Categories
NASIONAL

‘Batal GST’, ‘Tolak GST Undi Keadilan’ warnai penamaan calon

Oleh: NORHAYATI UMOR

BUKIT MERTAJAM, 25 APR: Suasana tenang dan terkawal ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Cuaca sedikit mendung ekoran hujan lebat malam tadi mengiringi proses penamaan.

10995531_10206426912262755_432025814462780788_nSetiap calon diarak bersama pimpinan tertinggi masing-masing dan dengan sepanduk dan bendera bermula dari kawasan yang ditetapkan.

Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan ceria di samping pimpinan tertinggi dari gabungan Pakatan Rakyat (PR).

Dianggarkan lebih 1,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul dan berarak mengiringi Wan Azizah ke tempat penamaan calon.

Penyokong hadir turut membawa bendera Pakatan Rakyat, sepanduk ‘Batal GST’, ‘Tolak GST Undi Keadilan’, ‘Jangan Cukai Anak Kita’ sambil melaungkan slogan keramat ‘Reformasi’ dan ‘Lawan tetap Lawan’.

Wan Azizah turut diiringi pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ; Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

PRK Permatang PauhMereka berkumpul pada jam 7.30 pagi di Simpang Mengkuang Titi.

Turut hadir Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Xavier Jayakumar berserta 1,000 penyokong.

Sementara menunggu permohonan calon dikemukakan, Mohamed Azmin sempat bersemuka dan bergambar dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau turut bersua muka dengan pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

CDZ9frjUUAAVnAcPimpinan tertinggi PKR, meninggalkan pekarangan pusat penamaan pada jam 10.40 selepas pengumuman calon selesai.

Manakala Bendera Barisan Nasional (BN) dan PKR kelihatan di dua laluan pertembungan parti itu sepanjang tiga Kilometer ke aras IKBN.

Keadaan trafik sesak sepanjang empat kilometer dari IKBN menuju Pusat Bandar Bukit Mertajam.

Polis Pulau Pinang memberitahu seramai 300 pegawai dan anggota polis bertugas sepanjang proses penamaan calon berkenaan.

EZY

Categories
NASIONAL

Azmin: PAS & PKR capai kata sepakat perhebat kempen PRK

Oleh: NORHAYATI UMOR

BUKIT MERTAJAM, 25 APR: PAS dan PKR mencapai kata sepakat bagi melancarkan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata kata sepakat itu dicapai dalam mesyuarat bersama pimpinan malam tadi.

“Saya mengadakan perjumpaan bersama pimpinan PAS dan PKR, kita mencapai kata sepakat yang sangat baik.

Azmin“Dua-dua parti memberikan penjelasan terhadap isu berbangkit sebelum ini,” katanya kepada pemberita, di sini pada penamaan calon PRK Parlimen Permatang Pauh.

Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor berkata mesyuarat itu terdiri daripada Timbalan Presiden, Mohamad Sabu ; Timbalan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Datuk Salleh Man dan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan.

Manakala pimpinan PKR terdiri daripada Mohamed Azmin, Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Adun Seberang Jaya, Dr Afif Baharuddin.

“Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Mesyuarat berjalan dengan lancar. Kedua-dua pihak gembira.

“Kita akan pastikan kemenangan besar di sini. Jadi pihak media jangan putar belit perkara ini lagi,” katanya.

Beliau turut menafikan permintaan maaf atas isu sebelum ini.

“Tiada permintaan maaf kita berikan penjelasan setiap pihak itu sahaja. Jangan putar belitkan isu ini, kita akan menangkan calon kita,” katanya.

Mohamed Azmin memberitahu mesyuarat itu diadakan sebelum pengumuman calon malam tadi.

“Terima kasih PAS Pusat kerana membuat keputusan yang akan bantu menjalankan kerjasama ini dengan baik,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Kempen bermula, Wan Azizah “Buka Meja Pisang Goreng” 3 petang

BUKIT MERTAJAM 25 APR: Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memulakan Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sebaik penamaan calon selesai di Institut Kemahiran Belia Nasional (IKBN) di sini.

Wan Azizah dijadualkan menemui pengundi pada program rasmi pertamanya di Program Pentas Wanita “Buka Meja Pisang Goreng di Dataran Rakyat Penanti Jalan Guar Perahu pada 3.00 petang.

11162504_893225504053486_4758690720031545681_nKemudian beliau bersama-sama dalam program Kayuh Basikal Edar Risalah pada 4.00 petang disusuli pelancaran petisyen Bebas Anwar.

Pada sebelah malam, Wan Azizah dijadualkan bersama-sama dalam Program Diskusi Anak Muda di Tapak Ekspo Seberang Jaya jam 8.00 malam kemudian ke program Jelajah Masjid Siri keenam di Masjid Semilang Sebarang Jaya.

