Categories
NASIONAL

DAP bidas tindakan NGO tawar habuan tampar Teresa

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 FEB: DAP membidas sikap biadap badan bukan kerajaan (NGO) yang menawarkan habuan sehingga RM1,200 untuk individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan merakamnya.

Pengarah Strategi DAP, Ong Kian Ming, berkata tindakan itu disifatkan melampau dan polis perlu mengambil tindakan segera berhubung perkara terbabit.

Katanya, DAP akan membuat laporan polis di seluruh negara dalam masa terdekat berhubung tindakan NGO berkenaan.

Ong Kian Ming 01“Ini adalah satu tindakan yang terlampau oleh pihak tidak bertanggungjawab.DAP akan membuat laporan polis di seluruh negara untuk mendesak pihak polis menyiasat kes ini dan mengambil tindakan sesuai,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Katanya, setakat ini DAP tidak mengambil sebarang langkah untuk melindungi keselamatan Teresa dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis.

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menyifatkan tindakan terbabit sebagai memalukan dan turut mendesak campur tangan dan tindakan serius daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Polia Negera berhubung isu berkenaan.

gobind0408Semalam, NGO yang menggelarkan diri mereka ‘Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia’ mengadakan protes yang dipercayai sebagai reaksi kepada video Tahun Baru Cina yang bertajuk ‘Onederful Malaysia CNY 2014’.

Memetik laporan media, tawaran berbentuk wang tunai itu dibuat aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang pada awalnya menawarkan RM500 sebelum nilai upah berkenaan dinaikkan.

Sebelum itu, Teresa yang juga bekas Exco Selangor membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur berhubung gangguan yang diterima.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.