Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

i-Kampung Bagan kongsi keunikan 19 kampung bagan Selangor

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 DIS: Keunikan 19 kampung bagan di Selangor kini dibukukan menerusi siri khas, ‘i-Kampung Bagan Selangor – Garis Pantai Yang Hilang dari Peta’.

Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, inisiatif itu diterjemah bagi merekodkan budaya, sejarah dan keistimewaan setiap kampung bagan di Selangor.

Katanya, ia sekaligus dapat memperkenalkan kewujudan kampung bagan yang masih kurang disedari rakyat terutama penduduk bandar.

“Usaha ini juga penting kerana kampung bagan berkenaan juga tidak dapat ditemui di dalam peta, mungkin kerana saiznya yang tidak besar.

“Jadi, dengan terbitnya buku ini, rakyat kini berpeluang mengenali lebih dekat setiap kampung bagan dan kisah menarik di sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pelancaran ‘i-Kampung Bagan Selangor – Garis Pantai Yang Hilang dari Peta’, di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, hari ini.

Ean Yong berkata, sebanyak 1,500 cetakan sedia untuk diedarkan secara percuma di agensi berkaitan seperti perpustakaan, sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, penerbitan buku berkenaan juga mampu membuka ruang lebih luas bagi sektor pelancongan dan ekonomi berkembang di kampung bagan.

“Selain pemandangan indah, setiap kampung juga mempunyai hasil laut dan keunikan tersendiri dan nilai ini mampu menjadi utama pelancongan.

“Apabila sektor pelancongan berkembang, ekonomi juga dapat digiatkan dan memberi manfaat kepada penduduk setempat,” katanya.

Antara kampung bagan yang terkenal dengan sektor pelancongan adalah Kampung Bagan Pulau Ketam, Seri Sekinchan dan Pasir Penambang.

Untuk rekod, Selangor mempunyai jumlah kampung bagan tertinggi di Malaysia dengan 19, diikuti Perak (16), Johor (7) dan Pulau Pinang (2).

=EZY=

Categories
SELANGOR

50% penduduk kampung bagan dapat TOL, hak milik sejak 2008

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 22 SEP: Penduduk kampung bagan yang menduduki tanah Kerajaan Negeri secara haram sebelum 2008 mula menerima hak milik dan Lesen Menduduki Sementara (TOL) sejak Pakatan Rakyat (Pakatan) mentadbir Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Ean Yong Hian Wah, berkata Kerajaan Negeri berjaya memberi hampir 50 peratus hak milik dan TOL kepada penduduk terbabit.

Lawatan Exco Ean Yong ke MPKJ (3)“Bagi yang duduk di tanah seperti rizab hutan atau sungai, kita cuma bagi TOL dan selebihnya hak milik,” kata Hian Wah ketika mengadakan lawatan di beberapa kampung bagan di Sabak Bernam di sini, pada 21 September lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri berusaha menyelesaikan isu itu sebelum memulakan projek pembangunan di kampung bagan seluruh Selangor.

“Pada masa ini, kita sedang jalankan siasatan di Pulau Ketam dan perlu kaji penggantian tanah rizab,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Kampung Bagan bakal dibangunkan menjelang 2016

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 21 SEP : Seluruh kampung bagan yang terbabit menjalankan aktiviti perikanan sebagai sumber pendapatan akan dibangunkan menjelang 2016.

Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah, berkata pembangunan itu dimulakan dengan enam kampung bagan sebagai kampung perintis.

ean yong hian wah“Kita akan pilih dua hingga tiga kampung di setiap daerah yang mempunyai kampung bagan seperti Daerah Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

“Saya sudah lawat Kuala Selangor dan minggu ini Sabak Bernam untuk kenal pasti isu setempat bagi membantu kampung bagan ini,” katanya.

Hian Wah berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja di Sabak Bernam di sini, hari ini.

Bagi Kampung Bagan Sungai Burung, Hian Wah berkata, nelayan di situ memerlukan kawasan parkir bot nelayan kerana muara sungai agak sesak dengan bot besar selain lokasi sama bakal dinaik taraf sebagai tapak pelancongan.

nelayanJelasnya, pembangunan sama turut menjadi keperluan nelayan di Kampung Bagan Sungai Besar selain pembangunan prasarana seperti longkang dan jalan.

Manakala kawasan bagan Sekinchan seperti di Pantai Redang pula lebih kepada tapak pelancongan seperti penyediaan tapak perniagaan sesuai.

“untuk tujuan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat akan mencadangkan gerak kerja dan bajet diperlukan berdasarkan keperluan setiap kampung,” katanya.

-NR-