Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Lebih 100,000 individu terima manfaat baucar Jom Shopping, bantuan khairat

SHAH ALAM, 21 SEPT: Lebih RM10 juta disalur Kerajaan Negeri menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dari Januari 2021 hingga setakat ini.

Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) Gan Pei Nei berkata jumlah itu merangkumi RM9,963,200 bagi Jom Shopping dan RM734,000 bagi khairat kematian.

“Lebih 100,000 individu menerima manfaat dari kedua-dua program ini yang mana 99,632 warga emas serta orang kelainan upaya (OKU) menerima baucar Jom Shopping RM100 pada bulan kelahiran mereka.

“Manakala 1,468 waris bagi warga emas serta OKU yang meninggal dunia menerima RM500 menerusi khairat kematian,” katanya kepada SelangorKini, hari ini.

Kerajaan Negeri menyediakan dana RM20 juta bagi melaksanakan program Jom Shopping SMUE.

Sejumlah RM7.5 juta juga disediakan bagi melayakkan waris berdaftar dengan Yawas menerima bantuan RM500.

Orang ramai boleh melayari laman portal e-mesra.yawas.my untuk memohon bantuan skim berkenaan.

Categories
SELANGOR

TAWAS: Peserta bawah 18 tahun layak terima skim baru khairat RM1,500

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 MAC: Kerajaan Selangor terus komited membela kebajikan rakyat negeri itu dengan memperkenalkan satu lagi skim khairat kematian.

Skim yang dinamakan Manfaat Khairat Kematian YAWAS itu membolehkan ibu bapa peserta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun menerima sumbangan RM1,500 daripada Nerajaan Negeri.

Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Mohd Noor Mohd Zain, berkata skim terbabit mula diperkenalkan, pada 1 Mac lalu.

IMG_7546a“Manfaat ini diperkenalkan kepada anak kelahiran Selangor yang mendaftar sebagai Ahli TAWAS. Dengan manfaat terbaru ini, jika peserta TAWAS itu meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun, ibu bapanya boleh menuntut khairat kematian bernilai RM1,500.

“Tuntutan itu boleh dibuat di pejabat YAWAS dengan membawa Sijil kematian, Kad SiManja dan Penyata Simpanan TAWAS jika ada,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Mohd Noor berkata, rakyat Selangor digalakkan mendaftarkan anak mereka dalam Skim TAWAS bagi membolehkan anak terbabit tidak keciciran dalam menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan Kerajaan Negeri.

Apabila seorang anak yang baru lahir didaftarkan dalam Skim TAWAS mereka akan dihadiahkan tabung simpanan RM100 dan pada usia 18 tahun, peserta berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

IMG_7538aPendaftaran TAWAS boleh dibuat di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pejabat Daerah, Pejabat Penghulu/Ketua Kampung, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpilih atau terus ke pejabat Yawas di alamat A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park City, I-City, Shah Alam.

Sebelum ini,di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Kerajaan Selangor memperkenalkan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang membolehkan waris peserta skim itu menerima sumbangan khairat kematian bernilai RM2,500 dari Kerajaan Negeri.

-NFN-