Categories
NASIONAL

Ri Jong-chol dibawa keluar dari IPD Sepang

SHAH ALAM, 3 MAC: Seorang lelaki warga Korea Utara yang ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dibawa keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, hari ini di bawah kawalan ketat.

Ri Jong-chol, 47, direman sejak 18 Februari berhubung pembunuhan Jong-nam, dibawa keluar dengan memakai pakaian kalis peluru dan meninggalkan IPD Sepang, pada jam 8.50 pagi ini.

Memetik BERNAMA, lelaki berkenaan dibawa keluar dengan konvoi enam kenderaan selepas tempoh remannya sejak 18 Februari lalu berakhir, hari ini.

Dia ditahan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 17 Februari lepas berhubung kes pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) oleh dua wanita asing pada 13 Februari lepas.

Lebih 50 wakil media tempatan dan antarabangsa berkampung di hadapan pintu masuk IPD Sepang seawal pukul 5 pagi selepas berita mengenai pembebasan dan pengusiran Jong-chol dilaporkan.

Laluan di hadapan IPD Sepang itu disekat kepada lalu lintas kira-kira 10 minit sebelum konvoi yang membawa Jong-chol itu keluar.

Peningkatan kehadiran pengamal media menyaksikan anggota polis mula membentuk barisan di hadapan pintu pagar premis itu pada pukul 8 pagi bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini selain melancarkan aliran trafik.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata Jong-chol akan dibebaskan dan dihantar pulang ke negara asalnya berikutan kekurangan bukti untuk mendakwanya.

Difahamkan lelaki Korea Utara itu akan melalui proses dokumentasi oleh Jabatan Imigresen di Putrajaya sebelum diusir keluar ke negara asal hari ini.

Dalam kejadian itu, Jong-nam berada di klia2 bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun.

Jong-nam, yang menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 28, warga Vietnam pada Rabu lepas dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan membunuh Jong-nam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Categories
NASIONAL

Korea Utara wajib visa ke Malaysia

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 MAC: Setiap warganegara Korea Utara berhasrat mengunjungi Malaysia diwajibkan memohon visa, berkuatkuasa 6 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, keputusan berkenaan sudah dimuktamadkan dan bakal dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Imigresen Malaysia.

Katanya, Korea Utara dan negara lain perlu menghormati kedaulatan Malaysia serta menghargai kerjasama yang diberikan selama ini.

“Ini kes berprofil tinggi dan Malaysia sekali lagi menjadi perhatian dunia.

“Tetapi kita lihat diplomat dari luar khususnya Korea Utara langsung tidak menghormati Malaysia dan memporak-perandakan negara ini, saya ingin bagi nasihat supaya mereka sedar tidak boleh lakukan sewenang-wenangnya,” katanya lapor Astro Awani.

Menyentuh status reman suspek warga Korea Utara, Ri Jong Chol, 47, yang bakal berakhir esok (3 Mac), Zahid berkata, pihaknya masih menunggu nasihat penasihat undang-undang negara.

Katanya, perkara itu akan diumumkan hari ini sama ada suspek akan ditahan dibawah Akta Imigresen kerana melebihi tempoh lawatannya ke Malaysia.

Screen Shot 2017-02-14 at 10.14.22 PMAhmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengesahkan Pegawai Kanan Korea Utara, Ri Tong sudah bertemu wakil Wisma Putra semalam, namun hasil pertemuan masih belum diketahui.

Pada 28 Februari lalu, Ri Tong yang juga bekas duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tiba di Malaysia bagi bertemu pegawai Kerajaan Persekutuan berhubung kes kematian Jong-Nam.

Pada 13 Februari lalu, Jong-Nam disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya, selepas terkena racun ajen saraf VX.

Sebelum ini, Kedutaan Korea Utara menuduh Kerajaan Persekutuan tidak memberi kerjasama dalam usaha mereka menuntut mayat Jong-Nam.

Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan bertegas proses menuntut mayat hanya boleh dilakukan keluarga dan dibuktikan menerusi profil DNA.

Sehingga kini, tiada ahli keluarga atau waris tampil menuntut mayat Jong-Nam.

