5 lebuhraya laksana kutipan tol elektronik sepenuhnya mulai 2 Mac


5 lebuhraya laksana kutipan tol elektronik sepenuhnya mulai 2 Mac melibatkan KESAS, GCE, SPRINT, LATAR dan LEKAS

Categories
SELANGOR

Segera bina Latar ke Lumut, atasi kesesakan luar biasa Kuala Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 FEB: Kerajaan Negeri disaran memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat bagi mempercepatkan pembinaan Lebuh Raya KL-Kuala Selangor (Latar) hingga ke Lumut, Perak.

Penyelaras DUN Bukit Melawati, S Manikavasagam berkata, pembinaan itu akan menyelesaikan masalah kesesakan yang sering dihadapi di kawasan Kuala Selangor terutama pada hujung minggu, cuti umum dan musim perayaan.

LATAR PLUS“Buat masa ini, laluan berkenaan adalah jalan utama melalui Assam Jawa hingga ke Pasir Penampang seterusnya Sabak Bernam termasuk Lumut, Perak.

“Jika latarĀ  yang kini terhenti di Ijok dapat disambung ke Lumut, saya yakin ia akan jadi alternatif terbaik kepada kesesakan luar biasa di Kuala Selangor,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian diminta mengulas berhubung cadangan bagi mengatasi masalah yang berlanjutan sekian lama itu.

manikavasagam mike kapar blue 01Pada masa sama, Manikavasagam berkata, bantuan polis trafik terutama pada hujung minggu juga mampu membantu mengurangkan kesesakan.

“Saya fikir, jika dapat ditempatkan pegawai trafik ketika waktu puncak setiap Ahad sekitar jam 5 hingga 7 petang juga sudah memadai.

“Ketika ini, banyak kereta mahu menuju ke Kuala Lumpur untuk kembali bekerja,” katanya.

-NFN-