Categories
SELANGOR

Piala FA: Strategi tepat, komitmen tinggi pemain jaya PKNS FC ke akhir

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 2 MEI: Percaturan strategi tepat dan komitmen tinggi pemain adalah ramuan kejayaan PKNS FC melakar sejarah mara ke perlawanan akhir Piala FA tahun ini.

Pasukan Liga Perdana itu mempamerkan aksi membanggakan dengan mengalahkan Perak 2 – 1 di Stadium Perak, Ipoh, 30 April lalu seterusnya layak dengan agreget 4 – 3.

PKNS FC1Pengurus pasukan, Mahfizul Rasydin Ahmad Rashid, berkata sememangnya kejayaan dicipta itu penting bagi PKNS FC dalam usaha memburu kecemerlangan ke peringkat seterusnya.

“Kejayaan ini berpunca dari percaturan taktikal dan strategi dirancang serta semangat berpasukan dan komitmen tinggi dipamerkan pemain.

“Gol kemenangan dijaringkan Juan Cobelli menaikkan semangat pemain untuk terus menyusun pertahanan supaya tidak dibolosi hingga tamat perlawanan,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

PKNS FCPKNS FC sebelum itu seri 2 – 2 dengan Perak dalam perlawanan pertama di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Dengan kemenangan itu kelab dari Selangor itu bakal berhadapan dengan juara Liga Super, JDT dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, 14 Mei ini.

JDT mara ke akhir apabila mengalahkan Kedah dengan agreget 5 – 2.

Mengulas lanjut, beliau berkata, masih terlalu awal untuk perkara itu kerana PKNS FC perlu memberi tumpuan terhadap perlawanan Liga Perdanan terlebih dahulu.

“Kita menumpukan aksi menentang Kuantan FA esok (3 Mei) dalam misi membaiki kedudukan dalam liga dan layak ke perlawanan Piala Malaysia,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Piala FA: PKNS FC mahu cipta sejarah layak ke akhir

SHAH ALAM 29 APR: Melangkah sejauh separuh akhir dalam kempen Piala FA pencapaian cukup membanggakan namun bagi Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abdul Jabar, beliau menyimpan hasrat cukup tinggi melihat pasukan ini mara ke perlawanan akhir musim ini.

Katanya pemain semua kelihatan bersemangat menjelang aksi kedua separuh akhir di Ipoh nanti.

PKNS FC“Saya katakan kepada mereka – ayuh cipta sejarah buat PKNS FC. Kita tidak pernah layak ke perlawanan akhir jadi ini peluang terbaik untuk mereka merealisasikannya sekaligus mencipta kebanggaan buat diri sendiri dan keluarga.

“Tidak dinafikan Perak selaku pasukan Liga Super adalah pasukan yang kuat namun saya percaya dengan sokongan dari semua pihak termasuk pengurusan atasan dan juga warga kerja PKNS, kita mampu mencipta sesuatu di Ipoh Sabtu ini,” katanya dipetik di laman sesawang PKNS FC.

Dalam masa sama, Siti Zubaidah yakin barisan anak-anak buah E.Elavarasan sudah bersiap sedia termasuk penyerang berbisa mereka, Gabby Guerra.

“Gabby pemain yang profesional. Dia memberikan komitmen sepenuhnya ketika sesi latihan. Begitu juga para pemain lagi.

“Walaupun hanya 18 orang pemain sahaja yang akan dibawa ke Ipoh, kredit harus diberikan kepada para pemain lain kerana kejayaan yang kita kecapi setakat ini adalah hasil semangat sepasukan yang ditunjukkan” katanya lagi.

Perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Hang Jebat menyaksikan Perak dan PKNS FC terikat 2-2 selepas 90 minit permainan.

Kemenangan tidak kira berapa jaringan atau seri lebih dari dua jaringan bakal membawa The Red Ants mara ke pentas final Piala FA buat pertama kali dalam sejarah sekaligus muncul kelab dari badan korporat ketiga mara ke perlawanan akhir.

