Categories
AGENDA NASIONAL

Polis siasat anggota pukul penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan

KUALA LUMPUR, 8 JAN: Polis sedang menyiasat seorang anggota polis trafik yang disyaki memukul seorang penunggang motosikal di tepi Lebuhraya Persekutuan, di sini, seperti yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata insiden berkenaan berlaku sekitar 8 pagi hingga 9 pagi tadi di Kilometer (KM) 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur.

“Siasatan ke atas anggota polis berkenaan sedang giat dilakukan dan pihak polis tegas dengan pendirian apa sahaja salah laku pegawai dan anggota akan disiasat dengan teliti dan tindakan diambil daripada sudut undang-undang serta tatatertib sekiranya didapati wujud kesalahan.

“Semasa insiden berkenaan sebuah motosikal ditunggang sepasang suami isteri warga tempatan didapati cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Nik Ezanee berkata semasa melarikan diri, penunggang motosikal itu dipercayai telah melanggar kaki salah seorang anggota trafik yang bertugas.

Beliau berkata penunggang motosikal berkenaan bagaimanapun ditahan oleh anggota trafik lain dan dikenakan saman atas kesalahan tidak menggunakan lorong motosikal, tiada lesen menunggang motosikal, cukai jalan tamat tempoh selain menerusi semakan rekod lampau mendapati individu itu turut mempunyai sebanyak 58 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Nik Ezanee berkata setakat ini penunggang motosikal berkenaan masih belum tampil membuat laporan berhubung insiden yang ditularkan.

“Kami telah mengenal pasti penunggang tersebut dan sedang mengesannya bagi membantu siasatan,” katanya.

Hari ini, tular sebuah klip video berdurasi 37 saat di media sosial memaparkan seorang anggota polis didapati bertindak memukul seorang penunggang motosikal di tepi Lebuhraya Persekutuan.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

4 pemuda jadi penyelamat lerai ‘simpul mati’ trafik

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 MAC: Kesesakan luar biasa di simpang empat yang menghubungkan susur Lebuhraya Persekutuan, Jalan Subang dan Persiaran Jubli Perak, petang semalam terlerai selepas sekumpulan pemuda tampil menjadi penyelamat.

Kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu menyaksikan empat pemuda meleraikan ‘simpul mati’ lalu lintas di kawasan terbabit ekoran kesemua lampu isyarat di persimpangan terbabit mengalami kerosakan.

Keadaan itu menyebabkan pemandu kenderaan di barisan hadapan berpusu-pusu cuba melepasi persimpangan terbabit yang terhalang tanpa mengikut laluan sepatutnya.

Bagaimanapun, selepas kira-kira lebih setengah jam kenderaan tidak bergerak walaupun seinci, muncul empat pemuda yang dipercayai turut terperangkap dalam kesesakan itu dan cuba meleraikannya.

Wartawan SelangorKini yang berada kira-kira 200 meter dari persimpangan terbabit dapat melihat dengan jelas keempat-empat pemuda itu dengan gaya polis trafik cuba melancarkan aliran lalu lintas, sementara menantikan kehadiran polis trafik sebenar.

Tindakan terpuji pemuda itu melegakan ramai pemandu dengan membunyikan hon dan menujukkan tanda bagus kepada mereka sebagai tanda terima kasih.

-AA-

Persimpangan bertingkat Lebuhraya Persekutuan bernilai RM53 juta

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Persimpangan bertingkat Lebuhraya Persekutuan bernilai RM53 juta

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 16 APRIL: Kerajaan Negeri memaklumkan anggaran kos keseluruhan bagi projek persimpangan bertingkat Lebuhraya Persekutuan di Seksyen 7 (i-City) yang akan dibina dalam masa terdekat berjumlah RM53 juta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata projek yang dibuat secara tender terbuka itu akan dibiayai beberapa syarikat lain termasuk anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mengeluarkan peruntukan RM10.9 juta.

Katanya, antara syarikat lain yang terbabit adalah Sejagat Emas dengan kos keseluruhan RM265,000, Era Wangsa (RM1.5 juta), Daya Intelek (RM424,000), RCP Astanaz (RM795,000), MS Kali (RM1.9 juta) dan Solar Purpose (RM291,000).

sidang dun bersidang 1Beliau berkata, projek berkenaan turut disertai Worldwide (RM1.5 juta), PC and Banner (RM2.5 juta), Selamat (RM1.1 juta), i-City (RM27.5 juta) dan IGM Properties (RM4 juta).

“Jumlah keseluruhan yang dikumpul setakat ini adalah RM42 juta dan terdapat pemaju sudah menjelaskan bayaran itu tetapi ada yang belum.

“Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan mendahulukan duit terbabit dan kita akan masukkan ke dalam akaun Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), manakala pemaju yang lewat membayarnya akan dikenakan faedah,” katanya ketika menjawab pertanyaan Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) berhubung pembinaan jambatan berkenaan.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri meminta pemaju untuk membiayai kos pembinaan jambatan itu mengikut jumlah tanah yang dibangunkan dan kadar kiraan penggunaan jalan raya di lebuh raya terbabit.

lebuh rayaPada masa sama, katanya, Kerajaan Negeri secara ratio akan meminta bayaran daripada semua syarikat yang terbabit bagi menampung lebihan kos untuk membina lebuh raya itu.

“Kita membuat perancangan ini supaya mereka yang terbabit bersetuju untuk membiayainya kerana jangkaan pada asalnya RM42 juta, kini sudah meningkat kepada RM53 juta dan secara ratio akan minta pembayaran daripada semua yang terbabit,” katanya.

-NFN-