Categories
NASIONAL

Anwar : Peti Undi Dilencongkan Dalam Insiden Meragukan

SPR pengundi hantu selangor 01

PETALING JAYA 25 April : Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendakwa terdapat keraguan di dalam proses simpanan peti undi.

Dalam satu insiden, peti undi yang sepatutnya disimpan di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, didapati dialihkan ke satu lokasi rahsia yang meragukan.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenderaan yang sepatutnya membawa peti-peti undi itu ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya telah melencong ke satu lokasi di Sungai Chua, Kajang.

Maklumat tersebut diterima dari sumber yang dipercayai, kata Anwar sambil mengesa SPR untuk menjelaskan insiden tersebut.

“Ada kenderaan yang diminta membawa peti-peti undi ke Putrajaya tetapi di simpang tol tertentu, kenderaan Pajero SPR akan mengalih mereka ke satu lokasi rahsia di Jalan AC 2 Pusat Perindustrian Sungai Chua Kajang.”

“Jadi saya minta penjelasan daripada SPR. Apa mainan mereka setelah melihat kebangkitan rakyat mutakhir ini?”

Anwar berkata demikian kepada pemberita didalam satu siadang media di Ibu Pejabat parti itu pagi tadi.

Categories
NASIONAL

PKR Dedahkan Umno-BN Bayar Penulis Pro-Israel Hentam Anwar

nik-nazmi batik 01

PETALING JAYA, 6 MAC: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan dokumen transaksi yang melibatkan pembayaran terhadap konsultan perhubungan awam Amerika Syarikat (AS) untuk menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pendedahan ini ekoran pengesahan yang dibuat bekas penulis ucapan Presiden Amerika Syarikat minggu lalu, Joshua Trevino.

Joshua telah memfailkan rekod kepada Kerajaan AS bahawa beliau telah dibayar kerajaan Malaysia menerusi APCO Worldwide di dalam kempen mempromosikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menyerang Anwar.

Rekod tersebut mendedahkan, Trevino dibayar AS$389,724.70 (RM 1,209,511.82) oleh kerajaan Malaysia, parti pemerintah Umno-BN ataupun kepentingan yang berkaitan.

Menurutnya, Najib perlu menjelaskan berapa banyak wang rakyat yang dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti-Pakatan Rakyat dan anti-Anwar.

“Selain daripada APCO di AS dan FBC di United Kingdom (UK) di manakah lagi BN melantik konsultan pembangkang dan siapa yang terlibat dalam melantik konsultan ini?

“Apakah bahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai bahan-bahan berkaitan Anwar Ibrahim memandangkan kebanyakan kerja yang dibuat adalah untuk menyerang semata-mata?” Soalnya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Selain itu, Nik Nazmi turut membangkitkan adakah kerajaan sedar bahawa konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrem, anti-Islam, anti-Ikhwanul Muslimin serta penyokong tegar Israel.

Pada Ogos tahun lepas, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis akhbar di UK, The Guardian berikutan beliau tidak menggumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media dimana beliau menulis memuji tentang ciri-ciri ‘kesederhanaan’ Najib.

Pada 2011, Najib mengakui bahawa kerajaan membayar RM 94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010.

FBC turut membayar AS $70,000 (RM 217,279.77) kepada APCO Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib.