan harga tol seperti yang dijanjikan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, terutama ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

“Kerajaan juga berkali-kali menjawab kepada saya di Parlimen bahawa mereka sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kadar tol dan kesesakan trafik di lebuh raya sekitar Lembah Klang.

“Adalah tidak masuk akal untuk tol dinaikkan sedangkan kenderaan yang menggunakan lebuh raya semakin hari meningkat, bermakna banyak juga kutipan tol yang dikaut syarikat konsesi. Jadi, kerajaan perlu menjelaskan perkara ini dan bukannya menaikkan kadar tol,” katanya.

-NFN-