Categories
SELANGOR

Selangor serah RM200,000 bantuan pendidikan pasca banjir Kelantan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 FEB: Sejumlah RM200,000 diserahkan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) sebagai bantuan pendidikan pasca banjir Kelantan.

Penyerahan dilakukan Exco Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang turut disertai Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan dalam satu lawatan kerja ke Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan, pada 23 Februari lalu.

IMG_0283Sumbangan diterima Pengarah YIK, Tengku Ab Rahman Tuan Yunus dan disaksikan Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan.

Sumbangan Kerajaan Negeri itu khusus bagi pembelian pakaian sekolah membabitkan murid di bawah kelolaan YIK.

Jumlah sekolah yang yang terlibat adalah 21 buah daripada 89 dengan anggaran kos kerugian kerosakan aset serta peralatan hasil kemusnahan akibat banjir adalah RM2.3 juta.

Pada masa sama, Yunus turut menyampaikan salam takziah kepada seluruh rakyat Kelantan amnya di atas pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 12 Februari lalu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tsunami Pantai Timur hikmah perpaduan, senada salur bantuan pasca banjir

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 26 JAN: ‘Tsunami Pantai Timur’ memberi hikmah perpaduan yang wajar diteladani setiap rakyat dalam kehidupan mendatang, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, semangat perpaduan yang dizahirkan rakyat Malaysia apabila bersatu hati dan senada dalam misi bantuan pasca banjir di pantai timur harus dilanjut dan dipraktikkan bagi mendepani cabaran kehidupan dalam suasana ekonomi semasa yang semakin menekan.

pahang 8“Inilah ketika dan masanya (banjir pantai timur) kita lihat rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan ideologi politik, bersatu untuk membantu meringankan beban serta kesusahan mangsa banjir.

“Persoalannya, apakah kita hanya bersatu ketika berlaku krisis dan bencana,” katanya ketika berucap di hadapan penjawat awam dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri, di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berharap rakyat Selangor kekal bersatu dalam apa jua keadaan kerana perpaduan akan menjamin kejayaan dan kesejahteraan bersama pada masa akan datang.

Categories
SELANGOR

Selangor jadi ‘trade mark’ PR urus bantuan pasca banjir jika tawan Putrajaya

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA KANGSAR, 19 JAN: Kemampuan Selangor mengurus bantuan pasca banjir wajar dijadikan contoh Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri lain.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kemampuan Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, menguruskan bantuan pasca banjir di Kelantan dan Perak adalah ‘trade mark’ kemampuan Pakatan Rakyat (PR) jika berjaya menawan Putrajaya nanti.

“Ini adalah ‘trade mark’ PR. Maknanya, kita dah mulakan dengan bantuan Selangor kepada Kerajaan Negeri khususnya yang berat seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

2“Mereka tinggalkan mangsa pasca banjir, sedangkan ketika ini banyak bantuan dan sumbangan diperlukan kerana mereka mengalami kejutan serta bagaimana ingin membina semula kehidupan.

“Kehadiran Mohamed Azmin juga memberi mereka inspirasi untuk terus hidup,” katanya ketika menyambut kedatangan Dato’ Menteri Besar Selangor bersama sukarelawan di Kampung Senggang, di sini, semalam.

Mohammad Nizar turut menggesa masyarakat mengikis pemikiran kononnya hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu menguruskan isu berkenaan bencana banjir di negara ini.

Datuk Seri Mohammad Nizar“Jika berlaku bencana alam, kita ambil peduli penderitaan rakyat. Ini tidak, nak beri bantuan rakyat kena tunggu Najib balik main golf dulu, baru boleh bagi bantuan. Itupun ala kadar sahaja, tak begitu serius.

“Kebanyakan kepimpinan yang datang masa banjir hanya ambil gambar, masuk televisyen dan kemudian balik,” katanya.

Selangor turut menguruskan pasca banjir dengan bantuan barangan keperluan asas seperti alatan persekolahan, dapur, tong gas, peralatan kerja pembersihan dan tenaga kerja serta jentera Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri, selain menghulurkan bantuanĀ  RM1.5 juta kepada Kerajaan Kelantan, Terengganu, Pahang juga Perak.

-NFN-