Categories
SELANGOR

Bangunan baharu Hospital Tanjong Karang dijangka siap November 2020

TANJONG KARANG, 15 JUN: Penduduk Tanjong Karang kini mampu menarik nafas lega apabila projek pembinaan bangunan baharu Hospital Tanjong Karang dijangka disiap sepenuhnya menjelang November 2020.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerja-kerja menanam cerucuk sudahpun bermula pada tapak projek pembinaan yang tertangguh sejak sedekad lepas.

“Dalam usaha memastikan rakyat mendapat perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik, Kementerian Kesihatan komited menaik taraf hospital ini sebagai sebuah hospital yang memiliki pakar (perubatan), selain menambah kapasiti katil pesakit.

“Hospital baharu ini bakal menjadi ‘hospital pakar minor’ dengan kapasiti 150 katil dan menawarkan sembilan kepakaran selain kecemasan dan perubatan am, iaitu pembedahan am, ortopedik, pediatrik, obstetrik dan ginekologi, anestesiologi dan rawatan kritikal, radiologi dan psikiatri,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 40 pesakit di Hospital Tanjong Karang sempena sambutan Aidilfitri di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah Hospital Tanjong Karong Dr Mohd Zamri Wagiman.

SUMBER: BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Percepatkan hospital baru Tanjong Karang, elak tragedi HSA berulang

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 OKT: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar digesa mengotakan janji mempercepatkan pembinaan hospital baru di Tanjong Karang bagi memastikan kejadian hospital terbakar di Johor Bahru tidak berulang.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, hospital sedia ada di Tanjong Karang itu sudah lama serta berada dalam keadaan uzur dan kurang kelengkapan.

Katanya, hospital yang mula beroperasi pada 1966 itu sudah tidak mampu menampung kepadatan pesakit pada masa kini ekoran pertambahan penduduk saban tahun.

“Harap Noh Omar maklum tentang berita mendukacitakan dari Selatan semalam dan ambil iktibar serta cepat-cepatlah tunaikan janji.

“Kata hebat sangat, jadi apalagi yang ditunggu.

“Selagi tak ditunaikan, Noh tak layak bercakap pasal Selangor (Kerajaan Negeri),” katanya kepada SelangorKini.

cvk-dt5ueaavrckSemalam, enam pesakit maut dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang dibina pada 1882.

Suee Lim berkata, tindakan Noh yang sering berdolak dalih memberi petanda seolah hospital berkenaan lama lagi akan dibina.

“Dulu masalah teknikal, sekarang pun masalah teknikal, tiada alasan munasabah lainkah?

“Saya cuma mahu berpesan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,” kata Suee Lim.

Pada 18 Februari 2013, iaitu tiga bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), Noh mengumumkan Hospital Kedua Tanjong Karang bakal dibina di Sungai Terap, Kuala Selangor di atas tanah seluas 16 hektar.

Semalam, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kelewatan pembinaan hospital berharga RM269 juta itu disebabkan masalah teknikal antara pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu juga berkata kerajaan terpaksa menambah peruntukan RM19 juta lagi kepada pembinaan hospital itu yang pada awalnya dianggar RM250 juta.

EZY

Hospital Tanjong Karang dijangka siap 2019

Tertangguh sekian lama, pembinaan Hospital Tanjong Karang dijangka bermula penghujung 2016 dan dijangka siap pada 2019.

Categories
SELANGOR

Hospital Tanjong Karang dijangka siap 2019

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 31 MAC: Projek pembinaan Hospital Tanjong Karang dijangka bermula penghujung 2016 selepas tertangguh sejak sekian lama.

Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata projek itu kini dalam proses pelantikan kontraktor dan surat setuju terima akan dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) pada akhir bulan ini.

DAROYAH DNS 2016“Projek pembinaan hospital ini dijangka siap pada 2019. Peruntukan pembinaan hospital ini dibawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11) dengan kos RM269 juta,” katanya.

Katanya, hospital ini hanya dikenakan premium nominal berjumlah RM10 sahaja.

Jelas Daroyah, Kerajaan Negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya supaya hospital akan dibina di atas tanah seluas 40 ekar ini dapat disiapkan segera.

Dijangkakan penduduk di koridor utara Selangor seperti daerah Tanjong Karang dan Kuala Selangor bakal menikmati kemudahan itu apabila ia siap sepenuhnya kelak.

-nR-