-AA-

Categories
NASIONAL

Tindakan lanjut jika mayat Jong-nam tidak dituntut

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 MAC: Kerajaan akan meneliti tindakan selanjutnya jika waris warga Korea Utara, Kim Jong-nam tidak menuntut mayat selepas tempoh masa tertentu, kata Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Menteri Kesihatan itu berkata, tiada tempoh masa ditetapkan, namun kerajaan berharap ada dalam kalangan saudara mara Jong-nam tampil dan memberi sampel DNA untuk melengkapkan prosedur forensik.

Katanya, ia selaras undang-undang negara yang menyatakan mayat si mati hanya boleh dituntut selepas selesai proses DNA memandangkan terdapat dua nama digunakan; Kim Chol dan Jong-nam.

“Setakat ini, tiada ahli keluarga tampil membuat pengecaman atau menuntut mayatnya. Kita memerlukan sampel DNA ahli keluarga untuk memadankannya dengan profil si mati.

“Kita mahu membuat kesimpulan dan memerlukan sampel DNA untuk mengesahkan identitinya,” katanya lapor Bernama.

Subra_600x400-300x200Pada masa sama, Subramaniam berkata, Malaysia tidak akan menyerahkan mayat sehingga pengecaman dibuat dan hanya menyerahkannya kepada waris sah.

“Dalam kes sangat luar biasa seperti ini, kerajaan akan membuat keputusan selepas mayatnya tidak dituntut untuk tempoh lama dengan mengambil kira sistem antarabangsa dan hubungan dua hala antara kerajaan.

“Apapun permintaan mereka, jawapan kita tetap sama dan kita tidak akan tunduk serta mengubahnya atas sebarang sebab,” katanya merujuk desakan Korea Utara berhubung kes berkenaan.

Pada 13 Februari lalu, Jong-nam dihampiri dua wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sebelum disapu dengan tapak tangan yang disembur cecair beracun dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Beliau dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

-AA-

Categories
NASIONAL

Polis belum pasti suspek sembunyi di Kedutaan Korea Utara

SHAH ALAM, 23 FEB: Polis belum dapat mengesahkan dakwaan dua suspek yang dicari membantu siasatan pembunuhan Kim Jong-nam sedang ‘bersembunyi’ di Kedutaan Korea Utara, di sini,’ kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Kita tidak pasti sama ada dia bersembunyi di kedutaan atau tidak. Kita panggil dia untuk bantu siasatan. Kita tunggulah jawapan,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, media asing melaporkan kedua-dua suspek dikenali sebagai Hyon Kwang Song, 44, dan Kim Uk Il, 37, dipercayai ‘bersembunyi’ dalam bangunan kedutaan.

Kedua-dua mereka bersama suspek ketiga dikenal pasti sebagai Ri Ji U, 30, juga dikenali sebagai James, dipercayai masih berada di negara ini. Keberadaan Ji U juga tidak diketahui.

Kwang-song ialah Setiausaha Kedua di kedutaan dan Uk Il ialah kakitangan syarikat penerbangan Korea Utara Koryo Air, kata Khalid pada sidang media sebelumnya.

Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, meninggal dunia selepas diserang pada 13 Februari oleh dua wanita yang dilaporkan menyapu mukanya dipercayai cecair beracun.

(FILES) This file photo taken on May 4, 2001 shows an immigration officer (L) escorting Kim Jong-Nam, son of North Korean leader Kim Jong-Il, getting off a bus to board an ANA905 (All Nippon Airways) airplane at Narita airport near Tokyo. Kim Jong-Nam, the half-brother of North Korean leader Kim Jong-Un has been assassinated in Malaysia, South Korea's Yonhap news agency said on February 14, 2017. / AFP PHOTO / TOSHIFUMI KITAMURAEkoran serangan itu, polis Malaysia menahan empat suspek – seorang wanita menggunakan pasport Vietnam, seorang wanita warga Indonesia, seorang lelaki rakyat Malaysia dan seorang lelaki warga Korea Utara.

Lelaki warga Malaysia itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Sebelum itu, dilaporkan polis sedang memburu tujuh suspek rakyat Korea Utara, empat daripada mereka dikatakan meninggalkan Malaysia pada hari Jong-nam diserang semasa menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Jong-nam tiba di Malaysia pada 6 Februari dan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol.

