Categories
SELANGOR

Selangor catat pelaburan hampir RM2 bilion setakat Mac 2015

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM,27 JUL: Selangor mencatatkan pelaburan hampir RM2 billion bagi pelaburan domestik dan luar negara setakat Mac tahun ini.

Menurut laman web rasmi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sebanyak 62 bilangan projek pelaburan dijalankan di Selangor dalam tempoh berkenaan.

Pelaburan SelangorPelaburan luar negara mencatatkan kemasukan sehingga RM1.1 billion sementara pelaburan domestik pula berjumlah RM800 juta.

Pada 2014, Selangor merekodkan pelaburan keseluruhan berjumlah RM7 billion apabila pelaburan domestik mencatatkan RM3.8 billion sementara luar negara pula RM 3.2 billion.

Johor kekal mencatatkan pelaburan tertinggi iaitu sebanyak RM21 billion sepanjang tahun lalu diikuti Pulau Pinang dengan RM8 billion.

Sehingga Mac 2015, Johor kekal di hadapan dengan RM25.9 billion manakala Pulau Pinang pula RM2.8 billion.

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor Catat Nilai Pelaburan RM6.9 Bilion Tertinggi Di Malaysia

SHAH ALAM, 10 NOV: Perkembangan ekonomi Selangor dijangka terus berkembang pesat setelah negeri itu berjaya menarik jumlah pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan dengan nilai RM6.9 bilion berbanding negeri-negeri lain.

Angka yang diperolehi dari statistik terbaru, sehingga Ogos 2012 itu diperolehi dari MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) semalam.

Statistik pelaburan itu juga menunjukkan Selangor berjaya mencatat jumlah pelaburan dalam negeri tertinggi yang bernilai RM5.23 bilion dan pelaburan asing bernilai RM1.66 bilion dengan jumlah projek perindustrian tertinggi, 170 projek.

Jumlah tersebut berjaya dicapai disebabkan kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini berjaya mewujudkan suasana yang kondusif untuk perniagaan sekaligus menarik minat pelabur-pelabur baru untuk melabur.

Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam upacara perasmian ‘Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012’ yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini.

“Kita terus konsisten mengekalkan kedudukan tiga negeri teratas yang berjaya menarik pelaburan tertinggi di Malaysia disebabkan kemampuan kita mewujudkan persekitaran kondusif dan sihat untuk aktiviti perniagaan dan pelaburan.

“Mungkin kalau anda melabur RM1 di Selangor, ia mempunyai nilai lebih tinggi  berbanding melabur RM1 berbanding negeri lain,” kata Abdul Khalid.

Menurut Abdul Khalid, langkah mengadakan ekspo juga merupakan langkah yang berkesan bagi menjana aktiviti perniagaan seperti aktiviti pemasaran produk dan memperolehi pelabur baru.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam majlis sama turut menggesa masyarakat negeri Selangor mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan mereka.

Dalam program Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012 yang berlangsung dari 9 hingga 11 November di SACC, sebanyak 132 syarikat yang memasarkan produk penjagaan kesihatan dan kecantikkan mengambil bahagian.

Selain itu, dianggarkan lebih 300 produk penjagaan kesihatan dan kecantikan dari dalam dan luar negeri turut dipamerkan di sepanjang ekspo sama.

Ekspo tersebut dianjurkan oleh Multi Mutual Resources dan mendapat sokongan Selangor State Investment Centre (SSIC) dan Selangor Times.