Categories
SELANGOR

80.4% responden setuju Hijrah selesai masalah kewangan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 JUN: 80.4 peratus responden di Sungai Besar mengakui Hijrah Selangor mampu menghapuskan hutang petani dan nelayan dipinjam daripada peraih (orang tengah).

Berdasarkan tinjauan rawak Institut Darul Ehsan (IDE), konsep, struktur dan kaedah pembayaran ditawarkan skim mikrokredit itu berjaya meringankan beban peserta.

“Seperti sedia maklum, kumpulan petani dan nelayan sering menghadapi masalah kewangan untuk mengembangkan jualan hasil yang diusahakan.

Grafik-2 (1)“Kebergantungan modal daripada peraih pula mengurangkan margin keuntungan jualan petani dan nelayan hingga menyukarkan Kerajaan Persekutuan untuk menanganinya.

“Justeru, respon positif berkenaan Hijrah mencetuskan mekanisme penyelesaian masalah oleh Kerajaan Pakatan Selangor di bawah kepimpinan Dato’ Seri Mohammed Azmin Ali,” katanya dalam kenyataan.

Laporan itu berdasarkan tinjauan rawak Institut Darul Ehsan (IDE) pada 14 dan 15 Mei lalu di Parlimen Sungai Besar, sejak program terbabit diwujudkan tahun lalu.

Pada masa sama, tinjauan IDE mendapati 9.8 peratus penduduk Sungai Besar menerima manfaat daripada bantuan Hijrah.

“Daripada jumlah itu, 78.4 peratus adalah (peserta) tidak bermajikan, tidak mempunyai peluang pencen dan tidak mempunyai jaminan pendapatan jika berlaku kemalangan,” katanya.

MB HIJRAH SG BESAR 2Sejak ia dilaksanakan, statistik pula mendapati 31.4 peratus peserta Hijrah bagi Parlimen Sungai Besar adalah mereka yang mempunyai pendatan tidak stabil atau bekerja sendiri.

Sementara 25.5 peratus terdiri daripada golongan peniaga, 21.6 peratus lain-lain, 19.6 peratus petani dan penternak dan 2.0 peratus nelayan.

Hijrah adalah bantuan pinjaman kewangan kepada usahawan bagi tujuan penyaluran modal tambahan secara efisien kepada peniaga kecil di seluruh negeri.

Skim itu terhasil menerusi gabungan SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang dilaksanakan Kerajaan Pakatan di Selangor sejak 2010.

Sehingga kini, lebih 23,000 peminjam pembiayaan Hijrah menerima manfaat daripada peruntukan RM116 juta dikeluarkan Kerajaan Negeri.

-AA-

Categories
SELANGOR

IDE jalankan kajian laksana Maqasid Syariah

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 MEI: Institut Darul Ehsan (IDE) akan menjalankan kajian mendalam berkenaan Maqasid Syariah sebelum mengaplikasinya dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Ketua Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata inisiatif penganjuran seminar itu menjadi teras kepada IDE diletakkan di bawah Kerajaan Negeri bagi membantu pentadbiran negeri.

Prof Redzuan (2)“Seminar ini adalah inisiatif terpuji dilakukan Unit Kajian Maqasid Al-Shariah IDE dan Kerajaan Negeri.

“Ia dbuat secara terancang dan juga respon kepada titah DYMM Sultan Selangor dalam istiadat pembukaan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13 tahun lalu yang berkenan supaya Maqasid Syariah diangkat sebagai asas penggubalan dasar bagi Kerajaan Negeri.

“Sesuai dengan semangat titah Diraja ini, IDE berhasrat melakukan kajian intensif berkenaanya dengan objektif utama membantu Kerajaan Negeri mengaplikasinya dalam perumusan dan pelaksanaan dasar pentadbiran,” katanya dalam ucapan perasmian Seminar Nasional Maqasid Al-Shariah 2016 di sini, hari ini.

Beliau berkata, IDE juga berusaha mewujudkan kesedaran berkenaannya dalam pelbagai perkara dan kehidupan rakyat.

Seminar bertemakan “Maqasid al-Shariah dan Fiqh Demokrasi”, katanya, suadah tentu akan membincangkan hal ehwal kenegaraan dan politik sebagai tema perbincangan.

