Categories
SELANGOR

Segera bina Latar ke Lumut, atasi kesesakan luar biasa Kuala Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 FEB: Kerajaan Negeri disaran memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat bagi mempercepatkan pembinaan Lebuh Raya KL-Kuala Selangor (Latar) hingga ke Lumut, Perak.

Penyelaras DUN Bukit Melawati, S Manikavasagam berkata, pembinaan itu akan menyelesaikan masalah kesesakan yang sering dihadapi di kawasan Kuala Selangor terutama pada hujung minggu, cuti umum dan musim perayaan.

LATAR PLUS“Buat masa ini, laluan berkenaan adalah jalan utama melalui Assam Jawa hingga ke Pasir Penampang seterusnya Sabak Bernam termasuk Lumut, Perak.

“Jika latar  yang kini terhenti di Ijok dapat disambung ke Lumut, saya yakin ia akan jadi alternatif terbaik kepada kesesakan luar biasa di Kuala Selangor,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian diminta mengulas berhubung cadangan bagi mengatasi masalah yang berlanjutan sekian lama itu.

manikavasagam mike kapar blue 01Pada masa sama, Manikavasagam berkata, bantuan polis trafik terutama pada hujung minggu juga mampu membantu mengurangkan kesesakan.

“Saya fikir, jika dapat ditempatkan pegawai trafik ketika waktu puncak setiap Ahad sekitar jam 5 hingga 7 petang juga sudah memadai.

“Ketika ini, banyak kereta mahu menuju ke Kuala Lumpur untuk kembali bekerja,” katanya.

-NFN-

JURNAL BERITA – MB arah peguam serah notis saman pada Manikavasagam

1. MB arah peguam serah notis saman pada Manikavasagam

2. Abdul Khalid luang masa sambut Hari Wesak bersama penduduk Cheras

3. Pemilihan PKR: Undian Selangor tertinggi, 5 cabang dikira di Ibu Pejabat

4. MBPJ wajibkan 10% bangunan komersil sedia tempat letak kereta wanita

5. Krisis politik Terengganu, PAS negeri adakan mesyuarat khas

6. Kemelut politik Umno Terengganu, satu lagi ‘bala’ buat Najib

7. Najib muka tak tahu malu, mustahil akan letak jawatan

8. Anwar, Azizah kemalangan di Desa Sri Hartamas

9. Krisis Politik Umno Terengganu, balasan rampasan kuasa Perak

10.PRK Bukit Gelugor: RamKarpal sasar peningkatan majoriti

11.PRK Bukit Gelugor: Alasan MCA tidak masuk akal

12.JPP Aduan Pemilihan: Tiada aduan terhadap Abdul Khalid

13.80 peserta berkonvoi selami kehidupan masyarakat

14.Soccerkids MBSA ungguli Kejohanan Bola Sepak Junior 1MCC-Yamaha 2014

15.Abdul Samah Ketua Polis Selangor baru

16.Hari Muzium Antarabangsa 14-18 Mei tampil pelbagai acara menarik

Categories
NASIONAL SELANGOR

Manikavasagam Ditawar Jadi Presiden MIC Jika Keluar PKR

SHAH ALAM, 24 MEI : Usaha terdesak MIC, untuk mempelawa MP Kapar S Manikavasagam melihatkan pemimpin parti komponen Umno-BN itu menawarkan jawatan presiden partinya kepada beliau sebagai sogokan.

Manikavasagam mendakwa seorang pemimpin MIC tersebut yang juga bekas Timbalan Menteri, pernah berkata parti itu akan menyingkir Tun S Samy Vellu yang pada masa itu presiden MIC dan memberikan jawatan itu padanya.

Sogokan tersebut dibuat oleh pemimpin MIC itu semasa perjumpaan dengan Manikavasagam di pejabat beliau pada tahun 2009.

“Kita tidak mahu Samy Vellu, kita mahu YB Manika. Kita akan terus masukkan YB Manika. Umno kawal MIC.

?Jadi kita tidak mahu Samy Vellu dan kita mahu YB Manika, terus masuk jadi Presiden MIC. Tawaran macam ini semua ada,” katanya di dalam satu temurah program ?Terus Terang?.

Program tersebut dihostkan pengarang TVSelangor Mat Zahari Ali di studio TVSelangor di sini hari ini.

Sebelum ini, dakwaan Manikavasagam akan meninggalkan Pakatan dan PKR tercetus kembali ekoran satu laporan di dalam blog pro-Umno.

Artikel tersebut mendakwa Manikavasagam meminta RM10 juta daripada bekas Ketua Umno Selangor Dr Mohamed Khir Toyo untuk keluar dari PKR.

Ekoran daripada laporan itu, Manikavasagam berkata beliau akan memfailkan saman terhadap, Dr Mohd Khir dan penulis blog tersebut, M Zakrul Adam.

Tambah Manikavasagam, beliau memegang amanah dan tanggungjawab yang diberikan pengundi di kawasannya dan masih setia dengan Pakatan.

“Apa yang berlaku kepada saya mesti berlaku kepada mereka yang melompat. Mesti ada sogokan nak lompat.

?Macam isu pasir saya pun kecewa bila Ahli Parlimen Wangsa Maju (Wee Choo Keong) yang telefon saya menyatakan sedia membantu selesaikan masalah tetapi tiba-tiba dia lompat (keluar parti).

“Saya ada pendirian saya. Saya menyertai PKR iaitu parti pertama saya. Saya bukan bekas ahli MIC, IPF atau PPP, saya dibawa masuk ke dalam PKR oleh bekas Ketua AMK, Ezam Mohd Nor tetapi sekarang beliau pun sudah lompat, sudah lari. Dulu dia selalu cakap perjuangan tetapi apa makna perjuangan?,” soalnya.

Program Terus Terang Akan Mula disiarkan pada awal Jun.