Categories
NASIONAL SELANGOR

Khalid Ibrahim Mahu Selamatkan Pelabuhan Klang “Yang Terabai”

khalid ibrahim calon BN 01

KLANG, 20 APRIL : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin mampu menawan hati pengundi di Pelabuhan Klang berdasarkan pengalamannya selama lima tahun mentadbir Kerajaan Selangor sebelum ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertembungannya satu lawan satu dengan calon BN, Datuk Nassaruddin M Zin.

“Saya berjanji dengan kemenangan ini nanti, saya harap dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan membawa lebih banyak perubahan dan pembangunan di Pelabuhan Klang,” katanya.

Beliau ditemui selepas penamaan calon Parlimen Klang di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang.

Dun Pelabuhan Klang merupakan kerusi panas memandangkan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah, satu-satunya wakil rakyat PKR yang melompat parti di Selangor.

Pada penggal yang lalu, Abdul Khalid merupakan Adun Ijok.

Abdul Khalid menambah PR mempunyai strategi untuk menawan kembali kerusi Dun itu berdasarkan suara hati pengundi yang ingin kebajikan mereka terbela.

“Mereka memang ada rancangan supaya mendapat calon yang mereka inginkan. Mereka ingin saya mengetuai Pelabuhan Klang yang mana mereka rasa terabai apabila wakil mereka sebelum ini terabai.

“Terima kasih kepada rakan pemimpin yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya.

“Saya harap pilihanraya kali ini menjadi pilihanraya bersih dan beradab dan terima kasih kerana saya mendapat kemudahan di Pelabuhan Klang seperti mana yang saya sediakan di Ijok sebelum ini, ” katanya.

Dalam satu kenyataan media, Abdul Khalid yakin rakyat Selangor cukup matang dalam melalui proses pilihan raya dan mengelak terlibat dalam insiden-insiden yang boleh menjejaskan perjalanan pilihan raya yang aman.

?Pilihan raya umum kali ini sangat penting kerana proses mewujudkan dua sistem parti semakin nampak jelas dan rakyat diberi hak mutlak dalam menentukan masa depan pentadbiran ekonomi dan sosial Negeri Selangor,? kata Abdul Khalid.