Categories
AGENDA NASIONAL

Kuliah Kitab al-Muwafaqat didik fahami Islam ikut maqasid syariah

SHAH ALAM, 2 MAC: Kuliah Kitab al-Muwafaqat menjadi medium kepada masyarakat memahami keindahan Islam melalui kerangka maqasid syariah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program anjuran Institut Darul Ehsan turut berperanan sebagai penghubung kemajmukan masyarakat di negara ini.

“Segala kerencaman dapat diatasi melalui beberapa prinsip asas seperti pemeliharaan jiwa, akal, agama, harta dan keturunan yang merupakan nilai sejagat antara semua agama dan budaya.

“Perbahasan ilmu maqasid berfungsi melatari segala aspek kehidupan masyarakat, nescaya kita akan mampu mencapai masyarakat yang damai dan sejahtera,” katanya ketika melancarkan kuliah tersebut baru-baru ini.

Kitab agung al-Muwafaqat karya al-Imam al-Shatibi dipilih memandangkan ia antara karya utama yang sarat dengan perbahasan maqasid syariah.

Sebanyak 16 siri kuliah dilaksana bermula akhir 2018 dengan penyertaan 150 peserta dalam kalangan pelajar, pendidik, ahli akademik dan orang awam.

Sesi pertama tahun ini berlangsung pada 10 Mac ini dan individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://peserta.ideselangor.com/.

 

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Penjawat awam disaran budayakan Maqasid Syariah

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 APRIL: Maqasid Syariah yang menjadi teras rujukan Siasah Syar’iyyah perlu dibudayakan di setiap peringkat urus tadbir awam termasuk penggubal dasar atau pelaksana negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, hal itu memastikan amanah yang diberikan kepada setiap penjawat awam dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“Ia untuk maslahah seluruh rakyat tanpa membezakan bangsa dan agama berteraskan konsep dan gagasan Rahmatan Lil Alamin.

“Di samping itu, ia juga menepati falsafah dan matlamat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang berdasarkan falsafah dan lunas Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara.

“Visi dibawa pejuang negara, agenda reformasi berterusan dan idea-dea pembangunan progresif dan demokratik, sesuai dengan realiti zaman moden dalam mendepani akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan oleh Pembantu EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Zawawi Ahmad Mughni di Bicara Eksekutif Maqasid Syariah 2019, di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Negeri, di sini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mujahid Yusof.

Amirudin yakin ramai pihak yang mendengar istilah syariah, namun tidak ramai yang memahami istilah maqasid.

“Oleh sebab itu, ada segelintir  masyarakat yang terus menghukum individu yang melakukan kesalahan, tetapi tidak ramai pula yang mahu menilai, akan kesan daripada sesuatu hukuman yang dilakukan, termasuk kesan ke atas mereka yang menerima hukuman,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yakin penganjuran program berkenaan akan memberikan penjelasan dan pemahaman kepada semua yang hadir terutama dalam kalangan pembuat dasar, pelaksana dan penjawat awam di negeri khususnya Konsep dan Pelaksanaan Maqasid Syariah dan Agenda Maqasid Syariah Dalam Tadbir Urus Negara.

Seramai 300 penjawat awam, pengetua, guru sekolah, nazir masjid dari daerah Petaling dan Klang menyertai program bicara itu.

Sementara itu, Mohd Zawawi menjelaskan program bicara itu akan dilaksanakan ke peringkat daerah supaya lebih ramai pimpinan akar umbi memahami konsep berkenaan.

Categories
SELANGOR

IDE jalankan kajian laksana Maqasid Syariah

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 MEI: Institut Darul Ehsan (IDE) akan menjalankan kajian mendalam berkenaan Maqasid Syariah sebelum mengaplikasinya dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Ketua Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata inisiatif penganjuran seminar itu menjadi teras kepada IDE diletakkan di bawah Kerajaan Negeri bagi membantu pentadbiran negeri.

Prof Redzuan (2)“Seminar ini adalah inisiatif terpuji dilakukan Unit Kajian Maqasid Al-Shariah IDE dan Kerajaan Negeri.

“Ia dbuat secara terancang dan juga respon kepada titah DYMM Sultan Selangor dalam istiadat pembukaan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13 tahun lalu yang berkenan supaya Maqasid Syariah diangkat sebagai asas penggubalan dasar bagi Kerajaan Negeri.

“Sesuai dengan semangat titah Diraja ini, IDE berhasrat melakukan kajian intensif berkenaanya dengan objektif utama membantu Kerajaan Negeri mengaplikasinya dalam perumusan dan pelaksanaan dasar pentadbiran,” katanya dalam ucapan perasmian Seminar Nasional Maqasid Al-Shariah 2016 di sini, hari ini.

Beliau berkata, IDE juga berusaha mewujudkan kesedaran berkenaannya dalam pelbagai perkara dan kehidupan rakyat.

