Categories
NASIONAL

Perhimpunan Umno Tidak Fokus Masalah Rakyat, Hanya Semai Kebencian – INFO 12

Sinopsis 

Info 12 Untuk 05122012 

Saksikan secara langsung "INFO 12" sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 05 DISEMBER 2012 :

1. Perhimpunan Umno Tidak Fokus Masalah Rakyat, Hanya Semai Kebencian
2. Tubuh Suruhanjaya Penyiasatan Bebas, Siasat Salahlaku Menteri KDN
3. Atlet Karate-do, Tenpin Boling Gondol Olahragawan, Olahragawati Selangor
Categories
NASIONAL

Perhimpunan Agung Umno Gelanggang Membodek Pemimpin

SHAH ALAM 5 DIS: Perhimpunan Agung Umno 2012 tersasar daripada matlamat asalnya membela Melayu apabila ia dijadikan sebagai gelanggang membodek pemimpin utamanya.

Umno jelas tiada hala tuju dan kucar kacir kerana terlalu asyik menghentam pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan terlupa membincangkan beban permasalahan yang dihadapi rakyat terutamanya Melayu.

Aktivis sosial, Haris Ibrahim berkata, perwakilan serta pemimpin Umno hanya berhimpun untuk memuji-muji pimpinan tertinggi Umno diketuai Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden Umno terdahulu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Perhimpunan kali ini saya dapat lihat tiada hala tuju, sepatutnya kita melihat komitmen dari pucuk pimpinan Umno dalam membela nasib rakyat tetapi kita melihat sebaliknya,” katanya ketika ditemuramah wartawan.

Katanya, rata-rata perwakilan serta pemimpinnya termasuk Pemuda dan Wanita Umno memberikan ucapan yang secara jelas tidak membawa kebaikan malah boleh menyebabkan perpecahan dikalangan rakyat di negara ini.

“Khairy Jamaluddin dan Rezal Naina Merican memberikan ucapan yang jauh tersasar seperti teori ‘churchill’ dan Presiden (Najib) memberikan ucapan yang lain…sebelah pihak ke kiri dan sebelah lagi ke kanan dan seolah-olah dalam keadaan sangat kucar-kacir,” katanya yang juga pengerusi gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU).

Malah, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil mengatakan peristiwa hitam 13 Mei akan berlaku semula jika rakyat tidak memberikan mandat kepada Umno-BN memerintah di Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) kelak.

Shahrizat yang juga terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC) memberikan ucapan yang didakwa berunsur ugutan dan hasutan itu ketika perhimpunan itu berlangsung pada minggu lalu.

Sementara itu, Haris berkata, perhimpuna Umno kali ini memberikan mesej jelas bahawa pemimpin Umno semakin takut jika tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

“Pemimpin Umno lantang dan yakin ketika memberikan ucapan tetapi mereka panik kerana bayangan PR akan menang dalam PRU semakin jelas kelihatan,” katanya lagi.