Categories
GLOBAL

MAPIM-Hijjaz teruskan Misi Bantuan Kecemasan Rohingnya di Bangladesh

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 23 FEB: Delegasi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama kumpulan nasyid tanah air, Hijjaz meneruskan Misi Bantuan Kecemasan Rohingnya di kem pelarian Bangladesh, bermula 22 hingga 26 Februari.

Menerusi laman facebooknya, MAPIM memohon rakyat Malaysia mendoakan misi terbabit dipermudah.

Selain itu, MAPIM juga menyeru masyarakat prihatin untuk terus menyalurkan sumbangan bagi membantu warga Rohingnya di sana.

Sumbangan Tabung Rohingnya boleh dibuat menerusi www.danarohingya.com atau terus ke akaun Rohingya Emergency Appeal – MAPIM 2142 5760 0213 72 (RHB Bank)

Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan Rohingya sebagai etnik paling teruk dianiaya di dunia, dengan krisis penindasan yang dihadapi mereka selama puluhan tahun.

Sehingga kini, dianggarkan 9,000 etnik Rohingya dibunuh rejim Myanmar di negeri Rakhine sejak kempen ketenteraan pada 25 Ogos lalu.

Categories
NASIONAL

Klip video Hijjaz, Pejuang Al Qassam jadi viral di Youtube

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 JULAI: Kumpulan nasyid terkenal, Hijjaz menterjemah lagu rasmi pejuang pembebasan Palestin, Briged Al Qassam kepada bahasa Malaysia sebagai tanda solidariti terhadap kumpulan yang kini dikecam barat sebagai antara kumpulan pengganas.

Klip video berdurasi 5 minit 34 saat yang diberi tajuk Pejuang Al Qassam dimuatnaik ke laman Youtube sejak 13 Julai lalu dan sehingga kini sudah mencatatkan hampir 68,000 tontonan.

10511613_10152254468717945_8856105899983604353_oLagu berkenaan berkisahkan pengenalan terhadap Briged Al Qassam yang kini menjadi tunjang utama menentang rejim Zionis demi membebaskan Palestin yang kini diserang.

Difahamkan lagu itu mendapat reaksi luar biasa daripada media Arab serta Gaza apabila video klip terbaru Hijjaz dimuat turun serta ditayangkan berulang kali dikaca TV Gaza.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, klip video itu dilihat hanya satu nasyid yang berunsur keagamaan dan tidak ada hubung kait dengan jihad.

Penubuhan Briged Al Qassam, sebuah sayap tentera Hamas dipelopori pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada, pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

-NFN-