Categories
AGENSI SELANGOR

50 usahawan Selangor Fruits Valley terima bantuan baja, jentera

SHAH ALAM, 18 JULAI: Seramai 50 usahawan Selangor Fruits Valley menerima bantuan pertanian daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Pengurus besar kumpulan berkata sebanyak RM100,000 peruntukan disediakan dalam bentuk bantuan baja, peralatan dan jentera, malah usaha itu diperluas selepas ini.

“Kita dah bagi baja dua tan secara percuma kepada petani bagi pembelian setiap dua tan baja. Hampir semua usahawan kita mengambil kesempatan membeli dua tan baja. Yang lain kita bantu dengan jentera pada harga istimewa.

“Selain itu, sewaan lot tanah kita kurangkan untuk membantu mereka. Kita juga akan beri peralatan yang diperlukan Insya-Allah bermula bulan hadapan,” kata Tamby Omar Mohammed kepada Selangorkini.

Beliau menambah PKPS memperuntukkan RM3.5 juta untuk bekalan elektrik bagi memudahkan usahawan meningkatkan hasil pertanian.

Inisiatif jaminan bekalan makanan Selangor antara perkara ditekankan dalam pelan pemulihan ekonomi ketiga yang dibentangkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari pada 13 Julai lalu.

Bagi menjayakan program Keselamatan Bekalan Makanan, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM50 juta di samping memperkasakan peranan PKPS.

6,000 jentera PAS berhimpun, siap siaga PRU-14


6,000 hadiri Himpunan Jentera Pilihan Raya, PAS Selangor siap siaga

Categories
SELANGOR

6,000 hadir Himpunan Jentera Pilihan Raya tanda PAS Selangor bersedia

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 10 JAN: Jentera PAS Selangor membuktikan kesediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila dianggarkan lebih 6,000 petugas jentera menghadiri Himpunan Jentera Pilihan PAS Selangor yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata jumlah itu terus bertambah apabila masih ramai petugas yang hadir masih dalam proses mendaftarkan kehadiran masing-masing.

pas1“Sebenarnya, kami tak menjangkakan kehadiran yang sebegini ramai tetapi nampaknya setakat ini sudah lebih 6,000 yang mendaftar dan terus bertambah sebab ramai lagi yang beratur panjang untuk mendaftarkan diri.

“Jika begini keadaannya, perhimpunan ini seharusnya diadakan di stadium terbuka kerana mampu menampung lebih ramai kehadiran,” katanya pada sidang media selepas perasmian perhimpunan terbabit.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Ir Mohd Haslin Hassan, pula berkata jentera pilihan raya PAS tidak boleh berada di dalam keadaan selesa kerana beliau menjangkakan PAS akan menghadapi pertembungan lebih dua penjuru di beberapa kerusi pada PRU-14 nanti.

Perhimpun itu turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyampaikan ucapan perasminan perhimpunan.

Selain ucapan perasmian Hadi, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali dan pemimpin PAS negeri, turut diadakan pembentangan kertas kerja pilihan raya oleh PAS negeri.

-NFN-