Categories
AGENDA NASIONAL

Trafik perlahan, kenderaan meningkat arah utara, selatan petang ini

KUALA LUMPUR, 25 DIS: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dari ibu kota menuju ke utara dan selatan bergerak perlahan petang ini berikutan orang ramai masih membuat perjalanan bersempena cuti Hari Krismas.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata setakat 5 petang ini, trafik perlahan dari Ipoh ke Terowong Menora di Perak dan Bukit Tambun ke Juru di Pulau Pinang.

“Trafik turut perlahan di Slim River ke Sungkai dan Bidor ke Gopeng (di Perak) berikutan pertambahan kenderaan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik perlahan arah selatan membabitkan Port Dickson ke Senawang dan Senawang menuju ke Pedas Linggi.

Maklumat trafik terkini boleh diperoleh dengan menghubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter, www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter, www.twitter.com/llminfotrafik.

-BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Penunggang motosikal masih enggan manfaat laluan khas di lebuh raya

SHAH ALAM, 9 JAN: Walaupun pelbagai peringatan diuar-uarkan pasukan keselamatan termasuk tindakan saman supaya penunggang motosikal menggunakan laluan khas kenderaan itu di beberapa lebuh raya di Lembah Klang, namun ia dilihat umpama ‘mencurah air ke daun keladi’.

Tinjauan Bernama di Lebuhraya Persekutuan mendapati walaupun kebanyakan penunggang motosikal patuh dan memanfaatkan laluan khas disediakan kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya, namun masih banyak yang sanggup mempertaruhkan nyawa dengan menggunakan jalan utama.

Keadaan sama juga berlaku di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dengan penunggang motosikal dilihat selesa menggunakan jalan utama tanpa menghiraukan risiko tatkala bersaing dengan kenderaan berat.

Sudah masuk tahun baharu 2020, namun sikap penunggang motosikal yang masih degil itu tidak asing dalam kalangan pengguna lebuh raya malah menjadi rutin kepada golongan berkenaan yang bukan sahaja berani ‘mencelah’ di antara kereta tetapi juga lori.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Supt Azman Shari’at berkata pelbagai alasan sering diberikan oleh penunggang motosikal setiap kali penguatkuasaan dilakukan di lebuh raya terbabit.

“Ada penunggang sengaja tidak mahu menggunakan laluan khas motosikal dengan alasan seperti mahu cepat sampai, jalan motosikal melambatkan pergerakan dan permukaan jalan (motosikal) yang rosak.

“Penguatkuasaan memang ada dan mana-mana penunggang motosikal yang ditahan kerana menggunakan jalan utama, mereka akan disaman. Setakat ini, hanya saman saja boleh dikenakan terhadap golongan ‘degil’ itu,” katanya kepada Bernama.

Azman berkata walaupun polis perlu menguatkuasakan undang-undang, namun pihaknya perlu mengambil kira keselamatan anggota apabila terpaksa ‘mencelah’ di antara kenderaan bergerak yang dilihat sangat berbahaya.

Berikutan kemalangan maut membabitkan motosikal lebih tinggi berbanding kenderaan lain, Azman menasihatkan pengguna jenis kenderaan itu supaya sentiasa mematuhi undang-undang, berhemah ketika di jalan raya dan sentiasa menggunakan laluan khas.

Justeru itu, katanya, mana-mana pihak digalakkan mengemukakan cadangan yang lebih berkesan supaya undang-undang sedia ada dapat dipinda untuk memastikan penunggang motosikal sentiasa menggunakan laluan khas kenderaan tersebut.

“Jika ada cadangan (daripada mana-mana pihak) yang boleh menangani masalah penunggang motosikal (tidak mematuhi peraturan untuk menggunakan laluan khas), kami bersedia untuk menelitinya kerana buat masa ini polis hanya menguatkuasakan undang-undang sedia ada (saman),” katanya.