Sebagai rekod, Sime Darby muncul kelab pertama melakukannya pada tahun 2012 diikuti Felda United 3 tahun kemudian.

EZY

Categories
SELANGOR

Piala FA: PKNS FC tekad atasi cabaran Perak

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 APRIL: PKNS FC akan terus beraksi cemerlang memburu kemenangan ketika menentang Perak dalam separuh akhir pertama Piala FA 15 April ini.

Pengurusnya, Mahfizul Rasydin Ahmad Rashid, berkata kemenangan penting untuk diraih sebagai bekalan selesa bagi pertemuan pusingan kedua selepas itu.

Katanya, bagi mencapai sasaran pihak pengurusan berharap pemain dapat mengekalkan rentak dan prestasi ditunjukkan sepanjang kempen Piala FA musim ini.

PKNS FC 3“PKNS FC menggangap Perak pasukan pilihan kerana The Bos Gaurus dari Liga Super dan kita dari Liga Perdana lebih selesa sebagai ‘underdog’.

“Namun, kita optimis gandingan pemain tempatan dan import dalam PKNS FC berupaya memberi keputusan diharapkan dari perlawanan itu,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Menyedari Perak akan memberikan cabaran sengit, pengurusan dan jurulatih, E Elavarasan sudah mengenal pasti kelemahan pasukan daripada persembahan terdahulu untuk diperbaiki.

Ini bagi memastikan ia tidak berulang dalam memenuhi misi pasukan melangkah lebih jauh dalam saingan berkenaan.

The Red Ant layak ke separuh akhir dengan agregat 7-2 apabila mengalahkan Sime Darby FC 4-0 dan 3-2 dalam suku akhir.

Perlawanan separuh akhir pertama akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka, 15 April manakala peringkat kedua di Stadium Perak, Ipoh, 30 April.

-AA-

Categories
SELANGOR

Piala FA: PKNS FC ratah Sime Darby FC 4-0

SELAYANG, 20 MAC: PKNS FC kini hampir pasti sebelah kaki ke separuh akhir Piala FA apabila meratah Sime Darby FC 4-0 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

PKNS FC membawa pulang bekalan selesa tatkala Sime Darby FC yang dibimbing Abdul Ghani Malik jelas memerlukan keajaiban untuk menterbalikkan keputusan pada aksi kedua yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka, 2 April depan.

PKNS FC MenangSeparuh masa pertama menyaksikan Sime Darby FC menguasai perlawanan, namun ianya tidak bertahan lama apabila gerakan solo Gabriel Miguel Guerra pada minit kesembilan nyaris memberikan gol pendahuluan buat PKNS.

Pelawat yang agresif menyerang akhirnya memecah kebuntuan menerusi gerakan solo Matias Nicholas yang melepasi kawalan pertahanan Sime Darby dan meledak gol pembukaan pada minit ke-18.

Separuh masa kedua, terjahan keras Roskam ke atas Gonzalo Manuel Soto nyata membawa padah selepas dia dilayangkan kad kuning kedua dan diarah keluar padang pada minit ke-52.

Situasi ini dimanfaatkan sepenuhnya PKNS FC dan dua minit berselang, tandukan Juan Manuel Cobelli menggandakan kelebihan buat pelawat sekali gus selesa mendahului 2-0 selepas hampir sejam perlawanan berlangsung.

Pelawat terus menambah derita Sime Darby FC menerusi Cobelli yang meledak gol keduanya dalam perlawanan itu membolehkan PKNS melebarkan jurang kepada 3-0 pada minit ke-78.

Gawang Sime Darby bolos lagi pada minit ke-83, kali ini menerusi rembatan Mohd Nazrin Syamsulbahri untuk menutup malam gemilang PKNS di laman lawan.

