Categories
AGENSI SELANGOR

Polis tahan lapan lelaki gaduh di restoran

KUALA LUMPUR, 19 April: Lapan lelaki ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah restoran di Rawang dalam kejadian awal pagi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata empat daripada suspek berusia dalam lingkungan 23 hingga 29 tahun itu ditahan ketika hadir di Balai Polis Gombak untuk memberi keterangan manakala empat lagi hadir serah diri di balai yang sama.

“Kami sedang memburu beberapa lagi individu bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa yang berusia 29 sedang minum di sebuah restoran di Rawang bersama rakan-rakannya dan telah berlaku perselisihan faham dengan sekumpulan lelaki lain akibat ejek-mengejek.

Keadaan semakin kecoh apabila kumpulan berkenaan bertindak membaling botol ke meja pengadu dan perkara yang sama turut dilakukan oleh pengadu dan rakan-rakannya sebelum berlaku pergelutan di antara mereka.

Pengadu mengalami cedera ringan di tangan dan dada dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Arifai turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi balai berdekatan.

Dua video berdurasi 47 saat dan 17 saat memaparkan pergaduhan antara beberapa individu lelaki di luar sebuah restoran di Rawang.

Dalam kejadian berasingan, polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Damai Perdana, Kajang, yang berlaku 9 April lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan berkata individu berkenaan dikenali sebagai Yuen Wai Lam, 26 yang beralamat di No 3, Jalan Penghulu 12/3, Bandar Mahkota Cheras.

Sebelum ini, Mohd Zaid berkata polis telah menahan empat lelaki berusia 19 hingga 28 tahun dan telah direman bagi membantu siasatan kes yang dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Polis siasat anggota pukul penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan

KUALA LUMPUR, 8 JAN: Polis sedang menyiasat seorang anggota polis trafik yang disyaki memukul seorang penunggang motosikal di tepi Lebuhraya Persekutuan, di sini, seperti yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata insiden berkenaan berlaku sekitar 8 pagi hingga 9 pagi tadi di Kilometer (KM) 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur.

“Siasatan ke atas anggota polis berkenaan sedang giat dilakukan dan pihak polis tegas dengan pendirian apa sahaja salah laku pegawai dan anggota akan disiasat dengan teliti dan tindakan diambil daripada sudut undang-undang serta tatatertib sekiranya didapati wujud kesalahan.

“Semasa insiden berkenaan sebuah motosikal ditunggang sepasang suami isteri warga tempatan didapati cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Nik Ezanee berkata semasa melarikan diri, penunggang motosikal itu dipercayai telah melanggar kaki salah seorang anggota trafik yang bertugas.

Beliau berkata penunggang motosikal berkenaan bagaimanapun ditahan oleh anggota trafik lain dan dikenakan saman atas kesalahan tidak menggunakan lorong motosikal, tiada lesen menunggang motosikal, cukai jalan tamat tempoh selain menerusi semakan rekod lampau mendapati individu itu turut mempunyai sebanyak 58 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Nik Ezanee berkata setakat ini penunggang motosikal berkenaan masih belum tampil membuat laporan berhubung insiden yang ditularkan.

“Kami telah mengenal pasti penunggang tersebut dan sedang mengesannya bagi membantu siasatan,” katanya.

Hari ini, tular sebuah klip video berdurasi 37 saat di media sosial memaparkan seorang anggota polis didapati bertindak memukul seorang penunggang motosikal di tepi Lebuhraya Persekutuan.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Selangor minta Negeri Sembilan siasat lanjut punca sungai tercemar

SEPANG, 5 OKT: Selangor mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran serta Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan melakukan siasatan lanjut di lokasi disyaki menjadi punca pencemaran bau hingga menyebabkan 309,687 akaun pengguna negeri ini berdepan masalah bekalan air.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata tumpuan dilakukan di kawasan Perindustian Nilai 3 memandangkan lokasi khusus tidak dapat dikenal pasti.

“Jadi mereka sedang siasat kawasan terbabit. Penguatkuasa Selangor susah untuk jalankan siasatan kerana ia di luar kawasan negeri.

“Kita harap Negeri Sembilan ambil inisiatif menyiasat punca kejadian ini. Unsur sabotaj juga akan disiasat,” katanya pada sidang media di Tasik Idaman hari ini.

Loy Sian berkata laporan polis akan dibuat berhubung kejadian selain JAS akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak melanggar Akta Kualiti Alam Sekitar.

