Categories
AGENDA NASIONAL

Pokok tumbang sekitar ibu negara akibat hujan lebat, ribut petir

KUALA LUMPUR, 25 JAN: Hujan lebat dan ribut petir semalam mengakibatkan kejadian pokok tumbang di lima kawasan di sekitar ibu negara namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan kawasan terlibat dalam kejadian 4 petang itu adalah berhampiran Sekolah Rendah Wangsa Jaya Seksyen 4 Wangsa Maju, Lebuhraya Karak sebelum Plaza Tol Gombak, Jejantas MRR2 Ampang, PSN Rejang Setapak Jaya dan Jalan Padang Tembak.

“Kejadian tersebut turut menyebabkan enam kenderaan rosak akibat dihempap pokok dan menghalang lalu lintas.

“Kerja-kerja memotong pokok di laluan tersebut selesai kira-kira 5.51 petang,” menurut kenyataan itu.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, BBP Gombak Selatan, BBP Keramat dan BBP Setapak mengalihkan pokok tumbang di semua lokasi terjejas.

– BERNAMA

Categories
AGENSI SELANGOR

Pokok tumbang hempap kereta, dua beranak selamat

SHAH ALAM, 30 SEPT: Berpantang maut sebelum ajal, demikian detik cemas dilalui dua beranak yang terselamat selepas kenderaan dinaiki dihempap pokok tumbang di Jalan Raja Nong menghala ke Taman Sentosa, Klang pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata insiden tersebut melibatkan sebatang pokok getah setinggi 80 kaki tumbang melintang jalan dan menghempap kereta jenis Proton Exora yang dipandu seorang bapa berumur 50-an.

“Kereta tersebut turut dinaiki anak lelakinya berusia 17 tahun,” katanya.

Menurut Norazam dua beranak itu berjaya keluar sendiri dari kenderaan tersebut tanpa sebarang kecederaan sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.22 pagi.

Pihak bomba telah memotong dan mengalihkan pokok tersebut.

– BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Empat parah kejadian pokok tumbang di Gombak

KUALA LUMPUR, 28 MAC: Empat orang dilaporkan cedera parah, dua daripadanya dipercayai akibat renjatan elektrik, susulan kejadian pokok tumbang di sebuah rumah kebajikan di Batu 11, Jalan Gombak, di sini hari ini.

Dalam kejadian petang tadi itu, beberapa pokok tumbang dan menghempap Pondok Penyayang Raudhah yang menempatkan kira-kira 30 penghuni susulan hujan lebat lebih satu jam di sekitar ibu negara.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, dua lelaki berusia 30-an yang cuba mengalihkan pokok tumbang dilaporkan terkena renjatan elektrik di lokasi kejadian.

“Dua lagi lelaki parah akibat dihempap pokok manakala empat lagi individu terdiri daripada tiga wanita serta seorang lelaki pula dilaporkan cedera ringan,” katanya kepada Bernama, sambil menambah, penghuni rumah kebajikan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan susulan insiden yang menyebabkan kerosakan 20 peratus di premis berkenaan.

Norazam berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Wangsa Maju bersama empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan. -BERNAMA

Categories
NASIONAL

Pokok tumbang depan KLCC, dua cedera dihempap

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 5 MAC : Pembonceng dan penunggang motosikal dilaporkan cedera parah akibat terhempap sebatang pokok di Jalan Ampang berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pagi tadi.

Berdasarkan laporan Kosmo!, pokok sebesar dua pemeluk itu tumbang kira-kira 7.30 pagi tadi sebelum menghempap dua individu berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Tun Razak dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

“Sejurus tiba di lokasi, kita dapati dua mangsa yang merupakan penunggang dan pembonceng sebuah motosikal cedera akibat kejadian tersebut.

 

Foto Sumber: Facebook/ BH ONLINE

=EZY=

Categories
NASIONAL

Remaja maut pokok tumbang ketika majlis kenduri

PARIT 8 OKT: Seorang remaja maut akibat dihempap khemah selepas sebatang pokok kelapa sawit yang dikatakan berusia 20 tahun tumbang di majlis kenduri tahlil di Kampung Bukit Chawi di sini semalam.

Dalam kejadian jam 2.25 petang itu, Muhamad Khairul Syamril Sauffi, 13, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil Shah dikatakan sedang mengambil makanan.

Dia dihantar ke Klinik Kesihatan Ulu Dedap dan disahkan meninggal dunia. Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Changkat Melintang.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.

Adik mangsa Mohamad Shahril, 12, berkata dia bersama abangnya serta dua lagi rakan mereka sedang menunggu giliran untuk mengambil makanan.

Pokok tumbang1“Tiba-tiba ada pokok kelapa sawit tumbang mengenai khemah lalu menghempap kami, tetapi abang lebih teruk kerana kepalanya terkena pokok dan besi khemah sebelum dia jatuh seperti sedang bersujud.

“Saya hanya mengalami luka kecil, manakala dua lagi rakan kami cedera dan turut dirawat di hospital,” katanya.

Ibu mereka Hafizah Paed, 33, berkata anak sulung dari 6 beradik itu sebelum itu meminta izin untuk pergi ke majlis kenduri tersebut yang tidak jauh dari rumah mereka.

“Memang saya rasa berat hati untuk membenarkan dia pergi kerana ketika itu hari hujan selain tetamu lain sudah pulang. Namun dia nak pergi juga. Saya pesan pada dia supaya cepat pulang,” katanya.

SUMBER: BERNAMA