EZY

Categories
SELANGOR

PKNS FC tekad buru kemenangan berterusan

SHAH ALAM 29 FEB: Skuad PKNS FC menemui rentak kemenangan apabila berjaya memperolehi kemenangan pertama dalam Liga Premier apabila berjaya menumpaskan ATM pada 26 Februari lalu.

PKNS FC 3Dengan kemenangan ini, PKNS FC memperohi tiga mata penuh untuk menduduki tangga kesembilan Liga Premier selepas tiga perlawanan.

Anak buah E Elavarasan terus menetap di Melaka bagi pertemuan seterusnya menentang Sime Darby pada hari ini, (Isnin, 29 Februari) di Stadium Hang Jebat.

EZY

Categories
SELANGOR

Keserasian pemain import faktor kemenangan PKNS FC

SHAH ALAM 21 FEB: Keserasian pemain import di bahagian serangan menjadi faktor kemenangan PKNS FC ke atas pasukan Liga Super, Terengganu dalam aksi Pusingan Ketiga Super Best Power Piala FA di Stadium Hang Jebat pada 19 Februari lalu.

Dipetik laman sesawang PKNS FC, Ketua jurulatihnya, E Elavarasan, berkata pemain import baru, Matias Hadwa dan Juan Cobelli digandingkan buat pertama kali dalam kesebelasan utama setelah tidak dapat diturunkan sebelum ini kerana belum mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC).

PKNS FC majuTewas dua kali sebelum ini, anak buah Elavarasan bermula baik walaupun hujan lebat mulai turun sebaik wisel permulaan ditiup dan Gabby Guerra banyak membuat larian yang merbahaya ke kawasan penalti Terengganu.

Dua rembatannya pada minit ke-11 dan ke-20 tersasar dan beliau juga berjaya membuat satu hantaran leret yang tidak dapat disudahi oleh Juan Cobelli.

Sementara itu, penjaga gol PKNS FC, G Jeevanathan yang diturunkan buat pertama kali banyak menyelamatkan keadaan dengan menepis rembatan dari luar kotak penalti oleh Morales dan juga rembatan jarak dekat oleh Norsharul.

Separuh masa kedua pula bermula dengan kedua pasukan banyak membuat serangan.

PKNS FC berjaya memperolehi gol pertama pada minit ke-47 dengan Guerra sekali lagi membuat larian dan membuat satu hantaran kepada Matias Nicolas Hadwa yang berada di dalam kotak penalti dan memperdaya pertahanan Terengganu lalu menewaskan penjaga gol Sharbinee Allawee.

Tersentak dengan gol tersebut, Terengganu tidak mudah berputus asa dan mendapat gol penyamaan melalui Fakrurrazi yang mendapat hantaran dari Vincent Bikana.

Pada minit ke-73, Guerra sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Terengganu apabila sepakan percumanya tepat ke kaki Soto untuk menjaringkan gol kedua PKNS FC.

Sepakan penalti yang disudahkan oleh Guerra pada minit terakhir perlawanan menambahkan lagi kekecewaan untuk Terengganu apabila Matias Nicolas Hadwa dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh penjaga gol Sharbinee.

Kemenangan ini merupakan suntikan moral buat PKNS FC untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.

EZY

Categories
SELANGOR

Piala FA: PKNS FC buat kejutan tewaskan Terengganu

SHAH ALAM 20 FEB: Wakil Liga Perdana, PKNS FC melakar kejutan selepas mengalahkan bekas juara dua kali Piala FA, Terengganu 3-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Tiga gol skuad Semut Merah dijaringkan Matias Nicolas Jadue Gonzalez pada minit ke-46, Gonzalo Manuel Soto (m73) dan sepakan penalti Gabriel Miguel Guerra pada masa kecederaan babak kedua manakala gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan Muhammad Fakrurrazi Musa pada minit ke-60.

PKNS FC LayakJuara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mara ke pusingan ketiga Piala FA selepas menang ke atas lawan masing-masing di pusingan kedua, hari ini.

