MB : Ramadhan bulan anugerah Allah

MB Soal jawab sidang media EXCO

Selangor henti catuan air


http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

MB : Penggunaan Akta 114 WSIA, Selangor jimat RM2 Bilion

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 MAC : Penggunaan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006) dalam usaha penstrukturan semula industri air dijangka bakal memberi penjimatan RM 2 bilion kepada kerajaan Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri dijangka hanya perlu membayar RM7.65 bilion kepada syarikat konsesi berbanding dengan tawaran dibuat sebelum ini RM9.65 bilion melalui Akta 114 WSIA.

Katanya, kerajaan negeri juga akan memastikan penjimatan itu akan digunakan sebaiknya untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan air kepada lebih tujuh juta pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Tenaga, Tenologi Hijau dan Air kerana bersetuju memudah cara penstrukturan semula industri air negeri selepas respons negatif syarikat konsesi terhadap tawaran pengambilalihan oleh kerajaan negeri.

a1“Kita akan mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) dengan pelbagai usaha termasuk pelaksanaan daerah zon bermeter (DMZ) dan kawasan daerah bermeter (DMA) serta pengurusan meter bersepadu.

“Kita juga akan lakukan penggantian paip sedia ada dengan gentian optik dan penubuhan Radar Penembusan Tanah (GPR) untuk mengesan kebocoran dalam sistem pengagihan bawah tanah,” katanya selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), di sini, hari ini.

Semalam, beliau mengadakan perbincangan dengan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili yang kemudiannya bersetuju untuk menguatkuasakan Akta 114 WSIA dalam menjayakan program penstrukturan semula industri air di Selangor.

Tempoh tawaran yang berakhir pada jam 5 petang semalam juga sekadar menyaksikan ABBAS sebagai konsesi tunggal yang menerima tawaran itu sementara tiga syarikat konsesi lain iaitu SYABAS, Puncak Niaga dan SPLASH menolak tawaran dibuat.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, melalui Akta 114 yang digunakan, syarikat konsesi kini tidak berpeluang lagi untuk mendapatkan penilaian timbang tara antarabangsa.

air021“Dengan ini juga bermakna, hanya Abbas yang akan menerima tawaran dibuat sebelum ini sementara syarikat konsesi lain akan menerima tawaran lebih rendah.

“Melalui WSIA, kerajaan pusat akan ambil alih aset (syarikat konsesi) dan kemudian keluarkan lesen kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk menguruskan operasi (industri air Selangor),” katanya.

Sebelum ini, melalui perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 26 Februari lalu, kerajaan pusat bersetuju memberi suntikan RM2 bilion bagi menjayakan penstrukturan semula industri air Selangor.

Dengan penggunaan Akta 114, kini kerajaan negeri mendapat tambahan lagi RM2 bilion menjadikan jumlah keseluruhan RM4 bilion.

-NFN-