-AA-

Categories
NASIONAL

Video Jong-nam tersebar, menteri salahkan MAHB

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 22 FEB: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebaran rakaman video detik terakhir kematian Kim Jong-nam daripada kamera litar tertutup (CCTV) ke tangan media asing.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, walaupun polis membuat kawalan di Lapangan Terbang Antarabarangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), namun MAHB bertangungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan di lapangan terbang itu.

“Ini yang perlu kita siasat (siapa yang mengedarkan CCTV itu) kerana ia bukan daripada polis. MAHB yang menguruskan lapangan terbang berkenaan.

“Pihak yang melantik petugas keselamatan adalah MAHB dan polis kini menyiasat MAHB berhubung individu yang menyebarkan rakaman berkenaan.

“Saya tidak mahu polis dipersalahkan atas penyebaran video berkenaan kerana MAHB perlu bertanggungjawab,” katanya dalam sidang media, lapor Bernama.

nur_jazlanTerdahulu, The Guardian melaporkan stesen televisyen Jepun, Fuji TV sebagai media pertama menayangkan video berdurasi 2 minit 45 saat itu.

Menerusi rakaman berkenaan, Jong Nam dilihat tiba di ruang legar balai berlepas sambil melihat skrin memaparkan jadual penerbangan.

Memakai sut berwarna kelabu dengan membawa beg sandang, beliau kemudiannya mendekati kaunter daftar masuk sebelum seorang wanita menghampiri dan menekupnya dari belakang.

Kedua-duanya nampak bergelut seketika, namun orang ramai di sekeliling seolah-olah tidak perasan apa yang terjadi.

Tidak sampai tiga saat bergelut, wanita berambut pendek itu dilihat segera beredar meninggalkan Jong Nam.

-AA-

Categories
NASIONAL

Keputusan bedah siasat mungkin didedah Rabu ini

SHAH ALAM, 20 FEB: Keputusan bedah siasat abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang mati dibunuh minggu lalu di Kuala Lumpur, mungkin didedah seawal Rabu ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, hari ini.

“Kita bercakap berkenaan tempoh masa biasa untuk melengkapkan laporan dan memberikan keputusannya, jadi atas dasar ini, ya,” katanya lapor Malaysiakini.

Sebelum ini, pihak berkuasa Malaysia meminta waris terdekat mangsa, Kim Jong-nam untuk tampil dalam masa dua minggu untuk membantu siasatan.

Korea Utara dilaporkan membantah tindakan Malaysia menjalankan bedah siasat ke atas mangsa dan mahu mayat itu diserahkan terus kepada mereka.

Kim Jong-nam dipercayai diracun di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) Isnin lalu, dan polis setakat ini berjaya menahan empat suspek termasuk dua wanita.

Categories
NASIONAL

Rakaman pembunuhan Jong Nam tersebar

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 FEB: Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan pembunuhan Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) mula tersebar di media sosial, sejak malam tadi.

The Guardian melaporkan stesen televisyen Jepun, Fuji TV sebagai media pertama menayangkan video berdurasi 2 minit 45 saat itu.

Menerusi rakaman berkenaan, Jong Nam dilihat tiba di ruang legar balai berlepas sambil melihat skrin memaparkan jadual penerbangan.

Memakai sut berwarna kelabu dengan membawa beg sandang, beliau kemudiannya mendekati kaunter daftar masuk sebelum seorang wanita menghampiri dan menekupnya dari belakang.

Kedua-duanya nampak bergelut seketika, namun orang ramai di sekeliling seolah-olah tidak perasan apa yang terjadi.

Tidak sampai tiga saat bergelut, wanita berambut pendek itu dilihat segera beredar meninggalkan Jong Nam.

Jong Nam kemudiannya mendapatkan petugas keselamatan untuk membuat aduan berkenaan kejadian itu dan meminta bantuan.

Pada ketika itu, beliau masih kelihatan sihat dan mampu berjalan seperti biasa.

Seorang anggota polis dan petugas lapangan terbang mengiringnya ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dia dilaporkan rebah.

-AA-