Categories
AGENDA NASIONAL

Op Selamat: 215 kematian dalam tempoh 14 hari

KUALA LUMPUR, 1 FEB: Sebanyak 215 kematian direkodkan daripada 191 kes nahas maut yang berlaku sejak Op Selamat 16/2020 dilancarkan pada 18 Januari lepas hingga semalam, sempena Tahun Baru Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata penunggang dan pembonceng motosikal masih mencatatkan kematian paling tinggi dengan 139 mangsa.

Sementara Selangor kekal merekodkan kes kematian paling tinggi iaitu 35 kes, diikuti Johor (34 kes), Pahang (20) manakala Sarawak (20) dan Kelantan 18 kes.

“Dalam tempoh berkenaan, 21,941 kes nahas jalan raya direkodkan dengan Selangor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 6,162 kes diikuti Johor (3,367), Kuala Lumpur (2,469) dan Perak (1,833), Pulau Pinang (1,761), Negeri Sembilan (1,070), Kedah (1,003).

“Pahang (936), Melaka (821), Sarawak (713), Sabah (663), Kelantan (466), Terengganu (424) dan Perlis (73),” katanya dalam kenyataan di sini.

Sebanyak 373,212 saman turut dikeluarkan dengan 235,966 saman merangkumi enam kesalahan utama antaranya menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan memotong di garis berkembar.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Op Selamat: 183 kematian pada hari ke-12

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Polis merekodkan 183 kematian daripada 166 kes kemalangan maut sehingga Khamis, iaitu hari ke-12 sejak Op Selamat 16/2020 dilancarkan 18 Januari lepas sempena Tahun Baharu Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata jumlah kematian tertinggi adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan 119 kematian direkodkan.

Menurut beliau, Selangor kekal merekodkan kes kematian paling tinggi iaitu 28 kes, diikuti Johor (24 kes), Sarawak (16) manakala Pahang dan Kelantan masing-masing 15 kes.

“Dalam tempoh berkenaan, 18,830 kes nahas jalan raya direkodkan dengan Selangor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 5,302 kes diikuti Johor (2,944), Kuala Lumpur (2,095) dan Perak (1,584),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebanyak 313,936 saman turut dikeluarkan dengan 197,454 saman merangkumi enam kesalahan utama antaranya menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan memotong di garis berkembar.

Op Selamat 16/2020 akan berterusan sehingga Sabtu ini.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Op Selamat: 171 kematian direkodkan dalam tempoh 11 hari

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Sebanyak 171 kematian dan 155 nahas jalan raya yang mengakibatkan kematian direkodkan sepanjang 11 hari Op Selamat 16/2020 sempena perayaan Tahun Baharu Cina, sehingga 28 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata jumlah kematian tertinggi membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan 112 kematian.

Katanya, Selangor mendahului statistik bilangan kematian dengan 29, diikuti Johor (22), Sarawak (18), Pahang (17), serta Kedah dan Kelantan masing-masing 15.

Secara keseluruhan, Azisman berkata 16,942 kes kemalangan jalan raya direkodkan membabitkan 25,171 kenderaan sepanjang Op Selamat berkenaan.

“Selangor mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 4,702 kes, diikuti Johor (2,676), Kuala Lumpur (1,834) dan Perak (1,430),” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Sepanjang tempoh itu juga, katanya sebanyak 290,567 saman dikeluarkan dengan 182,538 atau 62.8 peratus daripadanya membabitkan enam kesalahan utama iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan memotong di garis berkembar.

Op Selamat 16/2020 yang dilancarkan pada 18 Januari sempena Tahun Baharu Cina akan diteruskan sehingga 1 Februari ini.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Op Selamat: 150 kematian dalam tempoh 10 hari

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Sebanyak 150 kematian dan 138 kemalangan maut direkodkan sepanjang 10 hari Op Selamat 16/2020 diaktifkan sempena perayaan Tahun Baharu Cina, setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata jumlah kematian tertinggi melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan 102 kematian.

Manakala mengikut negeri, katanya Selangor mendahului statistik sebanyak 25 kematian, diikuti Johor (17), Sarawak (16), Kedah (13) manakala Pahang serta Kelantan, masing-masing 12 kes.

Secara keseluruhan, Azisman berkata 15,341 kes kemalangan jalan raya direkodkan membabitkan 22,770 kenderaan.

“Selangor mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 4,325 kes, diikuti Johor (2,406), Kuala Lumpur (1,697) dan Perak (1,273),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sepanjang tempoh itu juga, 261,790 saman dikeluarkan dengan 165,099 atau 63.1 peratus daripadanya membabitkan enam kesalahan utama iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan memotong di garis berkembar.

Op Selamat 16/2020 yang dilancarkan pada 18 Januari sempena perayaan Tahun Baharu Cina diteruskan sehingga 1 Februari ini.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Op Selamat: 138 kematian direkod dalam tempoh 9 hari

SHAH ALAM, 28 JAN: Polis merekodkan 138 kematian daripada 127 kes kemalangan maut sehingga Ahad iaitu hari kesembilan sejak Op Selamat 16/2020 dilancarkan pada 18 Januari.

