Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

PKP: Bas Smart Selangor, PJ City Bus angkut penumpang hanya 50 peratus

SHAH ALAM, 24 MEI: Hanya 50 peratus penumpang dibenar menaiki Bas Smart Selangor dan PJ City Bus dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula esok.

EXCO pengangkutan awam berkata perkara itu selaras dengan tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menangani peningkatan mendadak kes Covid-19 ketika ini.

“Kerajaan Negeri berharap semua pihak bekerjasama dengan menitikberatkan langkah pencegahan, menjaga kebersihan diri dan mematuhi arahan kerajaan dari semasa ke semasa di dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan wabak,” kata Ng Sze Han dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perkhidmatan kedua-dua bas itu beroperasi mulai 6 pagi hingga 9 malam termasuk penyusunan semula jadual operasi dan perjalanan akan dilaksana pihak berkuasa tempatan serta operator berkaitan.

Categories
SELANGOR

Gangguan perkhidmatan PJ City Bus pada 14 Julai

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 JULAI: Perkhidmatan PJ City Bus (laluan PJ 01) akan mengalami gangguan ekoran penutupan sementara Lebuhraya Baru Pantai Timur (NPE) bermula 2 hingga 11 pagi, pada 14 Julai ini .

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan, penutupan sementara lebuh raya itu bagi memberi laluan kepada program larian ‘IJM Allianz Duo Highway Challenge 2019’.

“Laluan perkhidmatan (PJ 01) akan beroperasi seperti biasa selepas Lebuhraya NPE dibuka semula kepada semua kenderaan pada 11 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Perancangan Pengangkutan, Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ di talian 03-7956 3544 sambungan 357/353 (waktu pejabat) atau Aduan MBPJ di talian 03-7954 2020.

 

Categories
PBT SELANGOR

Operasi PJ City Bus sehingga 12 tengah malam pada 16 Februari

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan perkhidmatan PJ City Bus sehingga jam 12 tengah malam bagi memudahkan orang awam ke Dataran Petaling Jaya untuk meraikan sambutan rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina peringkat negeri, yang akan berlangsung Sabtu ini.

Bas dua hala dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit bermula di Terminal Bas Taman Medan, LRT Taman Jaya dan LRT Taman Bahagia akan beroperasi untuk membawa pengunjung ke Dataran Petaling Jaya.

Penolong Pegawai Penguat kuasa MBPJ, Mohd Rizal Mohd Arif berkata, pihaknya juga menyediakan 4,009 petak letak kereta di sembilan lokasi secara percuma dan berbayar buat pengunjung yang datang menaiki kereta serta kawalan lalu lintas.

“Kita menempatkan lima anggota penguat kuasa bagi mengawal aliran trafik di Jalan Persiaran Barat bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang, manakala jumlah anggota bagi 4 petang sehingga 12 tengah malam pula seramai 30 orang.

“Bagi lokasi tempat letak kereta, orang awam boleh meletakkan kenderaan di Tempat Letak Kereta Awam Seksyen 10, Taman Jaya, AMCORP Mall, PJX, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kompleks C, Bangunan Persekutuan, ‘On Street Parking’ Seksyen 53 dan Kompleks A,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim, hari ini.

Katanya, orang awam dinasihatkan supaya mematuhi arahan ditetapkan bagi mengelakkan masalah tidak diingini berlaku.

Categories
SELANGOR

Bas percuma Petaling Jaya berjaya pengaruhi 19% pengguna kenderaan sendiri

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 OKT: Perkhidmatan Bas Percuma Petaling Jaya (PJ City Bus) berjaya mempengaruhi 19 peratus pengguna kenderaan persendirian menukar kepada pengangkutan awam.

Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Lee Suet Sen berkata perangkaan itu diperolehi menerusi satu kajian anjuran Bahagian Pengangkutan Bandar.

bas komunitiKatanya, berdasarkan Krejcie & Morgan (1970), 400 penumpang ditemubual bagi kajian yang berlangsung pada 14 hingga 18 September lalu.

“Kajian mendapati 19 peratus pengguna PJ City Bus merupakan bekas pengguna kenderaan persendirian sama ada kereta atau motosikal.

“Ini sangat positif memandangkan objektif utama PJ City Bus adalah memberi kesedaran kepentingan pengangkutan awam selain melancarkan pergerakan penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan.

PJ City Bus merupakan bas percuma pertama di Selangor dan satu-satunya yang disediakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Mula beroperasi pada 15 Mei 2014, perkhidmatan terbabit berjaya mencapai sehingga 9,000 penumpang setiap hari.

Suet Sen berkata, terdapat ruang untuk penambahbaikan khususnya berhubung waktu menunggu.

“Sasaran kita adalah 15 minit waktu menunggu, dan bagi mencapai hasrat ini jumlah bas perlu ditambah dalam Belanjawan 2016 MBPJ.

“Dicadangkan MBPJ mengaudit laluan PJ City Bus bagi masa akan datang,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

PJ City Bus diperluas, beri keselesaan golongan OKU

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 APR: Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) mengambil inisiatif untuk memperluas kawasan PJ City Bus bagi keselesaan golongan orang kurang upaya (OKU).

MPBJ sudah menambahbaik perkhidmatan sedia ada dengan  menambah jarak laluan kawasan SS 2/24 ekoran sambutan menggalakkan daripada penduduk Petaling Jaya,

Menurut satu kenyataan media MBPJ, laluan Pj City Bus terbahagi kepada dua meliputi PJ 01 yang bermula di hab jalan PJS 3/2 ke LRT Taman Jaya, manakala PJ 02 bermula di Stesen LRT Taman Jaya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

MBPJJarak kekerapan laluan bas pada setiap 25 minit dapat membantu memendekkan jlaluan pengguna dari pusat bandar ke destinasi yang dituju.

PJ City Bus berkuatkuasa pada 11 April ini dan pengguna dinasihatkan membaca peta laluan baru untuk mengelakkan kekeliruan.

MBPJ amat menggalakkan penduduk yang berada dan bekerja di Pusat Bandar Seksyen 25 untuk menggunakan kemudahan PJ City Bus bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

-NFN-