Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan hari ini berikutan perjanjian dagangan sementara antara AS dan China ditangguhkan lagi, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1840/1870 berbanding dolar AS daripada 4.1810/1850 ketika ditutup pada Selasa.

Dalam satu nota penyelidikan hari ini, AmBank Research berkata pentadbiran Presiden Donald Trump telah mengatakan ‘fasa pertama’ perjanjian dagangan AS-China mungkin tidak dapat ditandatangani semasa Sidang Kemuncak APEC 2019 di Chile bulan depan.

Pihak Trump juga berkata, tempoh yang lebih panjang diperlukan untuk merundingkannya.

Bagi prestasi mata wang tempatan berbanding dolar AS, firma penyelidikan itu berkata ia menjangkakan ringgit berada dalam julat lingkungan paras sokongan 4.1705 dan 4.1759 dengan rintangan disandarkan pada 4.1934 dan 4.1988.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0704/0730 daripada 3.0659/0693 ketika ditutup semalam serta rendah berbanding yen kepada 3.8442/8480 daripada 3.8397/8444.

Mata wang tempatan juga lemah berbanding pound British kepada 5.3836/3878 daripada 5.3596/3664 pada Selasa dan rendah berbanding euro kepada 4.6484/6522 daripada 4.6305/6366.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US selepas meningkat semula semalam berikutan risiko luaran yang memuncak, terutamanya perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang meningkat.

Pada pukul 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.1870/1920 daripada 4.1860/1920 semasa ditutup semalam.

Rakan Pengurusan VM Markets Pte Ltd, Stephen Innes berkata, pasaran sedikit lega, selepas mengetahui rundingan perdagangan dijangka disambung semula.

“Selain itu, harga minyak semasa akan mengurangkan tekanan penurunan ke atas ringgit hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia susut daripada kenaikannya dan diniagakan pada 3.0268/0315 berbanding dolar Singapura daripada 3.0259/0313, merosot berbanding pound British kepada 5.0868/0945 daripada 5.0814/0903 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.36940/7001 daripada 4.6820/6892 semalam.

-BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit jatuh pada 4.2280/2310 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 2 OKT: Ringgit turun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan pertama suku terakhir 2017 disebabkan kekurangan minat terhadap mata wang tempatan susulan sentimen dolar AS yang bertukar positif, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.2280/2310 berbanding dolar AS daripada 4.2190/2220 pada jam 6 petang Jumaat.

Penganalisis di FXTM Research, Lukman Otunuga, berkata ulasan pegawai Rizab Persekutuan AS dan keyakinan diperbaharui terhadap reformasi cukai Donald Trump merangsang sentimen membeli dolar.

“Kenaikan dolar dihidupkan kembali minggu ini selepas Janet Yellen menekankan akan perlunya bagi kenaikan kadar faedah yang berperingkat-peringkat.

ringgitPelan tindakan reformasi cukai Trump, yang beliau sifatkan bakal menjadi potongan cukai terbesar dalam sejarah AS, turut melonjakkan sentimen terhadap ekonomi negara itu,” kata pedagang.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1086/1115 daripada 3.1063/1097 Jumaat, menokok berbanding pound British kepada 5.5641/6598 berbanding 5.6425/6482 dan naik berbanding yen kepada 3.7466/7502 daripada 3.7499/7532.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.9840/9892 daripada 4.9788/9828 Jumaat.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit diniagakan 4.1880/1910 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 25 SEPT: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, serta beberapa mata wang lain berikutan sokongan sederhana bagi mata wang tempatan itu, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1880/1910 berbanding dolar daripada 4.1960/1000 yang direkodkan pada Khamis lalu.

Pasaran ditutup pada Jumaat kerana cuti umum, Awal Muharam.

Unit tempatan itu juga sedikit tinggi berbanding euro, berikutan ketidaktentuan politik di Jerman.

“Ringgit juga sedikit meningkat berikutan kenaikan harga minyak global,” kata peniaga berkenaan yang turut menambah komoditi berkenaan mulai pulih sejak Julai lalu, memberi manfaat kepada negara pengeksport minyak termasuk Malaysia.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi.

Ia meningkat berbanding yen kepada 3.7243/7273 daripada 3.7308/7353 pada Khamis dan mengukuh berbanding euro kepada 4.9963/0003 daripada 4.9987/9039.

Bagaimanapun, nota tempatan itu susut kepada 3.1101/1132 berbanding dolar Singapura daripada 3.1052/1090 dan berbanding pound British, ia susut kepada 5.6664/6717 daripada 5.6617/6679, sebelumnya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.2050/2080 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 13 SEPT: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama pada awal dagangan hari ini susulan peningkatan permintaan terhadap unit domestik itu, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut pada harga 4.2050/2080 berbanding dolar AS yang ditutup pada 4.2060/2090 Selasa.

