Categories
PBT SELANGOR

Niaga tanpa lesen, lima kedai runcit di Banting ditutup

SHAH ALAM, 1 JULAI: Lima kedai runcit tidak berlesen di sekitar Bandar Banting semalam diarah tutup selain beberapa barangan disita oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Yang Dipertuanya Mohamad Zain A Hamid berkata premis yang turut mengupah pekerja warga asing dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDKL) 2007.

“MPKL memantau dan menjalankan operasi dari semasa ke semasa bagi membendung perniagaan tanpa lesen selain memastikan Kuala Langat bebas peniaga warga asing. Tindakan undang-undang diambil jika ingkar arahan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mengingatkan peniaga untuk mendapatkan lesen dan memberi amaran membatalkannya jika disewakan kepada warga asing.

Categories
PBT SELANGOR

Pemilik rumah niaga barang lusuh diberi amaran, elak denggi

SHAH ALAM, 29 JUN: Seorang pemilik rumah diberi amaran oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kerana menjalankan aktiviti perniagaan barangan lusuh.

Yang dipertuanya berkata pihaknya ke lokasi dan mendapati antara barangan itu adalah tayar, tong, peti ais dan besi buruk.

“MPKL tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan jika ada lagi penduduk berdegil berniaga di kawasan rumah mereka kerana ia jelas melanggar peraturan sedia ada,” kata Mohamad Zain A Hamid dalam kenyataan.

Mengulas mengenai kes denggi  Mohamad Zain menggesa penduduk perlu bersama menjaga kebersihan sekitar kediaman bagi mengelakkan penularan.

Categories
PBT SELANGOR

Tiga restoran kotor di Banting Baru diarah tutup

BANTING, 11 MEI: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengarahkan tiga premis makanan di Banting
Baru di sini ditutup 14 hari kerana terlalu kotor.

Yang Dipertuanya Mohamad Zain A Hamid berkata pemeriksaan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat menemui najis tikus di ketiga-tiga restoran dalam Operasi Premis Bersih Ramadan 4/2020 hari ini.

“Walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kita akan sentiasa
memantau restoran dan kedai makan di daerah Kuala Langat,” katanya dalam kenyataan.

Najis tikus yang ditemui di tiga premis makanan sekitar Banting Baru dalam Operasi Premis Bersih Ramadan 4/2020 dijalankan MPKL bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat pada 11 Mei 2020. Foto Facebook MPKL

Beliau berkata pengusaha perlu menjaga kebersihan kerana pihaknya tidak teragak-agak mengambil
tindakan tegas terhadap peniaga ingkar.

Penutupan serta-merta dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan UUK 62 Undang-Undang Kecil
Establisymen Makanan (MDKL) 2007.

Mohamad Zain turut mengingatkan pemilik restoran supaya pembelian hanya melibatkan penghantaran dan pembungkusan sahaja, selaras arahan Kerajaan Negeri.

Categories
PBT SELANGOR

Semua pasar awam Kuala Langat dinyahkuman setiap hari

SHAH ALAM, 28 MAC: Semua pasar awam di Kuala Langat akan melalui proses nyahkuman setiap hari bermula jam 4 petang mulai hari ini hingga 14 April, kata yang dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat.

Pasar Awam Banting, Pasar Awam Tanjung Sepat, Pasar Awam Telok Panglima Garang dan Pasar Awam Sungai Jarum.

Mohamad Zain A Hamid berkata pasar yang terlibat ialah berkata ia selaras keputusan Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor yang mengarahkan pihak berkuasa tempatan mengambil langkah pembersihan terhadap semua aset dan kemudahan.

“Oleh itu saya menggesa supaya peniaga menyimpan barang mereka dan tidak dibenarkan berada di kawasan pasar semasa kerja pembersihan dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Categories
PBT SELANGOR

Peniaga Pasar Pagi diarah henti operasi

BANTING, 18 MAC: Seramai 30 peniaga di Pasar Pagi Teluk Bunut di sini diarah menghentikan operasi perniagaan apabila mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa hari ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Mohamad Zain A Hamid berkata pihaknya mengesan aktiviti jual beli berjalan seperti biasa di kawasan terbabit sekitar jam 8 pagi.

“Peniaga diberi tempoh setengah jam untuk mengemas dan menutup perniagaan selepas arahan lisan dikeluarkan anggota penguat kuasa.

“Notis ingar arahan oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran dikeluarkan termasuk membuka kertas siasatan untuk pendakwaan di bawah Seksyen 24(a) Akta 342 jika mendapati peniaga masih berniaga.

“Tapi lebih kepada kuasa polis dan sebab itu atas perintah Akta Polis 1967 diguna pakai,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 10 saat di media sosial menunjukkan penguat kuasa MPKL mengarahkan orang awam menghentikan aktiviti jual beli menggunakan pembesar suara.

Selain pasar berkenaan, MPKL turut mengesan dua lagi pasar pagi iaitu Pasar Pagi Banting dan Pasar Pagi Jenjarom turut beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, Mohamad Zain menegaskan kegiatan itu berlaku bukan disebabkan kegagalan penguatkuasaan sebaliknya kedegilan peniaga yang tidak mematuhi arahan.

“Justeru, MPKL dan semua agensi terlibat akan sentiasa membuat pemantauan berkaitan situasi itu dari semasa ke semasa,” katanya.

Pada 16 Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan meliputi larangan menyeluruh pergerakan serta perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya bermula hari ini sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Perintah kawalan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 turut melibatkan arahan penutupan semua rumah ibadat serta premis perniagaan kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

Covid-19: Saringan suhu badan di MPKL bermula hari ini

SHAH ALAM, 16 MAC: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) hari ini menjalankan saringan suhu badan di pintu masuk utama pejabatnya bagi mencegah penularan Covid-19.

Yang Dipertuanya Mohamad Zain A Hamid berkata ujian kendalian Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran (JPSPKP) bermula 7.15 pagi hingga 5 petang.

“Empat pegawai JPSPKP ditempatkan pada satu masa untuk menjalankan ujian suhu kepada semua pegawai, kakitangan dan orang awam yang memasuki pentadbiran ini.

“Individu didapati mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah celsius tidak dibenarkan masuk serta perlu mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Banting,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut meminta semua pihak memberi kerjasama ketika proses saringan dalam usaha membendung penularan wabak.

Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 190 kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes.

Categories
PBT SELANGOR

Covid-19: Retromania Grand Gathering 2020 tangguh

SHAH ALAM, 14 MAC: Retromania Grand Gathering 2020 (RGG2020) dijadual pada 11 dan 12 April ini di Dataran Morib ditangguhkan susulan kebimbangan penularan jangkitan Covid-19.

Yang dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Mohamad Zain A Hamid berkata acara himpunan motosikal terbesar diadakan ke suatu tarikh dimaklumkan kelak.

“Kementerian Kesihatan Malaysia pada 12 Mac mengeluarkan kenyataan mengenai semua perhimpunan melibatkan orang ramai ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19.

“Sila patuhi arahan dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi mencegah penularan wabak ini,” katanya dalam kenyataan.