Categories
SELANGOR

PKNS tanam pokok kesejuta di Taman Sains Selangor 2

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 29 OGOS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mencatat sejarah apabila berjaya menanam pokok yang kesejuta sejak 1964.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata kejayaan penanam pokok kesejuta itu diadakan di bandar kesebelasnya, Taman Sains Selangor 2 (SSP2), di sini, hari ini.

Kira-kira 50 warga kerja PKNS menjadi sukarelawan menanam pokok di sekitar tasik di Taman Sains Selangor 2, CyberjayaKatanya, penanaman pokok itu bersempena Sambutan Jubli Emas PKNS pada tahun ini.

“Sejak 1964, pelbagai pokok yang PKNS tanam antaranya adalah Bucida Buciras, Khaya Senegalensis, Samanea Saman, Euginia Glauca, Ficus Elastica dan Tabebuia Rosea.

“Manakala, pokok yang ditanam hari ini adalah jenis Casuarina Sumatrana (Rhu Sumatrana),” katanya dalam satu kenyataan media.

PKNS ditubuhkan 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor sebagai badan korporat dan agensi untuk pembangunan peringkat negeri.

Beliau berkata, pertubuahan PKNS bertujuan menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara.

Warga kerja PKNS bergotong - royong menanam pokok di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya“Sejak 50 tahun yang lalu, PKNS sudah memupuk semangat cintakan kehijauan pokok yang memberikan keselesaan dan kesejahteraan kehidupan seharian kepada masyarakat,” katanya

“Selain itu, pelbagai program lain dianjurkan PKNS bagi memeriahkan lagi sambutan ke-50 antaranya Konvensyen Tahunan Integriti 2014, Cabaran Boling Jubli Emas PKNS bersama media dan Cabaran Memancing Kota Puteri,” katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

PKNS tanam pokok ke-sejuta

Oleh: PKNS

SEPANG, 28 OGOS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mencatat sejarah apabila berjaya menanam pokok yang ke sejuta sejak 1964 sehingga kini di bandar ke sebelasnya, Taman Sains Selangor 2 (SSP2), di sini, hari ini.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, penanaman pokok yang ke sejuta itu diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas PKNS pada tahun ini.

“Sejak 50 tahun yang lalu PKNS sudah memupuk semangat cintakan kehijauan pokok yang berperanan penting dalam memberikan keselesaan dan kesejahteraan kehidupan seharian kepada masyarakat.

“Kita telah menanam pelbagai jenis pokok di semua bandar yang PKNS bangunkan bagi meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar,” katanya.

Ishak berkata lagi, program berkenaan juga merupakan inisiatif berterusan PKNS terhadap memelihara alam sekitar selain menggalakkan penglibatan warga PKNS, komuniti, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan profesional.

“Pokok yang ditanam hari ini ialah jenis Casuarina Sumatrana (Rhu Sumatrana), sejak 1964 pelbagai pokok yang telah PKNS tanam antaranya ialah Bucida Buciras, Khaya Senegalensis, Samanea Saman, Euginia Glauca, Ficus Elastica, Tabebuia Rosea dan banyak lagi,” katanya.

Program berkenaan mendapat kerjasama penuh Institut Arkitek Lanskap Malaysia (ILAM) dan dirasmikan oleh Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah.

Sepanjang Ogos ini pelbagai program yang telah dan akan dianjurkan oleh PKNS bagi memeriahkan lagi sambutan 50 tahun, antaranya sepeti Konvensyen Tahunan Integriti 2014, Cabaran Boling Jubli Emas PKNS bersama Media, Cabaran Memancing Kota Puteri serta banyak lagi.

PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai badan korporat dan agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio ekonomi di Selangor, bertujuan untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara. Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.

Categories
SELANGOR

Lebih 700,000 pokok ditanam jayakan kempen Hijaukan Bumi

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 JUN: Bagi menjayakan kempen Hijaukan Bumi di seluruh negara, Selangor turut menyumbang lebih 700,000 batang pokok seluruh negeri setakat tahun 2013.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, berkata inisiatif yang dijayakan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor itu juga sebagai langkah menangani perubahan iklim.

Katanya, Kerajaan Negeri turut mengambil beberapa langkah lain melalui pelaksanaan kempen dan dasar bagi menjayakan usaha itu.

tanam pokok mbsa 01“Antaranya kita ada kempen Hari Tanpa Beg Plastik, kempen 10-10 dalam menangani perubahan iklim dan kempen guna semula bekas makanan di bangunan kerajaan.

“Selain itu, kita juga ada kempen Rakan Alam Sekitar yang diselaraskan Jabatan Alam Sekitar membabitkan wakil rakyat secara ‘hands on’,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan berhubung rancangan Kerajaan Negeri dalam usaha menyahut kempen ‘Hijaukan Bumi’ bertujuan menjaga kualiti alam.

elizabeth-sidang-dun-blue-01Kempen Hijaukan BUmi dilancarkan pada 22 April 2010 oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada ketika itu, Datuk Seri Douglas Unggah Embas dengan tema Hijaukan Bumi: Satu Warga, Satu Pokok.

Kempen berkenaan dilancarkan sempena Hari Bumi Sedunia untuk menanam 26 juta pokok menjelang 2014.

Angka 26 juta dipilih berdasarkan kira-kira 26 juta penduduk Malaysia pada ketika itu.

-NFN-