MAQASID 3“Sudah tentu ia adalah satu perbincangan amat signifikan kepada kita semua.

“Melihat kepada kepakaran dan pengalaman semua pengucaptama pembentang dan mereka yang meminati ilmu ini, saya yakin seminar akan menghasilkan sesuatu yang penting dalam usaha kita merancang perkembangan dengan politik pada masa akan datang.

“Tentunya penganjuran seminar sebegini sesuatu dinanti-nantikan dan diharapkan akan ada lagi seminar sama pada masa depan,” katanya.

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, Pengerusi IDE, Datuk Dr Siddiq Fadzil dan Pengarah Seminar, Prof Madya Dr Zulkifli Hasan.

Antara penceramah seminar ialah Pengerusi Rabitah Ulama Jordan, Sheikh Prof Dr Abdul Rahman al-Kailani; Presiden MURSHID, Dr Zaharuddin Abdul Rahman; Timbalan Pengarah INFAD Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Wifaq Mokhtar dan Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ibrahim Zein.

-AA-

Categories
SELANGOR

IDE anjur Seminar Nasional Maqasid Shari’ah 28 Mei

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 17 MEI: Institut Darul Ehsan (IDE) bakal mengadakan Seminar Nasional Maqasid al-Shari’ah 2016 dengan kerjasama Kerajaan Selangor di Auditorium Teater Shah Alam, Seksyen 14 Shah Alam, 28 Mei ini.

Pengurus Kanan Penyelidikan, Khairul Arifin Mohd Munir, berkata objektif utama penganjuran itu untuk membantu Kerajaan Selangor mengaplikasikan al-maqasid dalam perumusan dan pelaksanaan dasar pentadbirannya.

IDE“Ia bertujuan bagi meratakan kesedaran tentang al-maqasid dalam kalangan pelbagai lapisan rakyat, pembuat dasar, pentadbir, pendidik, pemimpin masyarakat dan massa.

“Selain itu, seminar ini dianjurkan untuk membina kefahaman tentang teori dan aplikasi Maqasid al-Shari’ah dalam fiqh demokrasi dan aspek berkaitan dengan hal ehwal kenegaraan dan politik sebagai platform pertukaran idea, perkongsian ilmu serta pengalaman,” katanya dalam kenyataan.

Khairul berkata, seminar itu sekaligus dapat mengukuhkan dan mewujudkan jaringan antara institut penyelidikan dan pengajian serta ilmuan dan pakar bidang Maqasid al-Shari’ah dari dalam dan luar negara termasuk pengkaji, penyelidik, ahli akademik, pembuat dasar, aktivis masyarakat, ahli politik dan semua pemegang taruh yang berkaitan.

“Seminar itu mengangkat tema Maqasid al-Shari’ah dan Fiqh Demokrasi di dalam penganjurannya akan menghasilkan resolusi atau pelan tindakan atau garis panduan teori dan aplikasi maqasid al-Shari’ah dalam fiqh demokrasi.

IDE 1“Sheikh Prof Dr. Abdul Rahman al-Kailani merupakan Pengerusi Rabitah Ulama Jordan dan profesor kuliah Shari’ah dari Universiti Jordan akan menyampaikan perdana bertajuk ‘Kedaulatan Illahi dan Permasalahan dalam Pelaksanaannya dari Perspektif Maqasid al-Shari’ah’,”katanya

Selain itu, difahamkan, seramai lima orang pembentang akan membentangkan tajuk masing-masing antaranya Dr. Mujahid Yusof Rawa, Prof. Dr. Ibrahim Zein, Prof. Madya Dr. Muhammad Tahir al-Misawi, Dr.Zaharuddin Abdul Rahman dan Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar.

Tajuk bakal dikupas adalah Maqasid al-Shari’ah dalam Pembangunan Negara, Parameter (al-Dhawabit) Maqasid al-Shari’ah dalam Pentadbiran Negara, Maqasid al-Shari’ah in Public Policy, Contemporary Issues of Maqasid al-Shari’ah in Politics dan Merakyat Maqasid al-Shari’ah dalam Fiqh Demokrasi.
Ucaptama khas mengenai Aplikasi Maqasid al-Shari’ah dalam Fiqh Demokrasi oleh Pengerusi IDE, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil.

