Categories
ADN SELANGOR

50 termasuk mangsa banjir DUN Sentosa terima bantuan sempena Pesta Ponggal

KLANG, 16 JAN: Seramai 50 penganut Hindu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menerima bantuan sempena Pesta Ponggal hari ini.

Semua penerima merupakan golongan berpendapatan rendah, warga emas dan rata-ratanya terlibat dengan bencana banjir akhir tahun lalu, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Dr G Gunarajah.

“Setiap penerima menerima barangan keperluan antaranya seperti beras, air mineral, sabun dan baldi semuanya berjumlah RM45.

S Logeswaran, 40. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban mangsa dalam mendepani ujian pascabanjir,” katanya ketika ditemui pada Pesta Ponggal di Kuil Devi Sri Maha Kaligambal Alayam di sini.

Salah seorang penerima, S Logeswaran, 40, mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat terbabit yang sudi menghulurkan sumbangan tersebut.

“Terima kasih YB (Yang Berhormat) Dr Gunarajah kerana bantuan ini serba sedikit menampung barang keperluan yang rosak akibat banjir,” katanya.

K Vasandi, 58. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Manakala, K Vasandi, 58, berkata ADN Sentosa sentiasa memberi sumbangan dan berterima kasih kerana prihatin dengan nasib penduduk.

Sementara itu, mengulas mengenai sambutan Pesta Ponggal Dr G Gunarajah memaklumkan meskipun berada dalam fasa pandemik ia tidak menghalang kaum Hindu untuk meraikannya.

“Kira-kira 100 orang hadir bagi meraikan pesta hari ini. Walaupun berbeza dengan sambutan sebelum ini kerana kita perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) tetapi ia tetap meriah.

“Pesta Ponggal ini juga sebagai simbolik untuk kita berterima kasih kepada maha kuasa di atas segala yang kita nikmati selama setahun sebelum ini,” katanya.

Categories
SELANGOR

Pesta Ponggal Perepat meriah

OLEH NORHAYATI UMOR

KAPAR, 23 JAN: Pesta Ponggal atau pesta menuai disambut meriah komuniti India Kampung Perepat, baru-baru ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita da Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, sebanyak 101 periuk disumbangkan kepada wanita India bagi menjayakan pesta terbabit.

Katanya, sikap tolenrasi, perpaduan dan kerjasama antara kaum masih utuh untuk meraikan sesuatu perayaan dengan kegembiraan.

ponggal 2“Ponggal merupakan perayaan yang disambut dengan meriahnya oleh masyarakat India di Selangor tanpa mengira agama dan kepercayaan.

“Pesta ini disambut meriah dan ia mempunyai nilai-nilai kebudayaan serta kekeluargaan yang tinggi,” katanya yang hadir merasmikan pesta itu di Kuil Sri Maha Mariaman, di sini.

Dr Daroyah turut menasihatkan generasi muda perlu memahami erti dan logik sambutan itu kerana nilai kemasyarakatan tersirat di dalamnya masih relevan dan mengikut kehendak serta situasi semasa.

“Tahniah kepada Komuniti India Dun Sementa. Program yang diadakan sangat meriah. Saya berharap program ini dapat dilaksanakan setiap tahun,” katanya.

Penyediaan juadah berasaskan sayur-sayuran kampung pula mendidik generasi muda mengenali masakan asli nenek moyang mereka.

-nR-

Categories
SELANGOR

Pesta Ponggal erat perpaduan & rapatkan masyarakat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 JAN: Pesta Ponggal menyatu-padu dan merapatkan rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan di di Tanjung Sepat.

Bertempat di Taman Teluk Merbau, lebih 100 orang hadir memeriahkan sambutan perayaan kaum India itu.

10918998_894287663938137_5364816975743779164_nMajlis diserikan dengan kehadiran Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan dan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

Selaku wakil penganjur dan Ketua Komuniti India Teluk Merbau, Irruspen berbesar hati dan gembira dengan sambutan diberikan masyarakat setempat.

Sebagai tarikan, penganjuran pesta turut diserikan dengan permainan sukan rakyat selain penyampaian bantuan persekolahan.

Selain Deepavali dan Thaipusam, Pongal juga merupakan perayaan yang akan diraikan masyarakat India.

Perkataan ‘pongal’ adalah bermaksud ‘masa menuai’ dan ia menandakan masa untuk menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.

EZY