Beliau pada jam 9.00 malam berada di pelancaran bilik gerakan besar Pakatan Rakyat di Simpang Tiga Masjid Kubang Semang.

Sementara itu Harakah Daily melaporkan PAS Permatang Pauh melancarkan jenteranya membantu Pakatan Rakyat di Dewan Haji Yusof Rawa, Sama Gagah jam 9.00 malam ini.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Hassan Omar berkata semua jentera PAS kawasan terlibat dengan majlis tersebut.

Wan AzizahKatanya, Pengarah Pilihan raya Induk PRK Permatang Pauh yang juga Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut sama pada majlis itu.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pada penamaan calon PRK Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam pagi ini.

Parlimen Permatang Pauh mempunyai 71,890 pengundi berdaftar terdiri daripada 71,252 pengundi biasa, 627 pengundi awal dan 11 pengundi tidak hadir luar negara.

Pengundian awal akan diadakan pada 3 Mei di Dewan Gemilang Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dan pengundian biasa pada 7 Mei di 25 buah sekolah di kawasan itu.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah pilihan raya kecil ke-10 selepas pilihan raya umum ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

EZY

Categories
NASIONAL

PRK Permatang Pauh: Pertembungan 4 penjuru 7 Mei

Oleh: NORHAYATI UMOR

BUKIT MERTAJAM, 25 APR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, P044 bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR, BN dan Bebas.

Pegawai Pengurus Pilihanraya bagi PRK Permatang Pauh, Jusni Ismail mengumumkan menerima empat pencalonan.

Empat calon iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada PKR dan Suhaimi Sabudin daripada Barisan Nasional (BN).

Manakala calon bebas Salleh Ishak, 53, dan peniaga Azman Shafie, 50.

Salleh merupakan calon pertama yang tiba di pusat penamaan diikuti dengan Suhaimi dan Azizah kira-kira 300 meter bersama penyokong masing-masing.

Wan AzizahWan Azizah menyerahkan borang percalonan nama kira-kira jam 9.05 pagi.

Wan Azizah kelihatan memakai baju kurung biru bertudung merah jambu diarak bersama ratusan penyokong.

Beliau diiringi Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ; Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Anak beliau Nurul Nuha Anwar turut kelihatan.

Mereka berkumpul pada jam 7.30 pagi di Simpang Mengkuang Titi.

Turut hadir Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Xavier Jayakumar.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh pada Sabtu depan dan pengundian pada 7 Mei.

 

Categories
NASIONAL

PRK Permatang Pauh: Pimpinan & penyokong Pakatan iringi DS Dr Wan Azizah ke pusat penamaan calon

BUKIT MERTAJAM 24 APR: Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Berapit di sini, kira-kira jam 8.13 pagi tadi.

Beliau mula memasuki pekarangan IKBN pada 8.55 pagi untuk menyerahkan borang penamaan.

Kira-kira lebih 1,000 orang penyokong Pakatan Rakyat  berkumpul dan berarak mengiringi Wan Azizah ke tempat penamaan calon.

Penyokong hadir turut membawa bendera Pakatan Rakyat, sepanduk ‘Batal GST’, ‘Tolak GST Undi Keadilan’, ‘Jangan Cukai Anak Kita’ sambil melaungkan slogan keramat ‘Reformasi’ dan ‘Lawan tetap Lawan’.

Beliau turut diiringi pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat antaranya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali

WAWI PRK

TVSelangor turut membawakan siaran langsung Penamaan Calon PRK bermula jam 7.30 pagi.

Orang ramai boleh mengikuti siaran itu dengan melayari laman dihttp://tv.selangorku.com.

Sementara itu petugas media membuat persiapan rapi sejak 7 pagi di IKBN Bukit Mertajam.

Beberapa peniaga kelihatan mendirikan gerai di Jalan Berapit seawal jam 7 pagi, polis turut memasang kawai dawai besi berhampiran pusat penamaan calon.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu, menolak petisyen pengampunan diraja Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

BN mempertaruhkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, 43, sebagai calon.

Parlimen Permatang Pauh mempunyai 71,890 pengundi berdaftar terdiri daripada 71,252 pengundi biasa, 627 pengundi awal dan 11 pengundi tidak hadir luar negara.

