Categories
SELANGOR

LZS tahan muallaf dakwa sakit buah pinggang

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 14 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menahan seorang lelaki yang meminta bantuan dengan membawa nota bertulis “Sumbangan derma, saya sakit buah pinggang”, di hadapan pagar Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.

Berkongsi insiden terbabit di Facebook, LZS berkata, lelaki itu yang juga seorang muallaf tidak menghidap sakit buah pinggang seperti dinyatakan, sebaliknya mengutip derma bagi membolehkannya pulang ke Kelantan.

“Muallaf ini baru keluar penjara, bukan penghidap sakit buah pinggang. (Dia) kutip derma sebab nak balik ke Kelantan.

“Dalam 30 minit berdiri di situ, muallaf ini dapat meraih sekitar lebih RM100 hasil sumbangan jemaah yang datang solat Zohor.

“Kami ambilnya dan bawakan dia ke stesen bas serta belikan tiket untuk pulang terus ke Kelantan, pada malam ini (semalam),” katanya.

LZS berkata, berdasarkan rekod, muallaf itu pernah menerima bantuan kecemasan sebelum ini dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mengutip derma serta menipu.

Sehubungan itu, LZS meminta orang ramai segera melaporkan kepada pihaknya jika menemui perkara sama untuk tindakan lanjut.

“Ia bagi membolehkan mereka yang layak dapat terus dibantu, (manakala) yang menipu dapat diambil tindakan,” katanya.

Categories
SELANGOR

29 muallaf terima anugerah hargai sumbangan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 7 SEPT: Seramai 29 muallaf di negeri ini menerima Anugerah Qudwatul Hasanah anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 4 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf MAIS, Datuk Emran Kadir, berkata ia bagi mengiktiraf kecemerlangan golongan itu dalam sektor pendidikan, pembangunan diri dan sosio-ekonomi.

Mualaf“MAIS memfokuskan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada muallaf supaya mereka boleh berjaya dan menjadi contoh kepada generasi akan datang.

“Pengiktirafan juga diberikan kepada tenaga pengajar yang banyak membantu MAIS melaksanakan program dan aktiviti muallaf,” katanya pada Majlis Anugerah Qudwatul Hasanah Muallaf ke-2 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), dekat sini.

Anugerah itu meliputi kategori Pendidikan, Pendidikan Khas, Pengajian Tinggi, Panel Dakwah Cemerlang, Jasamu Dikenang dan Usahawan Muallaf Cemerlang.

Sementara itu, Mohamad Halim Lim Abdullah, 51, yang menerima Anugerah Usahawan Muallaf Cemerlang bagi kategori lelaki melahirkan kesyukuran atas pengiktirafan itu.

Beliau yang sudah lebih 20 tahun memeluk Islam memilih perusahaan benih udang laut sebagai sumber rezeki disebabkan minat mendalam terhadap pertanian dan penternakan.

“Dalam hidup, kita perlu sentiasa tekun dan ikhlas bekerja supaya rezeki itu diberkati Allah.

“Selain itu, segala suruhan dan perintah agama perlu dilaksanakan supaya amalan dunia dan akhirat itu seimbang serta beroleh kejayaan,” katanya yang berasal dari Melaka.

Semua penerima anugerah menerima sumbangan wang tunai antara RM500 hingga RM5,000 mengikut kategori.

EZY

Categories
SELANGOR

RM21.2 juta untuk pendidikan dan pembangunan muallaf

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 5 SEP : Sejumlah RM21.2 juta diperuntukkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi bantuan pendidikan dan pembangunan latihan muallaf, tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf MAIS, Datuk Emran Kadir,  berkata RM17 juta dikhususkan kepada pendidikan, manakala RM4.2 juta untuk program latihan daripada jumlah itu.

Emran Kadir“MAIS juga menambahbaik insentif pendidikan muallaf untuk semua peringkat baik dalam pengajian tinggi, sekolah atau institusi pengajian khas.

“Ia bagi membolehkan golongan ini terus berjaya mendapat pendidikan Islam dengan baik dan tersusun,” katanya pada Malam Anugerah Qudwatul Hasanah Muallaf ke-2 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, semalam.

Pada masa sama, Emran berkata bantuan perniagaan seperti modal pusingan dan barangan bagi muallaf yang ingin menceburkan diri dalam bidang itu turut disediakan.

AKADEMIK MUALLAFKatanya, MAIS memperuntukkan kira-kira RM750,000 setahun untuk tujuan itu dan kini ia semakin mendapat sambutan.

“Bantuan ini bukan hanya untuk individu pertama kali menceburkan diri dalam perniagaan tetapi boleh dimanfaatkan untuk mereka yang mahu mengembangkan perniagaan sedia ada,” katanya.

-NR-