Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dibuka tinggi 4.0570/0630 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 FEB: Ringgit meneruskan keuntungan yang diraih pada urus niaga Isnin untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh permintaan kukuh untuk unit tempatan itu berserta peningkatan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan mengukuh 60 mata asas kepada 4.0570/0630 bebanding dolar AS daripada 4.0630/0680 ketika ditutup petang semalam.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent naik 0.48 peratus untuk diniagakan pada US$60.85 setong.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata sementara ringgit pada kebiasaannya menikmati semua kelebihan ketika harga minyak melonjak, tetapi minggu ini lebih kepada minggu penentu bagi unit tempatan berkenaan.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Unit tempatan ini susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0453/0501 daripada 3.0421/0465 ketika ditutup pada Isnin petang dan lemah berbanding euro kepada 4.8911/8996 daripada 4.8874/8942.

Ringgit merosot berbanding yen kepada 3.8583/8647 daripada 3.8472/8523 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5796/5887 daripada 5.5683/5764 sebelumnya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dibuka tinggi 4.0590/0650 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Ringgit diniagakan tinggi ketika dibuka pagi ini berbanding dolar AS, didorong oleh permintaan diperbaharui serta disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9.01 pagi, unit tempatan meningkat 90 mata asas kepada 4.0590/0650 berbanding dolar AS daripada 4.0680/0730 ketika ditutup pada Jumaat petang.

Ketua Strategi Pemasaran Global Axi Stephen Innes berkata kenaikan harga minyak mentah yang berterusan memberikan sumber jaminan yang penting untuk pasaran Malaysia dan ringgit.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent mengukuh 0.79 peratus untuk diniagakan pada US$59.81 setong.

“Penguatkuasaan semula perintah pergerakan berikutan peningkatan ketara kes Covid-19 di Malaysia mungkin akan menjejaskan pertumbuhan sektor perkhidmatan dalam jangka masa terdekat, sekali gus mempengaruhi pergerakan mata wang tempatan.

“Eksport yang kukuh serta peningkatan renminbi boleh memberi kelebihan kepada ringgit hari ini tetapi sentimen boleh terjejas sekiranya perolehan AS mendapat sokongan diperbaharui,” kata beliau kepada Bernama

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0414/0461 daripada 3.0415/0455 Jumaat lepas dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.8463/8524 daripada 3.8570/8621.

Bagaimanapun, ringgit menyusut berbanding pound Britain kepada 5.5710/5808 daripada 5.5687/5772 dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.8834/8922 daripada 4.8714/8786 sebelumnya.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Saham di Bursa Malaysia dibuka tinggi, dahului sektor tenaga

KUALA LUMPUR, 3 FEB: Saham-saham di Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, dengan sektor tenaga mendahului kenaikan susulan peningkatan harga minyak mentah kepada US$55 setong, mencecah paras tertinggi dalam tempoh setahun dalam keadaan jumlah kes Covid-19 terus bertambah.

Syarikat berkaitan Petronas seperti Petronas Chemicals naik lapan sen atau 1.16 peratus kepada RM6.99, Petronas Dagangan melonjak 14 sen atau 0.70 peratus kepada RM20.10 sementara Petronas Gas tidak berubah pada RM16.20.

Pada 9.01 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 3.92 mata kepada 1,584.41 daripada 1,580.49 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka 3.53 mata lebih tinggi kepada 1,584.02.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 255 berbanding 100, sementara 226 kaunter tidak berubah, 1,547 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 174.46 juta unit bernilai RM89.52 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berpandangan kaunter minyak dan gas mungkin meningkat lebih tinggi, disokong kenaikan harga minyak mentah Brent hampir 2.0 peratus, melonjak kepada paras tertinggi dalam tempoh 12 bulan.

“Pelabur mungkin terus mencari saham di bawah sektor pengangkutan dan logistik, perladangan, elektronik pengguna dan penjagaan kesihatan menjelang tempoh pelaporan prestasi kewangan,” menurutnya dalam nota penyelidikan.

Firma pembrokeran itu berpendapat saham sarung tangan juga telah positif dari segi teknikal.

Bagaimanapun, peniaga lain berkata pada masa yang sama, pelabur turut akan memantau saham tenaga, berikutan kerugian terbesar bernilai US$22 bilion yang dicatatkan Exxon Mobil Corporation.

Ia merupakan kerugian tahunan pertama dalam tempoh sekurang-kurangnya 40 tahun.

“Sektor tenaga kini mengalami tekanan negatif,” katanya.

Syarikat multinasional AS itu dilaporkan komited untuk melindungi dividen ketiga terbesar dalam Indeks S&P 500 walaupun mencatat kerugian.

Dalam perkembangan lain, bekas Ketua Pegawai Ekesekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin telah dipilih sebagai ahli lembaga pengarah Exxon.

Malacca Securities juga menjelaskan walaupun pasaran meluas mungkin menjangkakan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (kecuali bagi Sarawak), pihaknya yakin peserta pasaran dijangka mengalihkan tumpuan mereka kepada saham berkaitan dengan Sarawak.

Ini susulan penarikan balik PKP 2.0 bagi negeri itu akan mendorong lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi untuk bergerak mencapai prestasi lebih baik, menurutnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik sembilan sen kepada RM7.94, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.12, CIMB menambah tiga sen kepada RM3.89 dan Sime Darby Plantation meningkat empat sen pada RM4.94.