Peniaga berkata, lantunan ringgit disebabkan pengukuhan harga minyak dalam dagangan Asia manakala dolar AS masih berhati-hati kepada berita seperti ketegangan geopolitik berhubung Korea Utara melancarkan satu lagi ujian peluru berpandu.

“Bagaimanapun, peniaga masih menanti data kadar faedah AS yang akan dikeluarkan sedikit masa lagi yang akan memberi petunjuk baharu kepada tukaran asing dan prestasi ringgit,” katanya.

ringgitNota tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1243/1277 daripada 3.1244/1275 penutup Selasa dan menokok berbanding yen kepada 3.8179/8209 daripada 3.8341/8372 sebelumnya.

Ringgit lebih lemah berbanding pound British kepada 5.5859/5916 daripada 5.5763/5820 dan susut berbanding Euro kepada 5.0330/0382 daripada 5.0304/0352 .

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.4300/4350 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 12 APRIL: Ringgit dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS berikutan sokongan belian sederhana, kata peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, ringgit didagangkan pada 4.4300/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4360 pada jam 6 petang semalam, lapor BERNAMA.

Peniaga berkata, pelabur beralih minat kepada mata wang Asia termasuk ringgit susulan ketegangan geopolitik yang berterusan.

“Dolar AS berada pada paras rendah lima bulan berbanding yen hari ini dan jika kebimbangan berterusan, kami berharap mata wang didagangkan lebih tinggi,” katanya.

Bank Negara Malaysia dijangka mengadakan taklimat mengenai siri kedua inisiatif untuk membangunkan pasaran kewangan dalam negara tidak lama lagi.

Menurut peniaga, jangkaan itu akan meningkatkan mata wang tempatan. Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain pagi ini.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1586/1633 daripada 3.1551/1591 semalam dan lemah berbanding yen kepada 4.0486/0550 daripada 4.0038/0094 semalam.

Ringgit menyusut berbanding pound British kepada 5.5322/5389 daripada 5.5020/5086 dan rendah berbanding Euro kepada 4.7002/7073 daripada 4.6995/7053, semalam.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Ringgit jatuh diniaga 4.4470/4520 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 8 MAC: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini, susulan kelemahan harga minyak mentah global yang menjejaskan permintaan ke atas unit tempatan.

Pada jam 9.12 pagi, ringgit disebut kepada 4.4470/4520 berbanding dolar AS daripada 4.4450/4490 pada jam 6 petang semalam, lapor BERNAMA.

Peniaga berkata, niaga hadapan minyak mentah susut di Asia hari ini selepas data industri menunjukkan kenaikan berpotensi untuk sembilan minggu berturut-turut yang mencetuskan kebimbangan baharu berhubung lebihan bekalan minyak mentah global.

Setakat jam 9 pagi ini, penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent 0.5 peratus lebih rendah kepada AS$55.63 setong, selepas ditutup 0.2 peratus lebih rendah pada sesi sebelumnya.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1541/1595 daripada 3.1491/1524 dan berbanding yen, ia lemah kepada 3.9077/9132 daripada 3.8991/9030.

Ringgit menyusut berbanding euro kepada 4.7014/7071 daripada 4.6953/6999 pada Selasa dan lebih rendah berbanding pound British kepada 5.4293/4363 daripada 5.4238/4291 semalam.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Ringgit dijangka diniaga antara 4.42 dan 4.43 dolar AS minggu depan

KUALA LUMPUR 25 FEB: Ringgit dijangka diniaga lebih tinggi, purata antara 4.42 dan 4.43 minggu depan, disokong oleh jangkaan Rizab Persekutuan AS tidak menaikkan kadar faedah bulan depan.

Peniaga berkata, pengeluaran minit mesyuarat Rizab Persekutuan pada Rabu gagal merangsang jangkaan kenaikan kadar faedah pada Mac dan akan terus memberi tekanan ke atas dolar US, lapor BERNAMA

“Selain itu, sentimen terhadap dolar US juga terjejas oleh kekurangan kemajuan serta ketidaktentuan mengenai pembaharuan cukai AS,” tambahnya.

Sementara itu, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia kekal tidak berubah pada US$95 bilion (bersamaan RM426.2 bilion) setakat 15 Februari 2017 berbanding 31 Januari 2017.

Bank pusat itu berkata, ia cukup bagi membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek.

Untuk minggu baru berakhir, ringgit bergerak antara 4.4370 dan 4.4560 berbanding dolar US.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan lebih tinggi kepada 4.4370/4440 berbanding dolar US daripada 4.4510/4550 Jumaat lepas.
Berbanding mata wang utama lain, ringgit keseluruhannya diniaga lebih rendah, kecuali euro.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1612/1666 daripada 3.1416/1451 minggu lepas, jatuh berbanding yen kepada 3.9440/9513 daripada 3.9417/9463 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.5622/5719 daripada 5.5273/5336.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.7001/7084 daripada 4.7372/7428.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.4250/4300 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 31 JAN: Ringgit berada lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi awal pagi ini, susulan sentimen belian lemah ke atas dolar, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.25 pagi, ringgit diniagakan pada 4.4250/4300 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), lebih tinggi daripada 4.4300/4330 yang direkodkan Jumaat lalu, lapor BERNAMA.

