Categories
SELANGOR

41 sekolah kutip 118,000 kg bahan kitar semula

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 2 0KT: Bahan kitar semula seberat 118,000 kg berjaya dikumpul dalam program Kitar Semula Peringkat Tadika, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah 2015 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Program kali ke sembilan dengan kerjasama F&N Beverage Marketing Sdn Bhd (F&N) itu melibatkan 41 sekolah sekitar Shah Alam.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata saban tahun pelajar dan guru menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan sekolah mereka mengumpul kutipan tertinggi.

mbsa kelantan 1“Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya kepada pelajar sebagai didikkan awal terhadap kepentingan alam sekitar sekaligus mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada masyarakat itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Program Kempen Kitar Semula MBSA 2015 di Dewan Bankuet MBSA, di sini, semalam.

Selangor Kini difahamkan, berat kutipan bahan kitar semula pada tahun ini meningkat kepada 118,545 kg berbanding tahun lepas 80,277 kg.

Sementara itu, Pengurus Perhubungan Korporat F&N, Cariessa Goh, berkata peningkatan kutipan lebih 47 peratus layak diberi penghargaan kepada pelajar dan guru terlibat terutama kepada Sekolah Menengah Seksyen 11 kerana menjadi juara bagi ketegori kutipan purata.

MBSA F&N“Kempen ini sebagai salah satu usaha kita mengurangkan pembuangan sisa pepejal di negara ini, memandangkan rakyat di negara ini membuang bahan buangan hampir 30,000 tan setiap hari.

“Kita juga berhasrat untuk tetap meneruskan program seperti ini bersama MBSA untuk tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Pra Sekolah Sk Subang Bestari 2 berjaya dinobat sebagai juara bagi dua kategori Anugerah Aluminium Tertinggi dan Anugerah Khas Kotak Tetra-Pak Tertinggi.

“Kita akan meneruskan aktiviti ini secara berterus untuk mendidik pelajar menjaga alam persekitaran disamping usaha mendapat pengiktirafan ke peringkat antarabangsa,” kata Guru, Mohammad Sazali Abd Salam, 35.

-NR-

Categories
SELANGOR

Projek perintis kitar semula dilancar tahun ini

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 MAC: Selangor bakal melancarkan projek perintis program kitar semula tahun ini yang juga program sulung di Malaysia, kata Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah.

Beliau berkata, Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) kini dalam proses penelitian dan penyelarasan program berkenaan.

kitar semula2“Ini adalah kali pertama pelaksanaan program ini. Kita tiada pengalaman mengendalikan projek sebegini sama ada di peringkat pusat atau negeri.

“Kita akan memilih beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tempat khas sebagai percubaan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau ditemui dalam Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina bersama ketua kampung baru dan bagan di Kelab Shah Alam, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Ean Yong berkata, program itu antara lain bertujuan mendidik masyarakat dalam pengasingan sampah domestik.

ean“Kita akan mengkaji bagaimana sikap penduduk dalam membuang jenis sampah. Pada peringkat awal ini, kita akan meminta penduduk pisahkan antara sampah basah dan kering.

“Apabila peringkat ini dilepasi, baru kita akan perhalusi lagi jenis sampah yang akan dibuang,” katanya.

-NFN-