Perubatan Islam- Salam Selangor

Episod 71

Sinopsis:

Semakin ramai manusia menganiaya manusia lain dengan cara sihir santau dan seumpamanya.Semakin ramai mangsa menderita dari segi peribadi, kerjaya hancur, suami isteri bercerai dan ada yang menghadapi maut. Walaupun pada mulanya berseorangan melaksanakan perubatan rawatan cara Islam, namun keperluan meningkat dan permintaan semakin ramai. Dengan itulah Al-Fadhil Ustadz Ahmad Dusuki Abd Rani menganjurkan Kursus Bersijil supaya semakin ramai perawat di kalangan lelaki dan perempuan bagi memakmurkan Kompleks Darul Thibbun Nabawi

Tetamu:
Al Fadhil Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani

Alamat:
No. 2, Jalan Jejala 8/11, Seksyen 8, 40000 Shah Alam

thibbun

Thibbun Nabawi – Salam Selangor

Episod 66

Sinopsis:

Walaupun berterusan menuju tamadun atau peradaban zaman moden, namun amalan kuno masih digunakan. Sihir dan santau, termasuk penggunaan makhluk halus; jin dan seumpama menganiaya sesama manusia masih berlaku sehinggalah 2013 ini. Memang ada terkena dengan azab perit sengsara derita kena perbuatan orang. Alhamdulillah adanya perubatan Islam yang dikenali sebagai Thibbun Nabawi di Shah Alam. Selain itu, turut diadakan kursus, latihan teori dan amali kepada orang ramai yang ingin mempelajari perubatan Islam ini.

Tetamu:

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani

Alamat: No 2, Jalan Jejala 8/11, Seksyen 8, 40000 Shah Alam

thibbun