Semalam, dua Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas susulan pencemaran bau bangkai di Sungai Semenyih dan Sungai Langat.

Berikutan itu sebanyak 274 kawasan di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia operasi esok selepas digantung sementara

KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Dagangan di Bursa Malaysia Securities yang digantung pada 3.30 petang hari ini, akan beroperasi seperti biasa pada 9 pagi esok, 17 Julai.

Dalam satu kenyataan, bursa itu berkata ia tidak akan membuka semula pasaran sekuriti untuk dagangan hari ini.

Katanya, perkara itu sedang disiasat dan bursa akan kekal fokus untuk memastikan hanya gangguan kecil sahaja berlaku ke atas urus niaga.

Harga dagangan terakhir akan digunakan sebagai harga rujukan, katanya.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Rosmah Mansor mungkin disiasat

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 17 MEI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak menolak kemungkinan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, turut akan disiasat.

Katanya, ia terpulang kepada pihak berkuasa yang terbabit dalam menjalankan tugas mereka.

“Kita akan menyiasat kes jenayah tidak mengira siapa.

“Ia terpulang kepada pihak yang terbabit antaranya polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau badan lain,” katanya dalam sidang media, di Menara Yayasan Selangor, di sini, hari ini.

Terdahulu, polis membuat carian di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Razak, di Jalan Langgak Duta, sejak malam tadi.

Beberapa kenderaan polis kelihatan meninggalkan tempat itu, namun beberapa yang lain termasuk Black Maria masih berada, di situ.

Difahamkan, koleksi beg tangan milik isterinya turut dirampas.

Categories
SELANGOR

Tak boleh tolak siasatan 1MDB

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 OKT: Gesaan Raja-Raja Melayu yang mahu kerajaan menyelesaikan siasatan isu 1Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) perlu diberi perhatian serius oleh pihak terbabit.

Adun Taman Medan, Haniza Talha, berkata pihak yang terbabit dengan 1MDB tidak boleh terus menolak siasatan itu kerana perkara itu sudah disuarakan Majlis Raja-Raja Melayu.

haniza“Gesaan itu dibuat memandangkan isu ini sudah terlalu banyak dibincangkan, namun tiada sebarang penyelesaian. Rakyat atau pemimpin politik dari kerajaan juga pembangkang ternyata menolak perkara itu dan kini isu terbabit menyebabkan kejatuhan mata wang negara.

“Walaupun dalam isu ini pihak eksekutif seharusnya memberikan jawapan, namun setakat ini belum ada. Majlis Raja-Raja menyuarakan pandangan itu sebagai ‘suara’ mewakili rakyat,” katanya yang juga Timbalan Ketua Wanita PKR.

Sementara itu, Adun Morib, Hasnul Baharuddin, berkata saranan itu bertepatan dengan kehendak rakyat dan keadilan untuk semua pihak kerana terlalu banyak keraguan yang menyelubungi isu itu sehingga syarikat berkenaan berhutang RM42 bilion.

hasnul ADUN morib pc 01“Begitu juga dengan tuduhan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri. Pembelian hartanah yang jauh melebihi harga pasaran. Begitu juga pembelian janakuasa yang terlalu mahal.

“Akibatnya, mata wang negara jatuh. Oleh itu, saranan Gabenor Bank Negara perlu diikuti bagi menyelamatkan negara daripada terus muflis,” katanya.

Adun Kuala Kubu Bahru, Lee Kee Hiong, pula berkata, gesaan itu perlu dilaksanakan bagi mengembalikan semula keyakinan orang ramai terhadap institusi kerajaan.

“Saya menyambut baik titah Majlis Raja-Raja itu. Isu ini sudah berlarutan begitu lama dan orang awam sudah hilang keyakinan terhadap insitusi yang menjalankan siasatan,” katanya.

Lee Kee Hiong aPada 6 Oktober lalu, Majlis Raja-Raja Melayu dalam kenyataan yang dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, menggesa kerajaan menyelesaikan siasatan isu 1MDB secepat mungkin serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang terbabit.

Baginda sekalian mahu semua pihak bertanggungjawab memberi kerjasama yang sebenar dan jujur supaya usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Raja-Raja Melayu bimbang jika isu itu tidak ditangani secara bijak, berlarutan dan memakan masa terlalu lama, maka ia akan menjejaskan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata.

-NFN-