Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Jadikan Rasulullah contoh, pupuk perpaduan dan kemakmuran

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 1 DIS: Umat Islam diminta menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan dalam kehidupan ke arah memupuk kepaduan dan kemakmuran di Selangor.

Dengan pelaksanaannya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, ia sekali gus menjadikan sistem pentadbiran Kerajaan Negeri meningkat lebih cekap dan berkesan.

“Rasulullah dalah pemimpin teragung dalam sejarah peradaban manusia dengan keperibadian baginda yang luhur, amanah serta bijaksana, diakui semua sahabat dan musuhnya.

“Semua sifat terpuji ini adalah aset utama baginda bagi megukuhkan perpaduan pelbagai kaum sehingga menjadi model terbaik dalam kehidupan beragama dan bermasyarakat.

“Dengan mengambil contoh sifat Rasulullah ini, kesejahteraan Selangor pasti akan tercapai sepenuhnya jika aspek kesatuan ummah dijaga dan terpelihara dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor 2017 di Stadium Malawati, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor tahun ini berkata, sambutan majlis itu adalah peningkatan dakwah yang relevan dengan kehidupan umat Islam masa kini.

Katanya, Rasulullah adalah satu rahmat kepada seluruh alam dengan baginda mewariskan kepada umat Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

“Selagi umat Islam berpegang teguh dengan dua perkara ini, mereka tidak akan tersesat dan sentiasa diredhai Allah.

“Sehubungn itu, marilah kita bersama-sama menjadikan Rasulullah sebagai contoh teladan yang baik dalam kehidupan seharian kita,” katanya.

Terdahulu, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah mewakili Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berangkat hadir serta merasmikan majlis berkenaan.

Turut serta, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Raja Muda rasmi sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor

 

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 1 DIS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, berkenan berangkat mencemar duli merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor 2017, hari ini.

Mewakili Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Shah menghadiri seterusnya melafazkan titah perasmian majlis berlangsung di Stadium Malawati, di sini.

“Bismillahirrahmanirrahim, beta mewakili paduka ayahanda, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, dengan rasminya melancarkan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor bagi tahun 1439 Hijrah bersamaan 2017 Masihi, sekian terima kasih,” titahnya.

Sebelum majlis perasmian, diadakan upacara perarakan kontinjen diikuti bacaan ajat suci al-Quran, persembahan nasyid, selawat dan tazkirah khas Maulidur Rasul.

Turut menghadiri majlis, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amir Ahmad Ahya; Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dn Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim.

Majlis diakhiri dengan Tengku Amir menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah dan pemenang majlis berkenaan.