JURNAL SELANGOR – MB : Selangor adakan Majlis Tahlil tragedi MH370 di Masjid Negeri, esok

Sinopsis

1. MB : Selangor adakan Majlis Tahlil tragedi MH370 di Masjid Negeri, esok

2. MB : Rakyat Kajang yakin pentadbiran PR, undi popular meningkat

3. Wan Azizah : BN harus sedar ‘isyarat’ pengundi Kajang

4. Wan Azizah: “Kerja tunaikan Manifesto Kajang sudah bermula”

5. PRK Kajang: PR menang semua saluran pengundi muda

6. Langkah Kajang strategi terbaik, pengundi muda sumbang kemenangan PR

7. Rafizi : 7% pengundi Melayu ‘swing’, PR berjaya tembus 2 kubu kuat BN

8. Anwar : Peningkatan undi kaum Cina masih ‘malapetaka’ untuk MCA

9. Abdul Khalid berpantun di Dewan Rakyat, beri isyarat ke Putrajaya

10. Generator MH006 tidak berfungsi

11. SPRM masih gagal tangani rasuah, Paul Low perlu letak jawatan

12. Kerajaan Pusat membazir lagi, belanja RM365 juta promosi GST

Categories
SELANGOR

Wan Azizah: “Kerja tunaikan Manifesto Kajang sudah bermula”

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 24 MAC: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang yang baru, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mengadakan perjumpaan dengan beberapa pihak bagi menyelesaikan masalah utama penduduk kawasan berkenaan seperti terkandung dalam Manifesto Kajang.

Dr Wan Azizah berkata, perjumpaan itu diadakan sejak beberapa hari lalu membabitkan beberapa pihak termasuk yang bertanggungjawab dalam isu tertentu.

“Memang saya ada buat perjumpaan dan merangka pelan seperti dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) untuk Kajang.

Untitled“Kita berbincang bagaimana untuk memberbaiki semua yang kita rancang untuk Kajang,” katanya pada sidang media selepas diumumkan menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Hassan Nawawi di Pusat Pengiraan Undi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), di sini, malam tadi.

Manifesto Kajang yang dilancarkan sehari selepas penamaan calon meletakkan empat teras utama yang bakal dilaksanakan jika PR menang dalam PRK Kajang.

DSC_6964Empat teras itu adalah membanteras jenayah dan meningkatkan keselamatan, menangani masalah kesesakan lalu lintas, pembangunan dan penyelenggaraan perbandaran serta pembangunan anak muda dan usahawan kecil.

Terdahulu, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, Dr Wan Azizah walaupun belum bergelar ADUN ketika itu tetapi sudah berjaya menyelesaikan isu pungutan sampah di beberapa lokasi sekitar Kajang.

-NFN-