Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Agihan kerusi Pakatan, ikut muafakat komponen – Azmin

OLEH ERMIZI MUHAMAD

BATU CAVES, 12 OGOS : Perbincangan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) diputuskan menerusi perbincangan secara muafakat dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Pengarah Pilihanraya Pakatan Harapan, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan dijalankan membabitkan rundingan komponen semua parti bagi membolehkan Pakatan berjaya menawan Putrajaya pada PRU depan.

“Ini proses berterusan, perlu rasa adanya permuafakatan Pembangkang untuk melihat kemenangan dapat dicapai pada pilihanraya akan datang.

“Strategi perlu diatur melihat kemenangan itu dan telah saya nyatakan bahawa rundingan ini terus berjalan dan akan dilaporkan kepada semua pihak untuk mencapai objektif (kejayaan) itu,” katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung lantikan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang meletakkan Mohamed Azmin selaku Naib Presiden dan bertanggungjawab berkait aspek pilihanraya.

Pakatan Harapan dalam sidang medianya Khamis lalu mengumumkan pelantikan Timbalan Presiden KEADILAN itu dibuat bagi mengukuhkan lagi jawatankuasa pilihan raya yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Gabungan itu turut menamakan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraidah Kamaruddin sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, penstrukturan baru tu dibuat bagi mengisi kekosongan dalam struktur kepimpinan semasa.

Categories
NASIONAL

SPRM tetap heret pemimpin korup sekalipun menang PRU14

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 MEI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan bahawa pemimpin korup diheret ke muka pengadilan sekalipun memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya tidak teragak-agak bertindak sebaliknya kekal sebagai agensi melindungi kepentingan rakyat.

Katanya, ketegasan itu tidak melibatkan sebarang agenda peribadi dan sekadar bertujuan mahu SPRM dihormati dan disegani.

“Saya tidak mendapat apa-apa arahan daripada mana-mana pemimpin atau ahli politik.

“Bila Parlimen dibubarkan nanti, saya akan mengeluarkan kenyataan keras kerana ahli politik perlu terus bersih.

Datuk Dzulkifli Ahmad SPRM“Ada yang dapat kuasa kemudian jadi korup,” katanya dipetik Astro Awani.

Beliau dilapor berkata demikian ketika pertemuan bersama ketua pengarang organisasi media tempatan dalam Kaukus Khas Media Anti Rasuah, hari ini.

Pada masa sama, Dzulkifli berkata SPRM sudah memulakan siasatan kes melibatkan ahli politik termasuk kes berprofil tinggi.

“Bagaimanapun, SPRM tidak akan bertindak sehingga selesainya PRU14.

“Kami tidak mahu diheret ke dalam kancah politik kerana setiap kes pasti akan jadi modal pilihan raya,” katanya.