Bagi saham aktif, syarikat berkaitan tenaga — Velesto Energy, Bumi Armada dan Sapura Energy — adalah antara saham yang aktif didagangkan, masing-masing menambah setengah sen; naik satu sen dan tidak berubah kepada 12.5 sen, 34 sen dan 12 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 34.87 mata kepada 11,480.22, Indeks FBMT 100 menambah 27.85 mata kepada 11,220.80 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 19.99 mata kepada 13,037.53.

FBM 70 meningkat 37.18 mata kepada 14,855.39 dan FBM ACE naik 26.31 mata kepada 10,817.27.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 100.80 mata kepada 14,549.38, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.74 mata kepada 171.44 tetapi Indeks Perladangan turun 2.85 mata kepada 7,163.42.

– BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dijangka niaga 4.15-4.17 berbanding dolar AS minggu depan

KUALA LUMPUR, 3 OKT: Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran ketat minggu depan dengan tumpuan terarah kepada harga minyak mentah, kata Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes.

Beliau berkata harga minyak mentah adalah perkara yang tidak dapat dijangka ketika ini dengan harga minyak mentah penanda aras Brent diniagakan di bawah US$39 setong pada Jumaat.

“Saya menjangkakan sentimen risiko akan mereda, tetapi sudah tentunya, pasaran minyak mencatatkan prestasi sangat rendah pada minggu ini; yang bakal menjadi satu kebimbangan besar bagi minggu hadapan.

“Bagaimanapun, saya fikir tanpa mengambil kira harga minyak, mata wang Asia seperti ringgit yang mempunyai kolerasi kukuh dengan Yuan akan mampu bertahan kerana saya tidak merasakan dolar AS akan menjadi pertaruhan yang baik dalam keadaan ini,” katanya kepada Bernama, sambil menjangkakan ringgit diniagakan antara paras 4.15 and 4.17 minggu depan.

Mengenai prestasi ringgit bagi minggu yang baru berakhir ini, Innes berkata unit tempatan diniagakan rendah pada Jumaat selepas tiga hari berturut-turut mencatatkan kenaikan meskipun aktiviti pengambilan untung.

Beliau berkata kekurangan rang undang-undang pakej rangsangan Amerika Syarikat (AS) akan menjadi pencetus pengelak risiko utama bagi mata wang Asia tetapi faktor pengaruh paling utama bagi ringgit adalah larangan import minyak sawit daripada FGV Holdings Bhd oleh AS berikutan dakwaan isu buruh paksa.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS kepada 4.1620/1660 daripada 4.1650/1700 pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0502/0543 daripada 3.0264/0307 pada Jumaat minggu sebelumnya dan turun berbanding yen kepada 3.9582/9631 daripada 3.9490/9549.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.3748/3821 daripada 5.3008/3088 dan rendah berbanding euro kepada 4.8766/8830 daripada 4.8489/8564 sebelumnya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dibuka rendah 4.1700/1770 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Pengukuhan dolar AS serta sentimen yang kurang memberangsang untuk ringgit menyaksikan mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding dolar AS pagi ini, kata seorang penganalisis.

Pada pukul 9.05 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1700/1770 berbanding dolar AS daripada 4.1650/1700 ketika ditutup petang semalam.

Ketua strategi pasaran global AxiCorp Stephen Innes berkata, meskipun terdapatnya aliran masuk bon, ia tidak banyak membantu ringgit.

Pada masa sama saham teknologi AS terus diasak dengan aktiviti penjualan dan kejatuhan berterusan harga minyak telah menyuramkan lagi sebarang aliran peningkatan.

“Dalam pada itu, peralihan AS kepada pembuatan (antarabangsa) mungkin akan membebankan sektor eksport penting seperti industri pembuatan jentera elektrik Malaysia yang besar,” kata beliau kepada Bernama.

Minyak mentah Brent merosot 0.15 peratus kepada AS$39.72 setong.

Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia melonjak berbanding pound Britain kepada 5.4052/4146 daripada 5.4412/4494 pada Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.9081/9180 daripada 4.9118/9185.

Mata wang tempatan bagaimanapun jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0409/0471 daripada 3.0399/0458 dan lega berbanding yen kepada 3.9351/9428 daripada 3.9156/9214.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit terus meningkat 4.1780/1830 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 19 OGOS: Ringgit terus meningkat untuk hari ketiga berturut-turut berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen yang baik dalam pasaran tempatan dan serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1780/1830 daripada 4.1800/1850 semasa ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata ringgit mendapat manfaat berikutan sentimen risiko global yang masih kekal.

Selain itu, katanya dengan hasil Amerika Syarikat yang merosot lagi, Sekuriti Kerajaan Malaysia dijangka mendapat permintaan berikutan sasaran kepada pulangan sebenar berterusan.

“Turut menyokong perkara itu ialah inflasi yang rendah memberi ruang kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan kadar faedah sekali lagi tidak lama lagi,” katanya kepada Bernama.

Innes juga berkata walaupun harga minyak mentah diniagakan daripada paras tertinggi antara minggu, pasaran amat stabil yang menyokong unit tempatan.

Pada masa ini, minyak mentah Brent terus diniagakan melebihi US$45 setong, walaupun susut 0.57 peratus kepada US$45.20 setong.

Pada pembukaan, unit tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0626/0674 daripada 3.0625/0666 pada Selasa dan susut berbanding yen kepada 3.9734/9789 daripada 3.9576/9627.

Ringgit merosot berbanding pound kepada 5.5404/5487 daripada 5.5051/5133 dan rendah berbanding euro kepada 4.9927/5.0004 daripada 4.9746/9818 sebelum ini.

-BERNAMA