Kongres Rakyat 2016 : Ucapan Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Ucapan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Bekas Menteri Besar Kedah pada Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) 27 Mac 2016

Sah! Mukhriz letak jawatan MB Kedah

Datuk Seri Mukhriz Mahathir letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta

Categories
NASIONAL

Mahfuz : Mukhriz perlu dedah penyelewengan PAS di Kedah

KUALA LUMPUR, 4 FEB : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir digesa supaya mendedahkan segala penyelewengan yang berlaku ketika pentadbiran PAS di Kedah jika terbukti perkara itu benar seperti yang didakwa.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata parti itu tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang penyelewengan dan sentiasa bersikap terbuka untuk segala pendedahan salah laku.

“Kami sepakat tidak ada tolak ansur untuk melindungi kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) sejak pentadbiran kami, bermula 2008 hingga 2013.

Mahfuz-1“Mukhriz boleh siasat tetapi beliau tidak boleh mengugut kami untuk tidak terus mendedahkan kelemahannya,” katanya dipetik daripada The Malaysian Insider pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.

Terdahulu Mukhriz dilaporkan berkata, tidak akan teragak-agak untuk membuka semula fail projek bermasalah ketika pentadbiran kerajaan PAS Kedah jika mereka terus mencemar nama baik pentadbirannya.

Antara projek bermasalah yang akan didedahkan Mukhriz adalah projek pembalakan di Pedu dan isu pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

mukhrizPada masa sama, Mahfuz berkata, Mukhriz juga berdepan masalah dalam pentadbiran beliau termasuk isu pembelian kereta.

“Beliau hanya berselindung di sebalik Istana Kedah,” katanya.

Mukhriz mengeluarkan kenyataan berkenaan susulan pelbagai tuduhan dilemparkan pembangkang termasuk membabitkan isu penyelesaian luar mahkamah kes saman Syarikat Bina Darul Aman Berhad (BDB) dengan sebuah syarikat pembalaka

Categories
NASIONAL

SAMM Dakwa Malaysia Hantar Getah Pada Israel, Bukti Umno-BN Hipokrit

SHAH ALAM 23 NOV : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa mempunyai bukti terbaru bahawa Kerajaan Pusat Umno-BN mempunyai hubungan dengan Israel apabila membantu kuasa Zionis itu dari segi ekonomi.

Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, pihaknya memperolehi maklumat bahawa Malaysia memang membekalkan getah ke Israel pada 19 November lalu.

“Tempoh hari kita dedahkan penghantaran minyak sawit ke Israel. Kerajaan Umno-BN kononnya mengatakan sawit tersebut untuk Palestin. Kamu boleh terus berbohong.

?Hari ini kita dapat transaksi terakhir iaitu kerajaan menghantar getah di atas nama Perusahaan Getah Asas Sdn Bhd juga ke Israel.

?Adakah kamu nak kata bekalan itu juga dihantar ke Palestin. Mana ada kilang getah di Palestin?” kata Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

Beliau juga mendakwa Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir bertanggungjawab dalam merealisasikan perkara berkenaan.

“Kita cabar Datuk Mukhriz Mahathir menafikan Malaysia menghantar getah ke Israel.

?Jika kamu berani menafikan, kita bersedia keluar dengan bukti dengan satu syarat Mukhriz harus meletak jawatan sebagai orang yang bertanggungjawab,” katanya kepada TVSelangor.

Beliau ditemui selepas menyampaikan ceramah dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) di sini malam tadi yang dihadiri lebih 5,000 orang.

Beliau berkata, Kerajaan Umno-BN hipokrit apabila mengkritik Israel dalam politik domestik tetapi di peringkat antarabangsa mereka membantu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam ceramahnya berkata Umno-BN kini menukar haluan dengan mengiktiraf Ikhwanul Muslimin walaupun sebelum ini melabelkan kumpulan tersebut sebagai pengganas.

“Hubungan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pimpinan ini seperti Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi; Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan dan Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal mengusarkan Umno-BN yang sebelum ini mengatakan Anwar sebagai agen Israel dan agen Amerika.

“Hasilnya Umno-BN mengubah strategi  dengan sudah mula dekat dengan pemimpin Hamas dan Ikhwanul Muslimin Mesir sehingga pada 4 Disember ini ketika negara menjadi tuan rumah Forum Ekonomi Islam Dunia, Kuala Lumpur telah menjemput Dr Muhammad Mursi hadir ke forum itu,” katanya.

Beliau turut mendakwa Khaled Meshaal difahamkan akan dijemput hadir dalam Perhimpunan Agung Umno hujung November ini.