BERNAMA

Categories
NASIONAL

Lorong tambah nilai PLUS ditutup sempena Deepavali

KUALA LUMPUR 11 OKT: Kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan ditutup sementara dari 17 hingga 19 Oktober ini bersempena cuti perayaan Deepavali.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, penutupan lorong itu bertujuan melancarkan perjalanan trafik dan mengurangkan kesesakan yang dijangka berlaku akibat pengguna lebuh raya beratur di lorong tambah nilai.

Bagaimanapun, Azman berkata, lorong tambah nilai di plaza tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar tidak ditutup.

“Pengguna lebuh raya perlu memastikan kad mereka mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya atau menambah nilai kad di 9,200 lokasi lain termasuk mesin ATM, kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak di semua hentian rehat dan rawat di sepanjang lebuh raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, langkah penutupan lorong tersebut pada musim perayaan yang lepas telah berjaya mengurangkan kesesakan di plaza tol dan pendekatan yang sama akan diambil untuk musim perayaan akan datang.

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
NASIONAL

Penutupan lorong kanan KM34.7 Lebuhraya Elite

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 SEPT: Penutupan lorong laju jalan di KM34.7 hingga KM34.9, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) selama 15 hari, akan bermula 26 September ini.

PLUS 2Syarikat Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) memaklumkan dalam kenyataan, penutupan itu adalah bagi membolehkan kerja awalan pembinaan persimpangan bertingkat baru dilaksanakan.

Penutupan lorong kanan akan bermula jam 9 pagi pada 26 September hingga 10 Oktober ini dengan melibatkan antara persimpangan bertingkat KLIA dan Nilai (Utara), di Lebuhraya Utara-Selatan.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberi pihaknya.

-NFN-

5 lebuhraya laksana kutipan tol elektronik sepenuhnya mulai 2 Mac


5 lebuhraya laksana kutipan tol elektronik sepenuhnya mulai 2 Mac melibatkan KESAS, GCE, SPRINT, LATAR dan LEKAS

Categories
SELANGOR

MB sedia dengar keluhan bantahan bina lebuhraya EKVE dan SUKE

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 JAN: Kerajaan Selangor akan memanggil wakil kumpulan yang membantah pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan dan memberikan penjelasan berhubung projek itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata projek itu dalam proses pendengaran awam dan kaedah siasatan serta keputusan dibuat berdasarkan peruntukan yang ada dalam Akta Perhutanan Negara.

MB Azmin“Baru-baru ini saya terima bantahan dari beberapa penduduk tentang lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

“Saya sudah hubungi beliau sendiri saudara Mohd Agus supaya maklum pada kumpulan yang bantah untuk bertemu dalam masa terdekat supaya bantahan didengar dan kita akan beri penjelasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembinaan lebuhraya EKVE merosakkan habitat hidupan liar.

Sebelum ini, pelbagai pihak mengemukakan bantahan terhadap pembinaan lebuhraya baru yang melibatkan pengambilalihan beberapa kawasan hutan.

Selain projek lebuhraya EKVE dan SUKE, bantahan turut dikemukakan dalam cadangan pembinaan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH).

EZY

Categories
SELANGOR

Hannah, KESAS tinjau keretakan batas bunyi Lebuhraya Shah Alam

SUBANG JAYA: Adun Subang Jaya Hannah Yeoh bersama-sama wakil daripada Konsortium Expressway Shah Alam Selangor Sdn Bhd (Kesas) turun padang untuk melihat retakan pada batasan bunyi sepanjang Lebuhraya Shah Alam dan UEP Subang Jaya.

Hannah menggesa Kesas untuk mengkaji semula keberkesanan dan ketinggian batasan bunyi ekoran pertambahan lalulintas di lebuhraya itu.

20140929_102816“Saya menerima aduan daripada penduduk USJ 2 dan 3 berhubung keretakan itu dan telah menghantar surat dengan kadar segera kepada Kesas pada 25 September 2014 memaklumkan perkara itu. Kesas menjawab dengan pantas dan membawa kepada tinjauan hari ini,” jelas Hannah.

Turut bersama adalah wakil penduduk USJ 2 RA, Har Yin Geong dan USJ 3/1 RA, Andy Lam.

Hannah berterima kasih diatas kerjasama yang ditunjukkan dan berharap tindakan diambil dengan segera.

HM