Categories
AGENSI SELANGOR

Zakat Selangor hulur bantuan, daftar Man Kidal sebagai asnaf

SHAH ALAM, 25 JULAI : Bagaikan jatuh ditimpa tangga, begitulah keadaan dilalui gitaris tanah air Man Kidal yang bukan sahaja positif Covid-19 namun turut berdepan kesempitan hidup sehingga terpaksa kibar bendera putih.

Simpati nasib dihadapi ahli kumpulan Lefthanded itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS)  tampil menghulurkan bantuan kepada Abdul Rahman Mahmood serta mendaftarkan beliau sebagai asnaf sehingga pendapatannya kembali stabil.

Maklum LZS menerusi kenyataan, Man Kidal telah kehilangan sumber pendapatan hampir dua tahun akibat pandemik sehingga terpaksa menjual barangan peribadi.

“Alhamdulillah, kami akan bantu beliau dan keluarga dari segi kewangan bulanan, sewa rumah dan tunggakan bil utiliti.

“Insya-Allah semoga dengan bantuan ini, Man Kidal dan keluarga dapat teruskan semangat untuk berjuang dalam keadaan mencabar ini,” kata agensi itu.

Pada masa sama, LZS berterima kasih kepada pembayar zakat yang dapat membantu meringankan beban masyarakat memerlukan terutama ketika pandemik ini.

Categories
SELANGOR

Anak muda disaran tak tertumpu kerja makan gaji

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 8 FEB: Golongan muda disaran tidak terlalu bergantung kepada peluang kerja makan gaji semata-mata untuk membina karier ekoran kelembapan ekonomi kini.

Hal ini berikutan, kelesuan ekonomi menyebabkan pasaran pekerjaan semakin terhad disamping pengeluaran modal insan berkelulusan tinggi semakin ramai di pasaran sekaligus mewujudkan lebih ramai siswazah menganggur.

man kidal aGitaris lagenda negara, Man Kidal atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Mahmood, berkata sebaliknya anak muda jangan takut menggunakan bakat mereka bagi menjadikan muzik tapak membina karier.

“Saya bermula masuk pertandingan Battle Of The Band dan sekarang Alhamdullilah kita dikenali dan boleh jadi kerjaya tetap dan bukan saya sahaja malah ramai mulanya tiada apa-apa tetapi sekarang sudah berjaya dengan brkerja keras dalam industri ini seperti Ella, Nash dan ramai lagi.

“Daripada kita biarkan anak muda cenderung aktiviti tidak elok lebih baik tumpukan kepada muzik, mereka boleh jadikan muzik karier mereka,” kata Man Kidal kepada SelangorKini pada Majlis Malam gemilang Usahawan HIJRAH Selangor Cawangan Subang di Kelab Golf Bukit Rahman Putra di sini.

Bagaimanapun pemain gitar utama kumpulan Lefthanded itu turut mengingatkan anak muda yang berminat menceburi industri muzik perlu mempunyai ketahanan mental yang kental.

Katanya ia bagi menghadapi pelbagai cabaran sekaligus mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti boleh merosakkan reputasi dan industri seni.

Beliau berkata selain ketahanan mental, golongan ini juga perlu berusaha memajukan diri dengan mendalami ilmu berkaitan industri muzik yang lazimnya tidak boleh didapati di universiti.

“Masa dahulu, kami minat tetapi susah mendapatkan ilmu muzik kerana bila kurang ilmu menyukarkan untuk maju, tetapi zaman sekarang kena beri motivasi dengan bimbingan betul tentang muzik oleh mereka yang ada latar belakang kukuh dalam industri muzik.

“Nak berjaya tidak ada yang mudah. Kita kena jumpa susah dahulu baru jumpa senang,” kata Man Kidal.

EZY