Categories
NASIONAL

Pengumuman bubar ditunggu, rakyat sedia ubah kerajaan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 APR: Pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini sememangnya ditunggu-tunggu rakyat.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil berkata, hal ini berikutan rakyat semakin sedar bahawa harapan untuk menikmati perkhidmatan kerajaan yang lebih baik dan peduli rakyat semakin pudar sekiranya Barisan Nasional (BN) terus berkuasa.

“Pengumuman pembubaran ini adalah satu-satunya pengumuman Datuk Seri Najib yang ditunggu-tunggu rakyat kerana hampir semua sudah bersedia untuk ubah Kerajaan Pusat,” katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Jelasnya, ‘mood’ rakyat menolak BN ketika ini juga mencerminkan perasaan jemu dengan janji BN yang kononnya membela rakyat.

Sementara itu, ketika mengulas kerjasama Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dengan sayap pemuda parti lain di bawah Pakatan Harapan (PAKATAN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Fahmi berkata, mereka berjaya membina persefahaman baik.

“Semua berjalan lancar. Kerjasama setakat ini Alhamdulillah baik dan akan bertambah baik memandangkan rakyat kini bersedia untuk undi PAKATAN dan ubah Kerajaan Pusat,” kata Exco AMK itu lagi.

Categories
NASIONAL

KEADILAN sokong penuh usaha Azmin satukan kembali pembangkang

OLEH: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 22 JUN: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyokong penuh sebarang usaha dijalankan Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bagi mencari jalan menyatukan kembali blok pembangkang di negara ini.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, kesatuan ini sangat diperlukan parti pembangkang bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) sebelum gelanggang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di buka nanti.

Tian Chua“Kita menyokong syor Menteri Besar bahawa kita harus menilai keadaan sekarang ini untuk mencapai strategi baru yang boleh menyatupadukan parti pembangkang.

“Saya rasa adalah perlu untuk kita menyokong usaha Menteri Besar untuk terus berunding menjayakan strategi parti-parti pembangkang ini,” katanya kepada SelangorKini.

Jelasnya, keputusan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak mustahil berulang pada PRU-14 sekiranya pembangkang masih gagal bersatu.

Pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini, pertembungan sesama sendiri antara parti pembangkang menyebabkan BN memperolehi kemenangan besar selepas undi kepada pembangkang terpecah dua.

-nR-