Maklumat lanjut mengenai seminar boleh layari http://maqasid.ideselangor.com atau http://www.ideselangor.com atau hubungi +603-55122973 dan Emel: [email protected].

EZY

Categories
SELANGOR

IDE: 61% tak percaya kebenaran isu derma RM2.6 bilion

SHAH ALAM 2 FEB: Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati sebanyak 61 peratus pengundi di Selangor tidak percaya tentang kebenaran isu derma RM2.6 bilion oleh jutawan Arab kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Kluster Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE) dalam satu kenyataan menyatakan perkara demikian dalam kajian dijalankan pada 13-15 November 2015 lalu.

Katanya, 30 peratus lagi berstatus ‘tidak pasti’ dan hanya sembilan peratus yang masih mengekalkan keyakinan tentang kebenaran isu yang melibatkan pemimpin nombor satu Umno itu.

IDE kaji1Kajian itu melibatkan seramai 1,716 responden seluruh kawasan Parlimen, DUN dan PBT merentas kaum, parti, pendidikan dan tempat tinggal.

Katanya, mengejutkan lagi, di kalangan responden yang menyatakan pendirian penyokong Barisan Nasional hanya 23 peratus pengundi Barisan Nasional mengekalkan keyakinan penuh kepada Najib bahawa jutawan Arab yang menderma RM2.6 bilion.

Manakala 31 peratus penyokong BN tidak percaya terhadap fakta itu dan baki penyokong BN yang lain, sebanyak 30 peratus mengambil sikap tidak pasti.

Kronologi kenyataan dikeluarkan pimpinan atasan, penguasa dan penguatkuasa sering tidak selari antara satu sama lain berhubung dengan isu ini.

Hasilnya, pengundi terus bingung dan kepercayaan kepada Najib semakin susut berhubung dengan isu ini.

IDE kaji“Tidak dinafikan dana politik diperlukan untuk memastikan keberlangsungan hidup sesuatu parti dapat diteruskan.

“Namun, pimpinan perlu telus dalam menguruskan isu itu kerana rakyat juga adalah salah satu ‘stakeholder’ yang tidak boleh dibelakangkan.

“Sudah pasti, semangat cintakan negara semakin tebal membuatkan rakyat semakin prihatin kepada isu semasa demi kepentingan bangsa, agama dan negara,” kata kenyataan itu.

EZY

Categories
SELANGOR

Bekas exco sambut baik IDE, perkukuh penguasaan bahasa

Oleh: NAZLI IBRAHIMSHAH ALAM, 26 NOV: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali menyambut baik penubuhan Institut Darul Ehsan yang diumumkan Dato’ Menteri Besar Selangor ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015,  baru-baru ini.”Ini satu program yang baik dan saya harap jaringan dengan ilmuwan ini boleh meneruskan program jejak ilmuwan yang saya asaskan dahulu,” katanya ketika mengulas pengumuman peruntukan RM2 juta bagi menubuhkan Institut Darul Ehsan (IDE).

Bajet MS10Sebelum ini, Mohamed Azmin ketika membentangkan belanjawan berkata, pelaburan pendidikan bukan sekadar untuk masa hadapan, bahkan inisiatif permuafakatan bersama mahasiswa, pensyarah, warga alumni dan masyarakat khususnya rakyat Selangor.

Sementara itu, ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad ketika menyentuh Program Penterjemahan Karya Antarabangsa yang dikawal selia Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dalam belanjawan menyifatkan Kerajaan Negeri perlu menumpukan kepada usaha memperkukuhkan penguasaan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris.

“Kita kena matangkan bahasa kita tetapi kalau kita nak cari sumber, hampir semua dalam bahasa Inggeris.

sidang dun idris“Sekarang, kita terdedah dengan ilmu sebab dah semakin global tetapi kalau kita terkongkong dengan bahasa kita, nak suruh orang terjemahkan akan jadi terhad.

“Kalau kita arif dalam bahasa, buku yang kita nak terjemah tu kita dah faham tak payah terjemah. Skop lebih luas,” katanya ketika ditemui di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Dr Idris turut menyarankan peruntukan pendidikan ditambah bagi membina asas pendidikan yang lebih kukuh.

Antara langkah wajar termasuklah memperkenalkan program tuisyen yang tidak terhad kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan dan program melibatkan murid pra sekolah.

-NFN-