Peniaga itu berkata, dolar AS dijejaskan oleh dasar imigresen yang dilaksanakan Presiden Donald Trump, baru-baru ini.

Pasaran ditutup semalam sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5343/5410 daripada 5.5588/5643 dan lebih tinggi berbanding euro pada 4.7321/7397 daripada 4.7370/7411.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1142/1182 daripada 3.1046/1078 dan jatuh berbanding yen kepada 3.8884/8935 daripada 3.8522/8565.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Ringgit dijangka catat dagangan berhati-hati minggu depan

KUALA LUMPUR 28 JAN: Ringgit dijangka mencatat dagangan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan berikutan pelabur berhati-hati terhadap dasar ekonomi Presiden AS Donald Trump, kata penganalisis.

Naib Presiden Pembangunan Korporat dan Penyelidikan Pasaran FXTM Jameel Ahmad berkata mata wang, termasuk ringgit, pulih susulan satu lagi pusingan pelabur menjual pegangan mereka ke atas dolar AS.

“Selagi dolar AS terus lemah sejajar dengan kenyataan Trump bahawa dolar AS terlebih nilai, ringgit akan pulih dengan kadar perlahan,” katanya, lapor BERNAMA.

Seorang lagi peniaga berkata pasaran juga peka kepada data suku keempat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang diumumkan pada Jumaat.

Bagi minggu baru berakhir, ringgit bergerak antara 4.4260 dan 4.4980 berbanding dolar AS berikutan pasaran menyesuaikan dengan dasar Trump.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, ringgit diniagakan tinggi pada 4.4300/4330 berbanding dolar AS daripada 4.4450/4480 pada Jumaat lepas.

Unit tempatan ditutup bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1046/1078 daripada 3.1112/1135 dan meningkat berbanding yen kepada 3.8522/8565 daripada 3.8619/8648.

Ia merosot berbanding euro kepada 4.7370/7411 daripada 4.7321/7358 dan susut berbanding pound British kepada 5.5588/5643 daripada 5.4625/4679.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga diniagakan 4.4410/4480 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 18 JAN: Ringgit meneruskan momentum kenaikannya daripada penutup semalam untuk dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, apabila lebih ramai pelabur beralih minat kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun.

Pada jam 9.01 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.4410/4480 berbanding dolar daripada 4.4600/4650 semalam, lapor BERNAMA.

Seorang peniaga berkata, dolar terjejas oleh ucapan Perdana Menteri Britain, Theresa May mengenai Brexit, yang mencetuskan peratus kenaikan satu hari terbesar dalam tempoh enam tahun.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1319/1370 daripada 3.1428/1470 pada Selasa, namun jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5002/5102 daripada 5.4265/4344.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.7568/7647 daripada 4.7624/7682 dan mengukuh berbanding yen pada 3.9423/9489 daripada 3.9452/9506.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Ringgit terus alami kejatuhan berbanding dolar AS

SHAH ALAM, 17 JAN: Ringgit terus mengalami kejatuhan dari semalam untuk dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Ia berikutan meningkatnya kebimbangan terhadap kemungkinan kenyataan daripada Rizab Persekutuan (Fed) minggu ini, kata peniaga.

Pada jam 9.03 pagi, unit tempatan itu diniagakan pada 4.4650/4680 berbanding dolar daripada 4.4640/4680 semalam.

Ringgit, bagaimanapun diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun.

Ia juga susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1237/1260 daripada 3.1208/1245 semalam, namun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3803/3848 daripada 5.3845/3911.

Ia susut berbanding euro pada 4.7356/7397 daripada 4.7269/7321 dan jatuh berbanding yen kepada 3.9139/9176 daripada 3.9069/9107.

Sementara itu, Reuters melaporkan harga minyak meningkat pagi ini selepas Arab Saudi berkata ia akan mematuhi komitmen pengurangan output.

Bagaimanapun, kebimbangan dalam pasaran kewangan mengenai tinjauan bekalan minyak mentah memberi kesan ke atas harganya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) diniagakan meningkat 15 cents pada AS$52.52 menjelang 0034 GMT.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak, masih belum diniagakan.

Peniaga berkata, kenaikan kecil harga minyak AS berlaku selepas Arab Saudi, pengeksport terbesar minyak mentah dunia berkata, ia akan mematuhi komitmen mengurangkan output di bawah perjanjian global pengeluar, termasuk Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Russia.

=EZY=