Categories
KENYATAAN MEDIA

Ramadhan: Tarbiah buat keluargaku

Oleh: DATUK DR AHMAD YUNUS HAIRI
Kerajaan Negeri Selangor, melalui Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi telah berkerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor serta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan Negeri Selangor akan meneruskan perlaksanaan Program Ihya’ Ramadhan di peringkat Negeri dan Daerah yang telah dimulakan sejak tahun 2011 yang lalu. Sebagai satu pembaharuan dan memberi nafas baru program tersebut telah diberikan nama baru iaitu “Program Semarak Ramadhan Perdana Negeri Selangor 2015” dengan pelbagai pengisian dan program-program yang “attraktif” dan “interaktif”. Tema yang akan diketengahkan pada tahun ini adalah “Ramadhan: Tarbiah Buat Keluargaku”.

Dalam memastikan keagungan dan kemeriahan Ramadhan terus diraikan oleh segenap lapisan masyarakat, Jabatan Agama Islam telah menyediakan beberapa program bagi menyemarakkan program “Bulan Taqwa” yang telah nyatakan di dalam Al Quran yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. Surah Al Baqarah Ayat 183. Diantara aktiviti yang dirancang akan di laksanakan dalam Program Semarak Ramadhan Negeri Selangor adalah:

Program Iftar dan Tazkirah Santai di Dataran Kemerdekaan Shah Alam – 2 Ramadhan hingga 27 Ramadhan, Program Diskusi Khas Muslimat Peringkat Negeri dan Daerah, Program Tadarus, Taddabbur, Tazkirah dan Iftar Peringkat Daerah, Program Qiammullail dan Sahur Perdana Peringkat Negeri Selangor dan Program Tazkirah, Santai Ramadhan dan Street Dakwah.

Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada seluruh rakyat Negeri Selangor “Ramadhan Kareem” dan selamat menjalankan ibadah puasa, semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

# Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor

MB : Ramadhan bulan anugerah Allah