Categories
NASIONAL

ABU: Peristiwa 13 Mei Tidak Akan Berulang

SHAH ALAM 5 DIS: Usaha Umno-BN menggunakan hasutan jahat seperti tragedi berdarah 13 Mei akan berulang kembali jika gagal memerintah Putrajaya menggambarkan betapa terdesaknya parti itu meraih kembali sokongan rakyat.

Pengasas gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim berkata, tragedi 13 Mei tidak akan berlaku seperti apa yang digambarkan Umno-BN kerana rakyat di negara ini semakin matang dan tidak hanya bergantung kepada satu saluran maklumat sahaja.

Katanya, Umno-BN tidak berubah dengan tradisinya mengeluarkan ucapan berbaur perkauman bagi menakutkan rakyat supaya memilih parti itu ketika Pilihan Raya Umum-13(PRU13) akan datang.

“Pada tahun 2009, isu kepala lembu..mereka (Umno-BN) nak lagakan Melayu dengan Hindu, Islam dengan bukan Islam,”dakwanya dalam temubual khas dengan TV Selangor.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil bahawa tragedi 13 Mei akan terjadi sekiranya Umno gagal ke Putrajaya ketika Persidangan Agung Umno baru-baru ini.

Katanya, rakyat kini tidak hanya bergantung kepada saluran media yang dikawal sepenuhnya rejim Umno-BN tetapi menggunakan media alternatif seperti internet, blog dan laman sosial facebook dan twitter.

“Media Umno seperti TV3 dan Utusan hari-hari mainkan isu ini dengan tujuan menakutkan masyarakat di pedalaman kerana rakyat di bandar sudah tidak termakan dengan hasutan ini.

“Kita tengok hari itu, isu nama Allah digunakan penganut Kristian, lepas keputusan mahkamah..insiden kebakaran gereja..ada orang menuntut demo di masjid tapi tidak berjaya sebab apa…orang Melayu dah sedar bahawa ini agenda Umno ungkit perkara-perkara ini untuk memastikan hayatnya bertahan,” katanya yang juga seorang aktivis sosial.

Categories
NASIONAL

Perhimpunan Agung Umno Gelanggang Membodek Pemimpin

SHAH ALAM 5 DIS: Perhimpunan Agung Umno 2012 tersasar daripada matlamat asalnya membela Melayu apabila ia dijadikan sebagai gelanggang membodek pemimpin utamanya.

Umno jelas tiada hala tuju dan kucar kacir kerana terlalu asyik menghentam pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan terlupa membincangkan beban permasalahan yang dihadapi rakyat terutamanya Melayu.

Aktivis sosial, Haris Ibrahim berkata, perwakilan serta pemimpin Umno hanya berhimpun untuk memuji-muji pimpinan tertinggi Umno diketuai Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden Umno terdahulu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Perhimpunan kali ini saya dapat lihat tiada hala tuju, sepatutnya kita melihat komitmen dari pucuk pimpinan Umno dalam membela nasib rakyat tetapi kita melihat sebaliknya,” katanya ketika ditemuramah wartawan.

Katanya, rata-rata perwakilan serta pemimpinnya termasuk Pemuda dan Wanita Umno memberikan ucapan yang secara jelas tidak membawa kebaikan malah boleh menyebabkan perpecahan dikalangan rakyat di negara ini.

“Khairy Jamaluddin dan Rezal Naina Merican memberikan ucapan yang jauh tersasar seperti teori ‘churchill’ dan Presiden (Najib) memberikan ucapan yang lain…sebelah pihak ke kiri dan sebelah lagi ke kanan dan seolah-olah dalam keadaan sangat kucar-kacir,” katanya yang juga pengerusi gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU).

Malah, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil mengatakan peristiwa hitam 13 Mei akan berlaku semula jika rakyat tidak memberikan mandat kepada Umno-BN memerintah di Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) kelak.

Shahrizat yang juga terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC) memberikan ucapan yang didakwa berunsur ugutan dan hasutan itu ketika perhimpunan itu berlangsung pada minggu lalu.

Sementara itu, Haris berkata, perhimpuna Umno kali ini memberikan mesej jelas bahawa pemimpin Umno semakin takut jika tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

“Pemimpin Umno lantang dan yakin ketika memberikan ucapan tetapi mereka panik kerana bayangan PR akan menang dalam PRU semakin jelas kelihatan,” katanya lagi.

 

FOKUS ISU : ABU – Tentang Kepimpinan Korup Tidak Kira Mana-mana Parti


Sinopsis:

Temubual bersama pemimpin Asalkan Bukan Umno (ABU) menerusi program Fokus Berita, mengupas isu-isu politik semasa tanahair.