Seminar bertemakan “Maqasid al-Shariah dan Fiqh Demokrasi”, katanya, suadah tentu akan membincangkan hal ehwal kenegaraan dan politik sebagai tema perbincangan.

MAQASID 3“Sudah tentu ia adalah satu perbincangan amat signifikan kepada kita semua.

“Melihat kepada kepakaran dan pengalaman semua pengucaptama pembentang dan mereka yang meminati ilmu ini, saya yakin seminar akan menghasilkan sesuatu yang penting dalam usaha kita merancang perkembangan dengan politik pada masa akan datang.

“Tentunya penganjuran seminar sebegini sesuatu dinanti-nantikan dan diharapkan akan ada lagi seminar sama pada masa depan,” katanya.

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, Pengerusi IDE, Datuk Dr Siddiq Fadzil dan Pengarah Seminar, Prof Madya Dr Zulkifli Hasan.

Antara penceramah seminar ialah Pengerusi Rabitah Ulama Jordan, Sheikh Prof Dr Abdul Rahman al-Kailani; Presiden MURSHID, Dr Zaharuddin Abdul Rahman; Timbalan Pengarah INFAD Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Wifaq Mokhtar dan Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ibrahim Zein.

-AA-

Categories
SELANGOR

IDE anjur Seminar Nasional Maqasid Shari’ah 28 Mei

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 17 MEI: Institut Darul Ehsan (IDE) bakal mengadakan Seminar Nasional Maqasid al-Shari’ah 2016 dengan kerjasama Kerajaan Selangor di Auditorium Teater Shah Alam, Seksyen 14 Shah Alam, 28 Mei ini.

Pengurus Kanan Penyelidikan, Khairul Arifin Mohd Munir, berkata objektif utama penganjuran itu untuk membantu Kerajaan Selangor mengaplikasikan al-maqasid dalam perumusan dan pelaksanaan dasar pentadbirannya.

IDE“Ia bertujuan bagi meratakan kesedaran tentang al-maqasid dalam kalangan pelbagai lapisan rakyat, pembuat dasar, pentadbir, pendidik, pemimpin masyarakat dan massa.

“Selain itu, seminar ini dianjurkan untuk membina kefahaman tentang teori dan aplikasi Maqasid al-Shari’ah dalam fiqh demokrasi dan aspek berkaitan dengan hal ehwal kenegaraan dan politik sebagai platform pertukaran idea, perkongsian ilmu serta pengalaman,” katanya dalam kenyataan.

Khairul berkata, seminar itu sekaligus dapat mengukuhkan dan mewujudkan jaringan antara institut penyelidikan dan pengajian serta ilmuan dan pakar bidang Maqasid al-Shari’ah dari dalam dan luar negara termasuk pengkaji, penyelidik, ahli akademik, pembuat dasar, aktivis masyarakat, ahli politik dan semua pemegang taruh yang berkaitan.

“Seminar itu mengangkat tema Maqasid al-Shari’ah dan Fiqh Demokrasi di dalam penganjurannya akan menghasilkan resolusi atau pelan tindakan atau garis panduan teori dan aplikasi maqasid al-Shari’ah dalam fiqh demokrasi.

IDE 1“Sheikh Prof Dr. Abdul Rahman al-Kailani merupakan Pengerusi Rabitah Ulama Jordan dan profesor kuliah Shari’ah dari Universiti Jordan akan menyampaikan perdana bertajuk ‘Kedaulatan Illahi dan Permasalahan dalam Pelaksanaannya dari Perspektif Maqasid al-Shari’ah’,”katanya

Selain itu, difahamkan, seramai lima orang pembentang akan membentangkan tajuk masing-masing antaranya Dr. Mujahid Yusof Rawa, Prof. Dr. Ibrahim Zein, Prof. Madya Dr. Muhammad Tahir al-Misawi, Dr.Zaharuddin Abdul Rahman dan Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar.

Tajuk bakal dikupas adalah Maqasid al-Shari’ah dalam Pembangunan Negara, Parameter (al-Dhawabit) Maqasid al-Shari’ah dalam Pentadbiran Negara, Maqasid al-Shari’ah in Public Policy, Contemporary Issues of Maqasid al-Shari’ah in Politics dan Merakyat Maqasid al-Shari’ah dalam Fiqh Demokrasi.
Ucaptama khas mengenai Aplikasi Maqasid al-Shari’ah dalam Fiqh Demokrasi oleh Pengerusi IDE, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil.

Maklumat lanjut mengenai seminar boleh layari http://maqasid.ideselangor.com atau http://www.ideselangor.com atau hubungi +603-55122973 dan Emel: [email protected].

EZY

Karnival 3K beri penekanan konsep Maqasid Syariah


Karnival Kampungku Kesayanganku (Karnival 3K) 2016 memberikan penekanan pelaksanaan Maqasid Syariah selaras dengan titah DYMM Sultan Selangor.

