Categories
BERITA UTAMA GLOBAL NASIONAL

Pertemuan Najib – Trump: Pelik, misteri, mengejutkan, kenapa?

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

ANALISIS GLOBAL 13 SEPT: Malaysia bantu perkukuh ekonomi AS – Najib. Tajuk berita ini sudah cukup mengundang banyak persoalan tatkala keadaan ekonomi Malaysia sekarang yang semakin diragui prestasinya banyak pihak.

Ketika mana rakyat Malaysia fikir pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat bakal membawa impak positif dalam bentuk pelaburan berbilion-bilion ke Malaysia tetapi sebaliknya.

Dilaporkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional merancang meningkatkan pelaburan mereka di Amerika Syarikat (AS) dan membeli lebih banyak pesawat Boeing bagi membantu mengukuhkan ekonomi negara itu.

KWSP sahaja dijangka melabur antara AS$3 bilion dan AS$4 bilion di negara tersebut.

BantuDilaporkan juga Malaysia komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang untuk menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.

Jadi, dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga tersebut akan bernilai melebihi AS$10 bilion.

Najib berkata kerajaan juga akan cuba memujuk syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd untuk membeli enjin General Electric buatan AS.

Najib juga berkata Khazanah Nasional, yang memiliki pejabat di Silicon Valley, California dan telah melabur kira-kira AS$400 juta dalam syarikat teknologi tinggi, juga berhasrat meningkatkan pelaburannya.

Situasi itu menggambarkan pentadbiran Najib berada dalam dunia fantasi seolah-olah Malaysia sebuah negara kaya yang dapat membantu meningkatkan ekonomi kuasa besar dunia itu. Seolah-olah Malaysia mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan.

Walaupun pada realitinya Malaysia menderita dalam ekonomi yang kurang bersemangat serta banyak pinjaman dilakukan terhadap China untuk membiayai projek mega.

TRANSKRIP: http://bit.ly/2f4ufaN

 

Penginapan Najib di Trump Hotel undang persoalan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan menginap di di Trump International Hotel di Washington DC semasa lawatannya untuk bertemu dengan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

The Washington Post berkata ia hampir pasti dapat mengesahkan Najib menginap di hotel dengan 263 bilik itu, iaitu antara yang termahal di Washington.

SUMBER: http://wapo.st/2xjdRK6

1mdb-reza-jho-loSetiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Huckabee Sanders dalam sidang akhbar berikutan pertemuan Najib-Trump menyatakan Rumah Putih tidak ada kaitan dengan tempahan tempat penginapan Najib itu.

Setiausaha akhbar Rumah Putih itu berkata beliau tidak pasti sama ada hotel penginapan Najib dibincangkan dalam pertemuan itu.

Pertemuan itu juga mengundang persoalan ekoran imej Najib tercalar di peringkat antarabangsa isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila banyak negara memulakan siasatan dan pendakwaan isu kleptocracy terbesar dunia.

Ia termasuk pendedahan dilakukan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) terhadap kes itu mutakhir ini serta laporan dikeluarkan Biro Siasatan Persekutuan AS (FBI) berkenaan kesukaran saksi memberikan keterangan ekoran wujudnya ancaman.

Saman DOJ itu mendakwa bahawa seorang pegawai Malaysia yang tidak dinamakan – Malaysian Official 1 (MO1) – telah menerima sejumlah besar dana 1MDB yang diselewengkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan tahun lalu mengesahkan bahawa MO1 adalah Najib.

 

Tiada sidang media

Laporan media mendakwa pejabat Presiden Trump menawarkan diadakan satu sidang media bersama selepas perjumpaan dan Najib boleh memilih sama ada sidang media itu membenarkan soalan ditanya wartawan atau tiada soalan dibenarkan.

Dilaporkan Najib memilih untuk langsung tidak mengadakan sidang media bersama dan hanya satu kenyataan akan diedarkan selepas pertemuan tersebut.

Sedangkan itu satu kelaziman selepas pertemuan Presiden Amerika Syarikat dengan ketua kerajaan lain diadakan sidang media.

NAJIB 1MDBREUTERS melaporkan Rumah Putih pada asalnya merancang untuk membenarkan wartawan ke Oval Office di mana berlangsung pertemuan Najib dengan Trump, tetapi menukarnya pada saat-saat terakhir.

Timbul persoalan, Adakah Najib gerun ditanya pelbagai persoalan mengenai skandal 1MDB memandangkan ada kes-kes mahkamah berkaitan penyelewengan wang 1MDB di Amerika Syarikat?

Kerajaan Persekutuan juga perlu memberikan penjelasan siapa membiayai dan jumlah kos keseluruhan lawatan ke AS itu.

 

Lawatan pelik?

Pertemuan antara Trump dan Najib ketika ini juga mengundang pelbagai spekulasi di Malaysia dan antarabangsa. Ada pihak mengaitkan ia ada kaitan untuk memperbaiki imej Najib bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 yang boleh diadakan bila-bila masa sahaja.

Ia bagaikan mahu memberi isyarat bahawa Najib masih dialu-alukan di Rumah Putih, walaupun ada siasatan jenayah oleh DOJ terhadap 1MDB.

Najib-WSJ-1MDBREUTERS melaporkan seorang pegawai kanan AS mengakui bahawa ia adalah luar biasa untuk bertemu dengan Najib ketika 1MDB berada di bawah pengawasan pengawalseliaan.

Media melaporkan Najib memberitahu kapten industri AS dan ASEAN bahawa ada kempen sengaja mensabotaj 1MDB untuk menjejaskan ekonomi Malaysia.

Berucap pada majlis makan malam Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Dewan Perdagangan AS di Hotel St Regis, Najib berkata, ia bertujuan menjatuhkan kerajaan.

 

KESIMPULAN:

Malaysia perlu ‘smart’ dalam melaksanakan hubungan diplomatik antarabangsa bagi memastikan negara mempunyai pendirian sendiri dan tidak menjadi proksi kepada negara besar dunia dan kuasa asing.

RAKYAT MALAYSIAAdalah penting Malaysia mempunyai keberanian menjadi suara penting di Asia Tenggara bagi mengelakkan menjadi bidak catur antara Amerika Syarikat dan China dalam perlumbaan negara besar mencari dan melebarkan pengaruh.

Itu semua boleh dilakukan jika pemimpinnya mempunyai integriti tinggi, berkarisma di peringkat antarabangsa serta bersih daripada persepsi dakwaan skandal dan rasuah.