Categories
SELANGOR

OKU bukan penghalang untuk berjaya

OLEH : LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 7 MAC: Dilahirkan serba kekurangan bukan penghalang buat Mohd Shahrul Adam Erman, 20, menyambung pengajian peringkat sijil di Kolej Antarabangsa INPENS.

Mengambil kursus Servis dan Penyelenggaraan Motosikal, Adam, dari Sungai Buloh, percaya kolej milik penuh Kerajaan Negeri itu mampu menyediakan program sesuai dan memenuhi kehendak industri semasa.

“Selain minat, pengajian ini diyakini mampu melonjakkan keyakinan diri saya.

“Saya juga mahu membuktikan kepada semua kekurangan upaya bukan penghalang untuk berjaya,” katanya yang berazam memiliki bengkel sendiri.

Beliau merupakan salah seorang yang menerima surat tajaan program kemahiran teknikal bagi sesi kemasukan Januari 2016 di Jalan Semarak, di sini, hari ini.

TANSementara itu, Tan Chia Hou, 23, berkata pencapaian cemerlang INPENS melahirkan belia dengan kemahiran teknikal tinggi meyakinnya mengambil kursus Automotif Servis Selepas Ujian di situ.

“Ramai juga rakan menyarankan INPENS berbanding kolej lain, jadi saya jadi lebih yakin ini pilihan tepat,” katanya yang tinggal di Pekan Kapar.

Bagi N. Tehcyasshree, 19, tenaga pengajar profesional INPENS terbukti melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan laku di pasaran pekerjaan.

SHREE“Saya berazam menjadi salah seorang graduan kebanggaan INPENS seterusnya mencapai cita-cita bergelar pereka fesyen dan mempunyai butik sendiri,” kata pelajar kursus Pembuat Pakaian Wanita ini.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

Inpens Berjaya Bina Surau Dengan Jimat RM 130,000

surau INPENS solat jemaah 01

KUALA SELANGOR 22 JULAI : Kejayaan Kolej Antarabangsa Inpens (Inpens) menyiapkan surau yang sepatutnya bernilai RM 500,000 kepada RM 370,000 perlu dipuji semua pihak.

Exco Belia Dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi berkata, Inpens menjimatkan kos sebanyak RM 130,000 itu dengan memberikan peluang pelajar kursus Elektrik Dan Kursus Penyaman Udara untuk membuat kerja?kerja pendawaian elektrik dan penyaman udara.

Katanya, dengan cara ini, para pelajar Inpens didedahkan dengan suasana kerja sebenar yang dapat membantu apabila mereka tamat pengajian kelak.

“Inpens menjadi satu wadah kepada anak-anak muda Negeri Selangor untuk memperkayakan diri dengan kemahiran sebelum ke alam pekerjaan.

“Adalah diharap para belia dan beliawanis di Negeri Selangor mempunyai kemahiran yang tinggi bagi mencapai kerjaya masing-masing,” kata beliau.

Dr Yunus berkata demikian semasa Majlis Berbuka Puasa Dan Majlis Kesyukuran Pembinaan Surau (As-Salam) Inpens di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari dan Presiden Inpens, Datuk Dr Md. Mydin Md. Sheriff.

Surau itu yang mampu menampung kira-kira 500 jemaah akan memberikan kemudahan kepada warga Inpens melaksanakan ibadah dan aktiviti keagaamaan dengan selesa.