Adakah ABU akan berperanan menentang kepimpinan korup selain Umno ? Saksikan rakaman ini.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL

Kepada Polis dan Tentera : Ingkar Perintah Zalim, Selamatkan Negara

PUCHONG 22 AUG : Menjelang musim Hari Raya sebuah risalah khas untuk anggota polis dan tentera negara telah diterbitkan dengan pesanan supaya mereka berpihak pada rakyat, menolak arahan zalim dan menuntuk hak mengundi mcreka.

Risalah yang bertajuk ?Pesanan Tulus Ikhlas Kepada Anggota Keselamatan Negara? itu diterbitkan oleh gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU).

Ia merupakan antara dua risalah dan beberapa pelekat yang dicetak dengan harapan ia diedarkan di kawasan-kawasan luar bandar oleh penyokong mereka semasa musim balik kampung ini.

Risalah kepada anggota tentera dan polis itu dilihat sebagai usaha merapatkan jurang pemahaman antara aktivis demokrasi dan anggota keselamatan yang sering dituduh diperalatkan oleh pentadbiran Umno-BN untuk menekan masyarakat sivil.

Risalah satu muka surat itu memuatkan gambar-gambar dari peristiwa kebangkitan rakyat Mesir menentang rejim bekas presiden Hosni Mubarak pada awal 2011.

Gambar-gambar tersebut menunjukkan anggota tentera Mesir yang ingkar arahan dari orang atasan untuk menembak rakyat Mesir yang sedang berdemonstrasi menentang rejim Mubarak.

Situasi itu dibandingkan dengan anggota polis Malaysia yang bertugas semasa himpunan Bersih 2.0 pada July 2011 dan Bersih 3.0 pada April lepas.

Renungan terhadap perbandingan itu dikuatkan dengan potongan Ayat 75 Surah An-Nisaa’ dari Al-Quran.

Ayat itu menyebut :

?Dan apakah menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah SWT (untuk menegakkan Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari golongan lelaki, perempuan dan kanak-kanak; iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata : Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini (Makkah) yang pendudukkannya zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami dari (ancaman musuh).?

Risalah itu berakhir dengan empat seruan kepada anggota keselamatan agar:

1) menyokong usaha untuk menegakkan keadilan dan ?menolong untuk memperbaiki keadaan semasa?.

2) membantah pemalsuan undi pos mereka.

3) mengingati rakyat apabila mereka dikerahkan di dalam kekecohan yang bakal berlaku jika Umno-BN ditumbangkan dalam pilihanraya ke-13.

4) mengingkari arahan yang menzalimi rakyat.

Categories
NASIONAL

Melayu Masih Lagi Berkuasa Bila Umno Tumbang

PUCHONG 21 AUG : Dominasi kerusi di dalam Parlimen dan di dalam pengurusan syarikat strategik seperti Petronas dan Sime Darby adalah antara bukti yang Melayu akan terus memegang tampuk pemerintahan negara walaupun Umno kalah.

Aktivis gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU), Al-Jafree Md Yusop menegaskan, momokan orang Melayu akan kehilangan kuasa sering digunakan Umno untuk menakutkan rakyat.

Ini bagi membolehkan Umno terus berkuasa dan memburukkan parti lain kononnya status dan masa depan orang Melayu sedang terancam.

Mengikut statistik, hampir 80 peratus daripada kerusi 222 Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai oleh wakil rakyat Melayu.

Ini termasuk dua jawatan utama negara, Perdana menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kata Al-Jafree.

Sebaliknya, jika Melayu sekarang lemah, bererti Umno gagal dalam membangunkan Melayu selama 55 tahun pemerintahannya.

“Kalau betul melayu lemah maknanya teruklah Umno sebab secara jelas kuasa di tangan mereka.

?Ini bukan salah pembangkang, tapi salah mereka kerana mereka yang memerintah,” katanya dalam program wawancara Terus Terang terbitan TV Selangor.

Bagi aktivis ABU, Haris Ibrahim, sasaran serangan ditujukan kepada Umno dan bukannya Barisan Nasional (BN) kerana Umno merupakan parti dominan dalam gabungan berkenaan.

Katanya lagi, dengan melumpuhkan Umno, maka BN akan ditumbangkan.

ABU dilancarkan pada 15 Disember 2011 dengan memberi fokus terhadap empat kepincangan pemerintahan Umno-BN iaitu kenaikan harga barang, undang-undang zalim, politik perkauman dan pembinaan loji nadir bumi Lynas.