Categories
GLOBAL

Letusan Gunung Agung: Rakyat Malaysia terjejas disediakan bas percuma

KUALA LUMPUR 29 NOV: Rakyat Malaysia di Bali yang terjejas disebabkan penutupan Lapangan Terbang Gusti Ngurah Rai, susulan letusan Gunung Agung, boleh meninggalkan kawasan itu menggunakan bas percuma disediakan dari lapangan terbang itu ke Terminal Bas Mengwi.

Wisma Putra dalam kenyataan malam tadi berkata perjalanan dari lapangan terbang itu ke terminal bas berkenaan mengambil masa satu jam.

Beberapa perkhidmatan bas disediakan pula dari terminal bas tersebut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya (12 jam perjalanan), Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto di Yogyakarta (18 jam perjalanan), Lapangan Terbang Blimbingsari di Banyuwangi (6 jam perjalanan) atau Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta (25 jam perjalanan).

“Sila hubungi syarikat penerbangan berkaitan untuk mendapatkan jadual dan tiket penerbangan keluar dari lapangan-lapangan terbang tersebut,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata mereka boleh menghubungi Bali Tourism Board di talian + 62 812 461 19889/ +62 877 554 689166 untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan bas atau Posko Pelayanan Gunung Agung di Lapangan Terbang Gusti Ngurah Rai di talian +62 361 9351011 ext.6300.

Selain itu mereka perlu menghubungi Bali Tourism Board dan operator syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat penerbangan dan pembukaan semula lapangan terbang itu.

Susulan beberapa letusan Gunung Agung, Lapangan Terbang Gusti Ngurah Rai ditutup sejak semalam.

Untuk mendapatkan bantuan konsular, rakyat Malaysia juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan Pejabat Konsul Kehormat Malaysia di Bali.

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI JAKARTA, INDONESIA

Jl. H.R Rasuna Said
Kav. X/6, No. 1-3, Kuningan
12950 Jakarta Selatan

Tel: +62 215224947 / +62 81380813036 (24 jam)
E-mel :[email protected]
Website :http://www.kln.gov.my/web/idn_jakarta/home

KONSUL KEHORMAT MALAYSIA DI BALI

Puri Kumara Sakti, Jalan Bentuyung
Ubud, Gianyar, 90571, Bali

Tel. : +62 361973182/+62 81237154050
E-mel : [email protected]

Twitter handle : https://twitter.com/MYEmbJKT
Facebook link : https://www.facebook.com/EmbassyMalaysiaJakarta/

 

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
GLOBAL

Gunung Berapi Agung: 100,000 diarah pindah, penerbangan terjejas

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL/ASIA: 27 NOV: Hampir 100,000 penduduk yang tinggal sekitar Gunung Berapi Agung di Kepulauan Bali diarahkan berpindah ketika mana 40,000 sudah berpindah ke kawasan selamat.

Jurucakap agensi pencegahan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata penduduk juga diarahkan berhati-hati disebabkan aliran larva sejuk juga boleh memberikan ancaman kepada penduduk.

“Banjir lahar hujan sudah terjadi di beberapa tempat di lereng Gunung Agung. Hujan akan meningkat.

“Jangan melakukan aktivitas di sekitar sungai. Radius 8-10 km harus kosong dari aktivitas masyarakat,” tulis Sutopo di laman twitternya.

Beliau berkata tidak semua penduduk sudah berpindah. Masih ada yang enggan kerana haiwan ternakan mereka tidak dipindahkan lagi.

“Malah ada di antara mereka masih merasa selamat,” katanya sambil menambah anggota keselamatan sedang memujuk orang ramai untuk berpindah, walaupun mereka boleh dipindahkan secara paksa.

Jurucakap lapangan terbang, Air Ahsanurrohim berkata 445 penerbangan dibatalkan, melibatkan kira-kira 59,000 pelancong.

Penutupan itu berkuatkuasa sehingga pagi esok walaupun pegawai berkata keadaan itu akan dikaji semula setiap enam jam.

Status amaran Gunung Agung dinaikkan daripada peringkat kedua tertinggi kepada peringkat tertinggi hari ini.

Selain itu, letusan gunung berapi itu turut disertai bunyi dentuman yang kedengaran sehingga radius 12 kilometer.

Kali terakhir Gunung Agung meletus ialah pada 1963, mengorbankan 1,100 orang.

Gunung Agung adalah gunung tertinggi di pulau Bali dengan ketinggian 3,142 meter dari paras laut.

Gunung Agung adalah gunung berapi tipe strato, gunung ini memiliki kawah yang sangat besar dan amat dalam yang kadang-kala mengeluarkan asap dan wap air.

Dari puncak gunung Agung kita dapat melihat puncak Gunung Berapi Rinjani yang berada di pulau Lombok, meskipun kedua gunung tertutup awan karena kedua puncak gunung tersebut berada di atas awan.

=EZY=

 

Categories
GLOBAL

Amaran letusan Gunung Berapi Agung dikeluarkan

BALI 19 SEPT: Pihak berkuasa Indonesia menaikkan tahap amaran gunung berapi di Gunung Agung di Bali dari waspada menjadi siaga, lapor Agensi Berita CNN INDONESIA.

Ekoran peningkatan tahap amaran itu Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan menggandakan saiz zon bagi lingkungan tidak berada di sekitar gunung berapi sehingga 7.5 km ke arah utara, tenggara dan selatan-barat daya.

Meskipun sudah berstatus siaga, sejauh ini belum ada laporan adanya hujan abu atau material vulkanik lainnya seperti ditularkan di media sosial.

Sementara hasil analisis satelit Aqua dan Terra dari LAPAN menunjukkan adanya tiga titik panas kebakaran hutan dan di sekitar utara-timur laut dari kawah Gunung Agung dalam 24 jam terakhir.

6ac40e03-c84f-48bf-86f4-6dc688eeb42c_169Penduduk berhampiran diberitahu supaya bersedia untuk pemindahan sekiranya tahap amaran dinaikkan lagi.

Aktiviti gegaran gunung berapi di Gunung Agung, yang merupakan gunung tertinggi di Bali, meningkat awal bulan ini.

Mengikut rekod, Gunung Agung meletus pada 1908, 1823, 1843 dan 1963.
Letusan kali terakhir pada Mac 1963 mengorbankan kira-kira 1,100 nyawa dan mengakibatkan awam hitam tebal setinggi 10 km.

=EZY=