JDT melakar kemenangan selesa 5-0 ke atas wakil kelab dari Liga Perdana, UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam menerusi jaringan Amri Yahyah pada minit ke-13, S. Chanturu (m-32 dan 36), Amirulhadi Zainal (m45) dan Jorge Pereyra Diaz (m71).

Pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada penghujung perlawanan selepas Amirulhadi diperintah keluar padang oleh pengadil, Khairul Rizal Ismail kerana memijak pemain UiTM FC.

Dalam pada itu, kesilapan kapten pasukan DRB-Hicom FC, Godwin Antwi Birrago yang menjaringkan gol ke gawang sendiri pada minit ke-103 menyaksikan PDRM menang 2-1 ke atas tuan rumah.

Perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi 90 minit.

Ivan Babic meletakkan DRB-Hicom FC di hadapan seawal minit kelapan sebelum Christopher Keli menyamakan kedudukan untuk PDRM pada minit ke-20 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Proton, Tanjung Malim, Perak.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, juara tiga kali Piala FA, Kedah mara ke pusingan ketiga selepas berpesta gol menerusi kemenangan 8-0 ke atas kelab Liga FAM, Megah Murni.

Pemain import dari Brazil, Carlos Eduardo meledak jaringan hatrik pada minit ke-36 dan minit ke-89, sebelum menyempurnakan sepakan penalti, selang seminit kemudian.

Lima gol Kedah dihasilkan Azmeer Yusof pada minit kelima, Sandro Da Silva (m12), Mohd Syazwan Zainon (m24,38) dan Mohd Amirul Hisyam Awang Kechik (m27).

Turut mara ke pusingan ketiga adalah finalis Piala FA 2012, Sime Darby FC yang menundukkan Johor Darul Ta’zim II 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang hasil jaringan Nazrul Kamaruzaman pada minit ke-25 dan Muhd Shazlan Abu Samah pada minit ke-52.

Dalam pada itu, jaringan tunggal pemain import dari New Zealand, Kayne Vincent pada minit ke-71 membantu Perlis mengalahkan kelab Liga FAM, Felcra FC 1-0.

Di Stadium Darul Makmur, jaringan pemain import dari Argentina, German Ezequiel Pacheco pada minit ke-111 membantu Pahang FC mengalahkan Terengganu FC II 2-1.

Kedua-dua pasukan sebelum itu seri 1-1 pada aksi penuh 90 minit dengan Safawi Rashid mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan seawal minit kelapan sebelum Pacheco menyamakan kedudukan untuk Pahang FC pada minit ke-45.

EZY

Categories
SELANGOR

PKNS FC sasar layak ke saingan elit

SHAH ALAM 12 FEB: PKNS FC menyasarkan memperbaiki kedudukan terbaik liga bagi memastikan untuk layak ke saingan elit bolasepak negara.

Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abd. Jabar, berkata sasaran itu realistik dengan pengalaman Ketua Jurulatih, E Elavarasan serta adunan pemain lama dan baru bagi mengharungi saingan lebih sengit pada musim ini.

“Kami sedar sasaran ini bukanlah satu perkara yang mudah berdasarkan kualiti yang ada pada pencabar-pencabar kejuaraan seperti Johor Darul Takzim II, Sabah, Negeri Sembilan, Perlis dan pasukan-pasukan lain.

PKNS FC“Namun begitu, kami tetap optimis memberikan saingan menerusi adunan beberapa pemain berpengalaman seperti P.Gunalan, M.Sivakumar, Shahrul Azhar Ture serta pemain-pemain yang semakin meningkat naik seperti Khairu Azrin, Nazrin Syamsul dan Alif Haikal” kata beliau dipetik laman sesawang SelangorPKNS FC.

Bagi musim ini, PKNS FC turut menerima kehadiran beberapa muka baru tempatan seperti Remezey Che Ros yang kembali bersama pasukan, Khairul Ramadan, Shakir Ali, Farid Ramli dan beberapa lagi pemain.

