Categories
NASIONAL

GMUKM menang besar Pilihanraya Kampus di UKM

grafik-gmukm-1

SHAH ALAM 24 OKT : Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mencapai kemenangan besar pada pilihan raya kampus kali ini yang memperolehi sebanyak 22 kerusi, manakala 4 Aspirasi dan 1 Bebas.

Pengerus GMUKM, Abdullah Sani Hashim berkata, antara faktor kemenangan itu adalah kekuatan GMUKM dengan kehadiran rakan baru seperjuangan Student Unity Front (SUF) yang mewakili kaum Chinese di UKM.

Selain itu, ujarnya ruang media sosial facebook juga antara penyumbang terbesar kemenanangan GMUKM dipetik HarakahDaily.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua mahasiswa di seluruh negara, memulakan politik mahasiswa kelas pertama.

“Di UKM kita semai politik matang dan nilai, ?debat presiden?, ?debat manifesto calon?, ?kreativiti kempen? antara yang diutamakan , semuanya adalah suasana baru politik kampus yang diadakan di UKM.

“Disarankan kepada rakan-rakan yang akan menghadapi Pilihan raya Kampus, wujudkan suasana ini dan kita mestilah bersedia mengubah suasana politik keji yang berlaku hari ini,” katanya lagi.

Categories
SELANGOR

KPT Didesak Henti Segera Campurtangan Dalam Pilihan Raya Kampus

SHAH ALAM 22 SEPT : Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) diminta menghentikan segera campurtangan dalam Pilihan Raya Kampus(PRK) yang melibatkan institusi pengajian awam di negara ini.

Menurut Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria campurtangan ini diakui wujud saban tahun termasuk pendedahan dokumen di Dewan Rakyat yang melibatkan perancangan terperinci untuk memenangkan calon-calon tertentu.

Beliau bagaimanapun yakin mahasiswa hari ini sudah matang membuat keputusan dan menilai siapa yang layak memimpin mereka. Katanya, terpulang kepada mahasiswa untuk membuat keputusan memandangkan mereka kini sudah semakin cerdik dalam membuat penilaian.

“Saya tidak hairan. Saya dapat maklumat ada unit media Umno yang hadir memantau perjalanan PRK sedangkan mereka ini masuk universiti pun tidak.

“Ini satu cara pihak universiti memastikan golongan-golongan yang selari dengan pihak universiti menang dalam pilihan raya kampus

Semalam kumpulan antikemampanan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) membuat laporan polis di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur terhadap jawatankuasa pilihan raya kampus yang didakwa “menyalahguna kuasa” dengan menerima pencalonan mahasiswa tidak layak.

Ini kerana pihak jawatankuasa menerima enam pencalonan daripada Penggerak Mahasiswa (Pro-Aspirasi) yang tidak mempunyai baki pengajian mencukupi walaupun setelah dibantah.

Sementara itu, Pengerusi Pro Mahasiswa UM, Edikoup Lakip Sediyanto dalam reaksinya berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk membawa ini ke mahkamah memandangkan kebenaran calon untuk bertanding kurang dua semester penuh pengajian merupakan perkara yang melanggar peraturan PRK.

Menurutnya, bantahan dibuat terhadap lapan orang calon Pro-Aspirasi dimana hanya dua banthan diterima dan selebihnya ditolak.

“Kami rasa perlu diambil tindakan serius keatas universiti untuk bawa kes ini ke mahkamah. Universiti masih membenarkan calon ini bertanding. Laporan polis sudah dibuat berhubung salah guna kuasa universiti. Seterusnya kami tidak teragak-agak untuk membawa kes ini mahkamah,” katanya,

PRK UM yang bakal dilangsungkan pada 25 September ini melibatkan 43 kerusi dimana sembilan kerusi umum dan selebihnya kerusi fakulti.

Categories
SELANGOR

Pemuda PAS : Segerakan Pilihan Raya Kampus

SHAH ALAM, 21 JUN : Pemuda PAS mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya menyegerakan Pilihan Raya Kampus (PRK) yang lama tertangguh.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata PRK itu sepatutnya diadakan pada bulan Mac 2012 lepas tetapi ditangguhkan di semua kampus sehingga ke bulan September 2012 kerana alasan remeh yang tidak boleh diterima.

“Tempoh masa tertangguh seperti yang diumumkan oleh KPT terlalu lama bagi mahasiswa kerana ia akan menyebabkan banyak agenda yang tidak dapat diselesaikan.

“Mahasiswa kini ketiadaan pemimpin di kampus-kampus yang akan berjuang bagi menentukan nasib mereka sendiri selama penangguhan ini,” kata Riduan dalam kenyataan media.

Tambah Riduan, beliau kesal kerana kerajaan cuba menafikan hak mahasiswa berpersatuan dan berpolitik kampus.

“PRK adalah perlu bagi mahasiswa bagi memilih pemimpin baru yang akan berjuang bagi kepentingan mereka.

“Menangguhkan pilihan raya kampus bererti mematikan idealisme mahasiswa, suara mereka tersekat, kepimpinan mereka terbantut dan kematangan berfikir mereka juga akan terhalang,” ujarnya.

Ramai melihat alasan utama disebalik penangguhan PRK adalah kerana ia berlangsung dekat dengan Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Menyekat hak mereka memilih kepimpinan yang akan bersuara bagi pihak mereka merupakan suatu tindakan yang tidak wajar,” katanya.