Categories
SELANGOR

Turun padang selaras Maqasid Syariah dititah Sultan Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 APR: Program Mahkamah Syariah turun padang ke kawasan perkampungan Orang Asal selaras titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13, baru-baru ini.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Yang Amat Arif Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, program itu sangat berkait rapat dengan soal ‘Hifzun Nasab’ atau memelihara keturunan seperti  dituntut dalam Maqasid Syariah.

“Baru-baru ini, Sultan Selangor ada menitahkan penekanan Maqasid Syariah dalam konteks yang perlu kita pelihara, salah satunya adalah keturunan. Di sini, kita melihat untuk memelihara perkahwinan yang akan dijalankan dan zuriat bakal dilahirkan.

anak-orang-asli-pertak- NEW“Memandangkan kesukaran bakal pengantin perempuan Orang Asal untuk hadir ke mahkamah dengan mengambil kira untuk memelihara perkahwinan yang akan dijalankan, maka kami mengambil pendekatan turun ke perkampungan merela,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Beliau berkata, perkahwinan seseorang itu boleh dianggap tidak sah pada hukum syarak jika bakal pengantin perempuan yang memerlukan wali hakim gagal mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum bernikah.

“Seksyen 13 Enakmen Undang-undang Kekeluargaan Islam Negeri Selangor memerlukan permohonan untuk mereka yang ingin bernikah tetapi tidak ada wali yang layak untuk pasangan ini, maka sekyen ini memerlukan bakal penganti memohon kebenaran daripada mahkamah untuk bernikah secara wali hakim.

“Dalam keadaan biasa, bakal isteri ini akan mendaftarkan permohonan di Mahkamah Syariah dan kemudian hadir dalam prosiding perbicaraan. Selepas itu baru mahkamah mengeluarkan satu kebenaran di bawah Seksyen 13 seperti dijelaskan tadi.

mahkamah-syariah“Apa yang berlaku terhadap wanita Orang Asal ini adalah mereka juga perlu datang ke mahkamah tetapi saya difahamkan kebanyakannya memang tidak akan keluar dari perkampungan,” katanya.

Kata, langkah mahkamah turun padang dapat memastikan perkahwinan yang dijalankan memenuhi hukum syarak dan seterusnya menjamin keturunan anak yang bakal dilahirkan.

Ketika menyentuh prosiding perbicaraan Mahkamah Syariah yang dijalankan di Perkampungan Orang Asal Sungai Lalang, Semenyih, pada 10 April lalu, Dr Mohd Naim berkata, perbicaraan turut melibatkan isu wali hakim dan kebenaran mahkamah untuk berpoligami.

“Wanita yang nak berkahwin memerlukan wali hakim dan pengantin lelaki adalah suami orang. Jadi, bakal pengantin lelaki ini juga memerlukan kebenaran mahkamah dan kerana kes poligami hanya boleh didengar Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, maka kes itu saya sendiri yang dengar.

“Selepas saya dengar dan berpuas hati barul kita berikan kebenaran kepada dia selepas mendapat persetujuan isteri pertama,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Maqasid Syariah jamin hak semua masyarakat majmuk

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 2 APRIL: Maqasid Syariah sebagai asas pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri sesuai kerana ia selaras dengan tuntutan syariah itu sendiri.

Timbalan Dekan Akademik Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Dr Md Noor Hussin, berkata sewajarnya ia menjadi keutamaan bersesuaian dengan matlamat Islam sendiri, yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

rakyat majmuk“Maqasid itu maknanya tujuan dan Syariah itu maknanya syariah. Bila digabungkan keduanya membawa maksud tujuan pelaksanaan syariah.

“Maksudnya bila kita lakukan sesuatu berdasarkan Maqasid Syariah maknanya kita lakukan sesuai dengan kehendak syariah,” katanya kepada SelangorKini di sini.

Md Noor berkata, terkandung lima keperluan yang dijaga dalam syariah iaitu Hifz ul-Din iaitu menjaga agama, Hifz ul-Nafs (menjaga nyawa), Hifz ul-Aql (menjaga akal), Hifz ul-Nasb (menjaga keturunan) dam Hifz ul-Mal (menjaga harta).

Katanya, kelima-limanya menjadi keperluan utama yang Allah SWT datangkan Islam untuk melindunginya.

“Dalam konteks masyarakat majmuk tiada masalah kerana kita ambil contoh Hifz ul-Nafs, Islam melarang bukan sekadar membunuh sesama Islam tetapi juga dilarang membunuh bukan Islam, begitu juga soal harta, mencuri harta bukan Islam juga salah pada hukum.

“Maka menerapkan konsep Islam dalam masyarakat majmuk sebenarnya tidak ada masalah kerana kalau dilihat pada zaman Rasulullah SAW sendiri ada juga masyarakat majmuk iaitu Yahudi, Nasrani, Ahli Kitab dan sebagainya,” katanya.

EZY

Sultan: Gubal dasar negeri selaras Maqasid Syariah

Kerajaan Selangor perlu menggubal dasar negeri mengikut keutamaan betul selaras dengan tuntutan Maqasid Syariah yang releven dengan perubahan zaman.