Pengundian awal diadakan pada 3 Mei di Dewan Gemilang Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dan pengundian biasa pada 7 Mei di 25 buah sekolah di kawasan itu.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah pilihan raya kecil ke-10 selepas pilihan raya umum ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

Sembilan pilihan raya kecil sebelum ini adalah PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013); PRK DUN Sungai Limau, Kedah (4 November 2013); PRK DUN Kajang, Selangor (23 Mac 2014);

PRK DUN Balingian, Sarawak (29 Mac 2014); PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang (25 Mei 2014); PRK Parlimen Teluk Intan, Perak (31 Mei 2014); PRK DUN Pengkalan Kubor, Kelantan (25 September 2014); PRK DUN Chempaka, Kelantan (22 Mac 2015); dan PRK Parlimen Rompin (5 Mei 2015).

EZY

Categories
NASIONAL

Tepukan gemuruh laungan reformasi sebaik DS Dr Wan Azizah diumum calon

Oleh: NORHAYATI UMOR

SEBERANG JAYA, 25 APR: Dewan Seberang Perai Arena dibanjiri penduduk dan pimpinan negeri yang dilihat tidak sabar untuk mendengar pengumuman calon PKR Parlimen Permatang Pauh.

Lebih 1,000 hadir di dewan terbabit seawal 7.30 petang.

Rata-rata mereka mula berkumpul di pekarangan tempat letak kereta dan di dalam dewan.

CDXaLb_UMAAioJ1Sejurus sebaik diumumkan calon PKR yang meletakkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, tepukan gemuruh dan laungan reformasi diberikan.

Sebelum itu, majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti lagu Negeri Pulau Pinang serta Keadilan.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tiba kira-kira jam 9.50 malam.

Majlis dimulai dengan ceramah ringkas oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Antaranya Pengarah Pilihan Raya Negeri, Abd Malik Kassim, Pengerusi DAP negeri dan Chow Kuan Yeow.

Selain itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Ketua Wanita DAP, Chong Eng, Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin.

Tayangan video juga dipaparkan mengenai perjalanan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

11053533_10202557968988697_6824147199816350299_nSebagai penutup, bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Sobri Hassan.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Turut hadir Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Dr Xavier Jayakumar.

EZY

Categories
NASIONAL

Azmin: “Calon PKR, umur tidak muda tapi semangat kuat”

Oleh: NORHAYATI UMOR

PENANTI, 24 APR: “Umur tidak muda tapi semangat kuat. Alhamdulillah..” demikian reaksi Timbalan Presiden PKR memberikan petunjuk calon yang diumumkan malam ini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika ditanya mengenai calon PKR yang bertanding dengan calon muda dari Barisan Nasional (BN).

AzminMengulas mengenai calon BN, Suhaimi Sabudin, Mohamed Azmin menganggap BN tidak mempunyai calon terbaik.

“Itu calon dia (BN). Itu saja yang ada sekarang.

“Muda, bertenaga dan semangat muda. Muda ini jangan ikut umur, ada orang muda tapi pengecut,” sindirnya.

Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya golongan muda berani menentang kemungkaran, rasuah dan kezaliman.

“Jadilah muda berprinsip. Berani menentang rasuah, kezaliman dan kemungkaran,” katanya kepada Selangor Kini.

PKR membuat pengumuman calonnya di Seberang Perai Arena malam ini.

Desas desus sebelum ini menyatakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal kembali bertanding merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh.

EZY

Categories
NASIONAL

Azmin: Pertemuan pimpinan Pakatan Rakyat perkukuh gerak kerja

Oleh: NORHAYATI UMOR

PENANTI, 24 APR: Pertemuan antara pimpinan Pakatan Rakyat diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh kerjasama disamping membincangkan isu berbangkit sebelum ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata fokus utama Pakatan Rakyat adalah untuk menang dalam pilihan raya bagi memastikan perubahan dapat dilaksanakan.

Azmin“PAS dan DAP mempunyai dasar bersama yang kita pertahankan sehingga kini,” katanya kepada pemberita selepas majlis kenduri rakyat di Masjid Mengkuang Semarak, di sini.

Mohamed Azmin berkata semua pihak harus memberikan tumpuan di medan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana melihat keperluan menyampaikan mesej kepada Putrajaya.

“Soal kebajikan dan ekonomi harus menjadi tumpuan medan PRK, ini keperluan mendesak, saya akan berjumpa dalam masa terdekat. Soal tarik balik kenyataan itu tidak wujud.

“Kita mahu bincang kerjasama ini perlu diperkukuh dan saya yakin dengan pimpinan PR dapat dihasil dalam bentuk gerak kerja yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sokongan PAS terhadap kempen PRK Permatang Pauh.

EZY

Categories
NASIONAL

PRK Permatang Pauh: Jentera Pakatan siap sedia pertahan kemenangan

PERMATANG PAUH 15 APR: Jentera Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sedia mempertahankan kemenangan PKR sekaligus membenamkan Umno Barisan Nasional.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata beliau gembira kerana DAP dan PAS komited untuk membantu PKR mengekalkan kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil pada 7 Mei ini.