Categories
NASIONAL

Mukriz Calon MB, Bukti Umno Kedah Lemah

SHAH ALAM 26 JULAI : Kajian Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menyatakan bahawa anak mantan Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir merupakan pilihan ramai sebagai bakal calon Menteri Besar Kedah menampakkan pergolakan di antara pemimpin Umno-BN di negeri berkenaan.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria berkata kajian yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Rohana Yusof dari UUM itu menunjukkan Umno-BN tidak mempunyai seorang nakhoda yang kuat sehinggakan Mukhriz dipilih.

Katanya, ia menunjukkan isyarat dari kajian itu membuktikan bahawa pimpinan Umno-BN negeri yang sedia ada tidak mampu dan lemah untuk mengemudi atau mengendalikan pentadbiran negeri.

“Beliau (Mukhriz) bukan Adun. Pada masa yang sama, Ketua Pembangkang Datuk Seri Mahdzir Khalid pula tiada ada apa, paling rendah.

“Begitu juga dengan Ketua Perhubungannya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang tidak mendapat sokongan dalam kumpulan mereka. Itu satu perbandingan dalaman bagi Umno-BN sendiri,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Kajian itu dibuat membandingkan siapa yang menjadi pilihan rakyat Kedah di antara Mukhriz dan tiga lagi pemimpin Umno-BN Kedah iaitu Ketua Perhubungan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Penerangan, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mengulas lanjut berkenaan janji Pakatan Rakyat, Nasir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata sebanyak 80 peratus janji itu sudah ditunaikan dalam tempoh empat tahun pentadbiran Pakatan.

“Di Kedah, kita sudah menunaikan 80 peratus janji kita. Malah tiada dalam manifesto turut dilaksanakan,” katanya.

Jelasnya, ia satu pencapaian yang luar biasa walaupun negeri menghadapi kekangan kewangan dan dibebani hutang yang ditinggalkan oleh pentadbiran Umno-BN sebelum itu.

“Walaubagaimanapun, ia satu cabaran bagi kita, kita akan mencuba melaksanakan janji yang masih belum ditunaikan dan kita juga akan persiapkan jentera kita untuk menghadapi PRU-13 akan datang,” katanya.

Categories
NASIONAL

Kedah Akan Terus Dikuasai PAS

SHAH ALAM, 24 MEI : PAS yakin akan kekal mentadbir Kedah selepas Pilihanraya Umum ke-13 walau apa pun calon ternama yang akan diletakkan oleh Umno-BN seperti Timbalan Menteri Perdaganan dan Industri Antarabangsa Datuk Mukhriz Mahathir.

MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata Pas tidak gentar dengan spekulasi yang Umno-BN akan mencalonkan Mukhriz sebagai calon Menteri Besar di Kedah bagi meraih populariti daripada keluarga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

“Tidak kisahlah Umno-BN hendak meletakkan sesiapa sahaja calon mereka tetapi akhirnya rakyat yang akan membuat keputusan melalui pilihanraya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, Kedah semakin baik ditadbir menerusi pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan menafikan yang negeri itu lemah di bawah Pakatan Rakyat.

Sebelum in, setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur meramalkan Kedah akan jatuh ke tangan Umno-BN berikutan krisis Exco Kerajaan Kedah yang dipimpin Pas.

Ramalan itu juga berdasarkan ura-ura yang Pas berbalah dengan pemimpin DAP Kedah tentang agihan kerusi DUN.

Terbaru, sebuah akhbar pro-Umno-BN memaparkan artikel bahawa Mukhriz, yang juga Timbalan Perhubungan Umno-BN Kedah, mungkin akan di calonkan sebagai Menteri Besar.

Mahfuz berkata, ramalan Tengku Adnan mengenai kekalahan PAS Kedah dalam PRU-13 akan datang adalah retorik semata-mata.

“Dia tidak tahu perkembangan semasa Kedah selain hanya bergantung kepada isu-isu lama yang dimainkan semula kerana ketandusan isu,” katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau berkata, persefahaman diantara rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat baik dan soal perebutan kerusi tidak timbul kerana persetujuan sudah dibuat dan Umno-BN sengaja mempopularkan perkara ini.

Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu ketika dihubungi berkata rakyat lebih mementingkan kredibiti seorang pemimpin berbanding populariti individu semata-mata.

Beliau menafikan bahawa populariti PAS Kedah semakin merosot sambil menyatakan Umno-BN bebas meletakkan sesiapa sahaja calon mereka.