Categories
SELANGOR

MB bersama rakyat di Kenduri Rakyat

OLEH AFIX REDZUAN

BATU CAVES, 8 SEPT: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meluangkan masa menunaikan solat Jumaat bersama penduduk Kampung Sungai Tua Bahru di Masjid Jamiatus Solahiah, Batu Caves.

Ketibaan beliau pada jam 1.10 petang disambut Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves, Amirudin Shari, Pegawai Daerah Gombak, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim dan Nazir Masjid, Zainal Mohd Daruddin.

Solat jumaat diimamkan penceramah jemputan, Ustaz Mohd Zaki Zulkifli dengan tajuk khutbah ‘Membina Kekayaan Jiwa’.

Sejurus selesai, Mohamed Azmin bersama penduduk setempat memeriahkan Majlis Kenduri Rakyat di perkarangan masjid.

Ia merupakan acara lazim buat Mohamed Azmin turun ke lapangan bertemu masyarakat setempat.IMG_6948IMG_7012 IMG_6995

MB santuni rakyat di Kampung Bukit Bangkong

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali santuni rakyat di Kenduri Rakyat Kampung Bukit Bangkong, Sepang.