Jumlah itu menunjukkan penurunan kes berbanding Op Selamat 15/2019 yang merekodkan 159 kematian bagi tempoh sama, lapor Sinar Harian.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkata jumlah kematian tertinggi masih melibatkan penunggang motosikal dan pembonceng motosikal dengan 94 kematian direkodkan.

“Selangor mencatatkan kes kematian paling tinggi iaitu 24 kes diikuti Johor (16), Sarawak (16) manakala Keda 13 kes.

“Dalam tempoh berkenaan, 14,087 kes nahas jalan raya direkodkan dengan Selangor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 4,089 kes diikuti Johor (2,194), Kuala Lumpur (1,616) dan Pulau Pinang (1,147),” kata Datuk Azisman Alias dalam kenyataan semalam.

Categories
AGENDA NASIONAL

Op Selamat 16 catat 138 kematian setakat ini

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Polis merekodkan 138 kematian daripada 127 kes kemalangan maut sehingga Ahad, iaitu hari kesembilan sejak Op Selamat 16/2020 dilancarkan 18 Januari lalu sempena Tahun Baru Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata jumlah kematian tertinggi masih membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan 94 kematian direkodkan.

Katanya, Selangor merekodkan kes kematian paling tinggi iaitu 24, diikuti Johor (16), Sarawak (16) manakala Kedah (13).

“Dalam tempoh berkenaan, 14,087 kes nahas jalan raya direkodkan dengan Selangor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 4,089 kes diikuti Johor (2,194), Kuala Lumpur (1,616) dan Pulau Pinang (1,147),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebanyak 233,454 saman turut dikeluarkan dengan 146,008 saman merangkumi enam kesalahan utama antaranya menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan memotong di garis berkembar.

Op Selamat 16/2020 yang dilancarkan pada 18 Januari akan berterusan sehingga 1 Februari ini.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

8,570 kemalangan direkodkan dalam tempoh lima hari

KUALA LUMPUR, 23 JAN: Sejumlah 8,570 kemalangan jalan raya membabitkan 13,038 kenderaan dilapor dalam tempoh lima hari Op Selamat 16/2020 bersempena Tahun Baharu Cina sejak dilancarkan pada Sabtu hingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata Selangor merekodkan jumlah kemalangan paling tinggi iaitu 2,701 kes; diikuti Johor (1,348 kes); dan Kuala Lumpur (1,019 kes).

“Daripada 65 kemalangan maut yang direkodkan sepanjang Op Selamat kali ini, penunggang dan pembonceng motosikal merekodkan jumlah kematian paling tinggi iaitu 47 kematian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata sejumlah 125,464 saman dikeluarkan dan daripada jumlah itu, 77,042 saman membabitkan enam kesalahan utama iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu; tidak mematuhi lampu isyarat; memandu melebihi had laju; menggunakan lorong kecemasan; memotong barisan; dan memotong di garis berkembar.

Op Selamat 16/2020 yang dilancarkan pada 18 Januari akan berlangsung sehingga 1 Februari ini.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Op Selamat: 229 kematian dicatat dalam dua minggu

KUALA LUMPUR, 12 JUN: Op Selamat ke-15 sempena Aidilfitri merekodkan lapan lagi kematian semalam, menjadikan keseluruhan 229 kematian dalam tempoh 14 hari sejak operasi itu bermula pada 29 Mei lalu.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad berkata, jumlah kemalangan turut meningkat kepada 22,852 dalam tempoh sama dengan 213 kes membabitkan kemalangan maut.

Beliau berkata, Selangor dan Johor mendahului jumlah kematian paling ramai membabitkan 37 orang diikuti Perak (24), Kedah dan Pahang (masing-masing 18), Kelantan (17), Sabah (16), Sarawak (15), Terengganu (12), Negeri Sembilan (9), Pulau Pinang (8), Kuala Lumpur (7), Melaka (6) dan Perlis (5).

“Selangor masih mencatat jumlah kes kemalangan tertinggi dengan 5,949 kemalangan, diikuti Johor (3,550), Kuala Lumpur (2,629), Perak (1,958) dan Pulau Pinang (1,835).

“Sepanjang dua minggu Op Selamat ke-15, sebanyak 4,195 operasi dijalankan di seluruh negara dengan 319,576 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi kejadian pecah rumah dan premis pula, beliau berkata sebanyak 730 kes dilaporkan di seluruh negara dengan bilangan tertinggi membabitkan kes pecah kediaman (494), diikuti pecah kedai (119), pecah pejabat (63) dan pecah kilang (16).

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Op Selamat catat 221 kematian sehingga hari ke-13

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Sebanyak 221 kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan sepanjang Op Selamat 15 sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini sejak dilancarkan pada 29 Mei lepas sehingga hari ke-13 (semalam).

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad berkata, 14 kematian direkodkan pada Isnin dengan empat daripada kematian itu berlaku di Perak.