Ketiadaan penyerang import sensasi musim lalu, Patrick Ronaldinho Wleh yang dipinjamkan ke Selangor dirasai namun pengurusan pasukan yakin pemain import yang baru, Juan Manuel Cobelli dari Argentina serta pemain kebangsaan Palestin, Matias Jadue mampu mencipta persefahaman baik bersama dua lagi pemain import dikekalkan iaitu Gonzalo Manuel Soto dan Gabriel Miguel Guerra.

“PKNS FC tidak mempunyai pemain berstatus bintang namun saya percaya kemampuan pemain kita ada” kata Zubaidah.

“Apa yang saya lihat berdasarkan persiapan pasukan pada pra-musim, pemain menunjukkan komitmen tinggi, berdisiplin, semangat berpasukan dan yang paling penting mereka bermain untuk menaikkan imej PKNS sendiri” tambahnya lagi.

PKNS FC juga turut mewarnai saingan Piala Presiden dalam usaha melaksanakan program pembangunan bolasepak dan melahirkan bakat-baru.

Malah, pengurusan turut menyediakan pasukan bagi saingan Liga FAS selain menyediakan peruntukan secukupnya untuk Akademi PKNS FC.

EZY

Categories
SELANGOR

PKNS FC rela Ronaldinho ke pasukan ‘abang’

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 20 JAN: PKNS FC akhirnya bersetuju melepaskan penyerang profilik mereka, Patrick Ronaldinho Wleh kepada pasukan Selangor yang dianggap ‘abang’ secara pinjaman selama setahun.

Presidennya, Siti Zubaidah Abd Jabar, berkata perkara itu dipersetujui setelah beberapa siri perbincangan diadakan bersama pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

pengurus bola pkns“Kami lepaskan Ronaldinho demi pembangunan bola sepak Selangor dan walaupun beliau tidak lagi bersama pasukan, saya percaya ia tidak menjejaskan semangat dan fokus pemain lain untuk menghadapi saingan Liga Premier musim ini.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Ronaldinho dan semoga penyertaan ke Selangor dapat menjadikan beliau seorang pemain yang lebih baik dan membantu Red Giants mencapai kejayaan lebih gemilang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Dewan Annex, SUK, di sini hari ini.

Simbolik penyertaan Ronaldinho ke Selangor turut dihadiri Pengurus Pasukan Selangor, Amirudin Shari.

Pada masa sama, Zubaidah berkata, PKNS FC dan FAS akan terus bekerjasama dalam pertukaran pemain pada masa akan datang di samping mendokong usaha pembangunan bakat baru bola sepak di Selangor.

Sebelum ini, PKNS FC melepaskan pemain muda berbakat, Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham kepada Selangor.

-AA-

Categories
SELANGOR

PKNS FC uji pemain import keempat tambah ‘sengat’

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 16 JAN: PKNS FC kini menguji beberapa pemain import untuk diserapkan dalam skuad The Red Ants bagi menghadapi saingan mencabar Liga Perdana musim ini.

Bagaimanapun, pengurus pasukan, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid, berkata jurulatih bakal menjalankan ujian terperinci bagi mengenal pasti pemain layak bagi memenuhi kuota keempat dan kehendak pasukan.

PKNS_FC“Terdapat lebih kurang tujuh pemain import antaranya dari Indonesia, Uzbekistan dan Amerika Selatan sedang menjalani sesi ujian ketika ini dan kita akan meneliti kemampuan mereka.

“Pemilihan akan dibuat jurulatih bagi memenuhi kehendak pasukan dan tumpuan tentunya di bahagian serangan selepas penghijrahan Ronaldinho,” katanya kepada SelangorKini.

Slot keempat tenaga import PKNS FC kosong berikutan Patrick Ronaldinho Wleh, pemain berasal Liberia berhijrah ke Selangor musin ini.

Selain mengekalkan dua tunggak import sedia ada dari Argentina, Gonzalo Soto dan Gabriel Guerra, PKNS FC baharu sahaja menandatangani pemain Uzbekistan, Kamoliddin Tajiev, 32, dari kelab Pakhtakor Tashkent.

