JURNAL BERITA – MB : Air lombong selamat diminum

Sinopsis

1. MB: Jeff Ooi tiada kuasa minta saya letak jawatan

2. MB: Anak muda perlu rebut peluang tingkat kemahiran

3. MB: Kerajaan tidak berhasrat haram bahan agama bukan Islam di hotel

4. MB: Stadium hoki dibaik pulih setaraf antarabangsa

5. Air Lombong selamat, rakyat tidak perlu gusar

6. Paras air empangan catat peningkatan 1.1%, catuan dilonggarkan

7. Penstrukturan air: Puncak Niaga digesa telus, beri penjelasan kepada minoriti

8. Fokus tingkat kemahiran Badan Pengurusan Bangunan

9. Program Khas Mesra Rakyat beri peluang rakyat kemuka masalah

UPEN Pulau Pinang kunjungi TV Selangor untuk pelajari operasi tv

UPEN PENANG

SHAH ALAM 24 SEPT: TV Selangor hari ini dikunjungi delegasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi mempelajari operasi penyiaran berita.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pulau Pinang, Datuk Abu Jamal Nordin, berharap kunjungan itu membantu mereka menubuhkan web tv sendiri menjelang tahun depan.

“Kejayaan Selangor menubuhkan pusat penyiarannya sendiri sejak 2009, bermula akhbar Selangor Kini disusuli TV Selangor, membuat kami terpanggil untuk mempelajari bagaimana sesebuah web tv beroperasi.

“Kejayaan inilah yang Pulau Pinang ingin pelajari, bukan sahaja dari aspek ekonomi Selangor maju, malah aspek penyiaran juga jauh lebih maju.

“Bagaimanapun, banyak perkara yang perlu dikaji terutama aspek kewangan dan kepakaran tenaga kerja sebelum ia boleh dilaksanakan di Pulau Pinang,” katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian pada temu bual khas sempena kunjungan yang turut disertai Ahli Dewan Undengan Negeri (Adun) Jelutong, Jeff Ooi.

Rohany Datuk Talib, pemangku Pengurus Besar CCSB Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam operasi media dan Pengarah UPEN Selangor, Datuk Mohamad Roslan, hadir sama.

TV Selangor adalah stesen web TV 24 jam yang pertama beroperasi di Malaysia bagi membekal maklumat kepada rakyat dalam bentuk media cetak dan elektronik.