Terengganu dan Johor semalam masing-masing merekodkan dua kematian manakala Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Sarawak menunjukkan satu angka kematian, katanya.

Jumlah kemalangan dicatatkan sehingga 10 Jun ialah 21,265 kes iaitu pertambahan 1,750 kes berbanding sebelumnya.

“Op Selamat yang akan berakhir dua hari lagi juga menunjukkan Selangor selaku penyumbang terbesar angka kemalangan dengan 5,487 kes, diikuti Johor dengan 3,293 kes, Kuala Lumpur dengan 2,405 kes sementara Perak dengan 1,843 kes,” kata Asmawati.

Pihak polis juga merekodkan sebanyak 658 kes pecah rumah dan premis dengan Selangor mempunyai rekod paling tinggi iaitu 157 kes, katanya. – BERNAMA

Categories
NASIONAL

207 kematian akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh 12 hari

KUALA LUMPUR, 10 Jun : Sebanyak 207 kematian kemalangan jalan raya direkodkan dalam tempoh 12 hari Op Selamat 15 sempena musim perayaan Aidilfitri sejak ia dilancarkan pada 29 Mei lepas.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad berkata jumlah itu menunjukkan Selangor dan Johor masing-masing merekodkan empat kematian dan antara penyumbang kepada 18 kes kematian semalam.

Pahang semalam merekodkan tiga kematian manakala Sabah dengan dua kematian. Perlis, Perak, Melaka, Terengganu dan Kelantan masing-masing satu angka kematian, katanya.

Jumlah kemalangan dicatatkan sehingga 9 Jun ialah 19,515 dengan pertambahan 1,462 lagi kes.

“Op Selamat yang akan berakhir tiga hari lagi juga menunjukkan Selangor selaku penyumbang terbesar angka kemalangan dengan 5,008 kes, diikuti Johor dengan 3,046 kes, Kuala Lumpur dengan 2,236 kes sementara Perak dengan 1,676 kes,” kata Asmawati.

Pihak polis juga merekodkan sebanyak 573 kes pecah rumah dan premis dengan Selangor mempunyai rekod paling tinggi iaitu 142 kes, katanya. -BERNAMA

Categories
NASIONAL

189 kematian akibat kemalangan dalam tempoh 11 hari

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Hari ke-11 Op Selamat 15 bersempena musim perayaan Aidilfitri merekodkan penambahan 13 kematian akibat kemalangan jalan raya, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 189 kes sehingga semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad berkata jumlah kemalangan turut meningkat kepada 18,053 kes, berbanding hari sebelumnya sebanyak 16,470 kes.

“Setakat semalam, Selangor merekodkan jumlah kematian terbanyak melibatkan lima kematian diikuti Johor dengan tiga kematian, sementara Pulau Pinang, Melaka, Pahang, Kelantan serta Sarawak masing-masing mencatat satu kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asmawati berkata Selangor masih menyumbang kepada jumlah kemalangan tertinggi dengan 4,715 kes, diikuti Johor (2,781), Kuala Lumpur (2,140) dan Perak 1,517 kes.

“Pihak polis mengadakan sebanyak 3,226 operasi sementara 241,144 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Beliau berkata jumlah kes pecah rumah dan premis juga meningkat kepada 501 kes, dengan penambahan 60 kes setakat semalam.

“Pihak polis merekodkan pertambahan kes pecah rumah dan premis antaranya di Selangor dengan 121 kes sementara Sabah (51), Perak (45) dan Sarawak (44),” katanya.

Op Selamat 15 yang berlangsung dari 29 Mei hingga 12 Jun ini, memberi tumpuan terhadap enam kesalahan utama melibatkan memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. -BERNAMA

Categories
NASIONAL

Angka kematian akibat kemalangan terus meningkat

KUALA LUMPUR, 8 Jun : Angka kematian akibat kemalangan jalan raya terus meningkat dengan penambahan 17 kematian dalam tempoh 10 hari Op Selamat 15 sempena musim perayaan Aidilfitri.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad berkata jumlah itu menjadikan sebanyak 176 kes kematian direkodkan sehingga semalam sejak Op itu dilancarkan 29 Mei lepas.

“Sebanyak 23,263 telah kenderaan terlibat dalam kemalangan sehingga semalam. Peningkatan angka kematian juga menunjukkan Kuala Lumpur antaranya merekodkan empat kematian, Perak tiga kematian sementara Selangor dan Sabah masing-masing dua kematian.

“Pulau Pinang, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak pula masing-masing satu kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asmawati berkata Selangor mencatatkan angka kemalangan paling tinggi dengan 4,403 kes diikuti Johor (2,511), Kuala Lumpur (2,033) dan Perak (1,356).

“Sebanyak 2,902 operasi dijalankan seluruh negara selain 217,683 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Sementara itu bagi kes pecah rumah dan premis pula, 441 kes direkod di seluruh negara dalam tempoh 10 hari Op Selamat itu.

Op Selamat yang berlangsung sehingga 12 Jun ini memberi tumpuan terhadap enam kesalahan utama iaitu memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. -BERNAMA