Azmin PKRKatanya, inilah yang ditakuti BN dan Umno takut apabila Pakatan bersatu.

“Kami tidak berpecah. Kami hanya mempunyai satu musuh, iaitu BN dan Umno,” kata Mohamed Azmin dipetik Malaysiakini.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan berganding bahu dan bersatu bagi memastikan kerusi tersebut kekal dimenangi.

“PKR bersama PAS dan DAP sepakat menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi Permatang Pauh tetap kekal di tangan Pakatan Rakyat.

“Perjuangan atas dasar menegakkan PKR dan menentang kezaliman menjadi teras perjuangan Umno BN akan terus menjadi keutamaan dalam usaha membenamkan hasrat Umno BN dalam PRK kali ini,” kata Mansor dipetik Keadilan Daily.

Lebih 1,000 hadirin membanjiri Dataran Rakyat di Taman Guar Perahu, Penanti tidak berganjak walaupun hujan renyai berterusan.

Pemilihan tema pelancaran ‘Demi Rakyat, Bantah GST, Tegakkan PKR’ bertepatan untuk rakyat menjadikan PRK ini sebagai referendum untuk menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Gimik pelancaran turut dimeriahkan dengan bacaan ikrar serta kibaran bendera seluruh negara dan ketiga-tiga parti gabungan Pakatan.

Pimpinan negeri yang hadir antaranya Pengerusi DAP, Chow Kon Yeow serta Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa tekad memastikan calon Pakatan yang bakal diumumkan nanti kekal mempertahankan kerusi yang dimenangi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei manakala hari penamaan calon 25 April.

Ini merupakan PRK ketiga di sana sejak 1998 dan PKR berjaya mempertahankan kubu kuat di Parlimen itu.

Kali kedua apabila Anwar dibebaskan dan isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen di situ, bagi memberi laluan untuk Anwar kembali ke Parlimen.

Kini, ia diadakan sekali lagi ekoran pemenjaraan Anwar sebagai tahanan politik.

EZY

Categories
NASIONAL

PRK Permatang Pauh: PKR sudah ada calon, tunggu pengumuman

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 8 APR: PKR sudah memutuskan individu layak bertanding pada Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh, bagaimanapun ia diumumkan secara rasmi apabila tiba masa.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PKR membuka bilik operasinya pada 14 April ini.

wan azizah pc purple 01“Sudah ada perbincangan dan kita akan umumkan bila tiba masanya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Annex, Shah Alam, hari ini.

Pun begitu, Adun Kajang itu enggan mengulas spekulasi Nurul Nuha Anwar, anak keduanya itu diangkat sebagai calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei, dan penamaan calon pada 25 April.

Kerusi itu kosong setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen pada 16 Mac lalu sebaik sahaja Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja dipohon keluarganya.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Anwar mengekalkan kubu kuatnya di Permatang Pauh dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.

EZY

Categories
NASIONAL

PRK Permatang Pauh bakal jadi referendum rakyat bantah GST

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang bakal diadakan dalam masa terdekat akan menjadi referandum rakyat berhubung perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tempoh sebulan pertama perlaksanaan GST ini akan diterjemahkan pengundi Permatang Pauh sama ada mereka bersetuju mahupun sebaliknya.

shamsul-iskandar-pkr(1)“Dijangkakan ia (PRK) akan diadakan dalam bulan Mei. Dalam masa sebulan ini, undi akan jadi satu referendum perlaksanaan GST ini kerana kenaikan harga barang dan saya rasakan ramai ahli yang berhormat turun melihat sendiri.

“Jika pengundi di Permatang Pauh menolak GST sewajarnya mereka akan membuat pilihan,” katanya di Lobi Parlimen.

Jelasnya, PKR sedang menunggu hasil mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu hadapan mengenai PRK Permatang Pauh selepas Speaker Dewan Rakyat mengumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan selaku Ahli Parlimen.

Tindakan ini disebabkan Lembaga Pengampunan Diraja menolak permohonan pengampunan terhadap Anwar yang difailkan keluarganya.

“Dari segi persiapan kita sudah bersedia sejak 10 Februari lalu. Tentunya kita terkejut dengan tindakan segera Lembaga Pengampunan Diraja.

“Apa pun jentera parti telah bersedia, cuma perihal teknikal seperti calon eloklah ita tunggu hasil mesyuarat PKR sendiri

“InsyaAllah dengan kerjasama yang baik ini kita boleh kekalkan majoriti sedia ada,” katanya.

EZY