Mahfizul berkata, PKNS FC tidak akan terburu-buru membuat pilihan untuk memenuhi kuota itu dan usaha membina skuad mantap turut ditekankan dengan pemilihan pemain berkualiti di kalangan pemain tempatan.

“Latihan berterusan kini dan beberapa siri perlawanan persahabatan dihadapi memberi gambaran kepada jurulatih dalam usaha membentuk skuad PKNS berwibawa,” katanya.

Musim ini, PKNS FC walaupun kehilangan beberapa pemain tetapi diperkuatkan dengan kehadiran tenaga baharu tempatan antaranya Mohd Remezey Che Ros dan Mohd Farid Ramli (Pulau Pinang), Khairul Ramadhan Zauwawi (Terengganu), Ahmad Shakir Mohd Ali (Kedah).

Turut serta Yusaini Hafiz Chee Saad dan S Thinagaran (ATM FC), Shahurain Abu Samah (PDRM FC) dan Mohd Zaiza ZAinal Abidin (Pahang).

EZY

Categories
SELANGOR

PKNS FC sambut baik tawaran tajaan Megah Perawan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 16 JAN: Minat ditunjukkan syarikat produk kosmetik menaja pasukan bola sepak dalam Liga Malaysia (Liga M) membuktikan nilai komersial dimiliki liga berkenaan.

Terbaharu, PKNS FC dikatakan bakal ditaja Megah Perawan Sdn Bhd (Megah Perawan) membabitkan jumlah besar hingga mencecah jutaan ringgit.

PKNS_FCPengurusnya, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid, berkata bagaimanapun perbincangan lanjut akan dijalankan antara kedua-dua pihak dalam masa terdekat.

“Kita menyambut baik minat ditunjukkan Megah Perawan untuk menaja PKNS FC dan tentunya ia akan membawa kebaikan bagi perkembangan pasukan dalam menghadapi saingan Liga Perdana musim ini.

“Ia juga perubahan baik untuk Liga M yang dilihat mempunyai nilai komersial,” katanya kepada SelangorKini di sini.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun menjelaskan berbeza dengan apa ditetapkan Vida Beauty Sdn Bhd ketika menaja Kelantan, Megah Perawan tidak meletakkan syarat pelik untuk tujuan sama.

Katanya, kesungguhan syarikat terbabit membuktikan minat mendalamnya menaja dan membantu PKNS FC bagi pembangunan bola sepak.

“Kita akan beroleh faedah besar dalam tajaan khususnya pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dan seterusnya untuk Selangor,” katanya.

Berhubung persiapan pasukan, katanya, PKNS FC giat menjalani latihan dan menetang Sarawak dalam perlawanan persahabatan di Kompleks Sukan PKNS, pada hari ini, 16 Januari.

EZY

Categories
SELANGOR

Megah Perawan ‘mungkin’ jadi penaja PKNS FC

SHAH ALAM 14 JAN: Perawan Sdn Bhd (Megah Perawan) ‘berkemungkinan’ menjadi penaja Pasukan bola sepak PKNS FC untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

PKNS FC mengadakan perbincangan awal ke arah penajaan di pejabat produk kosmetik terbabit yang dihadiri oleh Pengasasnya, Nurzarina Zakaria dan Pengarah Urusan Megah Perawan, Khairilaziry Wahid, Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abd Jabar serta Setiausaha Kehormat PKNS FC, Md Adi Harmizi Ariffin.

PKNS_FC“Kami hari ini mengadakan perbincangan bersama PKNS FC dan ia masih dalam perbincangan kerana kedua-dua perlu meneliti syarat dikenakan.

“Saya akan meneliti syarat dalam masa dua tiga hari lagi selepas itu perbincangan kali kedua akan diadakan minggu depan,” kata Khairilaziry dipetik BH Online.

EZY