Categories
AGENDA NASIONAL

RON97 naik tiga sen, RON95 dan diesel tidak berubah

KUALA LUMPUR, 24 MAC: Harga jualan petrol RON97 naik tiga sen seliter ke RM2.50 manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal tidak berubah masing-masing pada harga RM2.05 dan RM2.15 bagi tempoh 25 hingga 31 Mac.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada peningkatan harga minyak dunia, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran untuk kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga siling semasa,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95, RON97 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Harga runcit RON95, RON97 dan diesel, masing-masing kekal RM2.05, RM2.35 serta RM2.15 seliter bagi tempoh 4 hingga 10 Mac ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga petrol naik tiga sen, diesel bertambah empat sen

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter manakala harga runcit diesel meningkat empat sen seliter bagi tempoh 13 hingga 19 Feb ini.

Harga baharu untuk ketiga-tiga bahan bakar itu adalah RM1.96 (RON95), RM2.26 (RON97) dan RM2.15 (diesel), menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.

Kementerian Kewangan memaklumkan harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Petrol naik tiga sen, diesel bertambah empat sen

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter manakala harga runcit diesel naik empat sen seliter bagi tempoh seminggu selepas tengah malam ini.

Harga baharu untuk ketiga-tiga bahan bakar itu adalah RM1.93 (RON95), RM2.23 (RON97) and RM2.11 (diesel), menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu memaklumkan harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga petrol kekal, diesel turun dua sen

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada RM1.90 dan RM2.20 seliter dari 30 Jan hingga 5 Feb ini.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan harga runcit diesel dalam tempoh sama turun dua sen daripada RM2.09 seliter kepada RM2.07 seliter.

Kementerian itu berkata harga berkenaan adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum mingguan, menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga petrol kekal RM1.84, diesel naik satu sen

KUALA LUMPUR, 8 JAN: Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing kekal RM1.84 dan RM2.14 seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 15 Jan ini.

Kemententerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga runcit diesel bagaimanapun naik satu sen kepada kepada RM2.02 berbanding RM2.01 seliter sebelum ini.

“Harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Petrol naik empat sen, diesel naik tiga sen

KUALA LUMPUR, 1 JAN: Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik empat sen seliter manakala harga runcit diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 8 Jan depan.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit baharu petrol RON95 ialah RM1.84 seliter manakala harga baharu bagi petrol RON97 ialah RM2.14 seliter.

“Harga runcit diesel naik daripada RM1.98 sen seliter kepada RM2.01 seliter,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan menyatakan harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga petrol RON95, RON97, diesel naik dua sen

KUALA LUMPUR, 25 DIS: Harga runcit petrol RON95, RON97, diesel masing-masing naik dua sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON 95 ialah RM1.80, RON 97 (RM2.10) dan diesel (RM1.98).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga petrol, diesel naik tiga sen

KUALA LUMPUR, 11 DIS: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 ialah RM1.73, RON97 (RM2.03) dan diesel (RM1.93).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Petrol naik dua sen, diesel naik tujuh sen

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik dua sen seliter, manakala harga diesel naik tujuh sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.64, RON97 (RM1.94) dan diesel (RM1.81).

Menurut kenyataan itu, kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga runcit RON95, 97 turun lima sen

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun lima sen manakala diesel turun enam sen bagi tempoh 12 hingga 18 September ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.66, RON97 (RM1.96) dan diesel (RM1.72).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” maklum kenyataan itu.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95, 97 naik satu sen

KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen manakala diesel turun dua sen bagi tempoh 29 Ogos hingga 4 September ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.72, RON97 (RM2.02) dan diesel (RM1.78).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

-BERNAMA