Categories
GLOBAL

Riyadh: Bukan insiden rampasan kuasa, dron ceroboh istana

RIYADH – ARAB SAUDI 22 APR: Pihak berkuasa Arab Saudi menafikan insiden tembakan di istana raja di Riyadh lewat malam semalam bukan berpunca daripada insiden rampasan kuasa.

Agensi Berita Antarabangsa Al-Jazeera melaporkan sebaliknya, jurucakap kerajaan memaklumkan tembakan bertalu-talu itu dilepaskan oleh pasukan keselamatan yang menyasarkan sebuah dron mainan yang menghampiri kawasan istana.

Polis menembak jatuh sebuah dron kecil yang dikesan berada di kawasan pemeriksaan keselamatan di kejiranan Khuzama, lapor agensi berita kerajaan SPA.

Tambah SPA, satu siasatan telah dijalankan bagi menyiasat insiden tersebut.

Sementara itu, seorang pegawai senior yang tidak dinamakan memberitahu semasa kejadian, Raja Arab Saudi, Raja Salman tidak berada di Istana.

“Raja Salman berada di ladangnya di Diriya,” katanya.

Pada Oktober 2017, dua pengawal keselamatan terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembakan di pintu gerbang Istana As Salam di Jeddah.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, seorang lelaki berusia 28 tahun dikenali sebagai Mansour al-Amri melepaskan tembakan ke arah pos kawalan diraja sebelum ditembak mati oleh pengawal lain.

SUMBER: Al Jazeera

Categories
GLOBAL

Raja Salman pecat ketua turus tentera

GLOBAL 27 FEB: Pemimpin Arab Saudi, Raja Salman, memecat ketua turus tentera dan beberapa komander kanan lain, lapor media kerajaan, semalam, dalam perubahan mengejut ke atas badan pertahanan negara itu.

Pelantikan penjawat awam turut diumumkan, semalam termasuk seorang wanita, Tamadar Yousef al-Ramah sebagai timbalan menteri buruh dan pembangunan sosial, selain Putera Turki Talal – adik bilionair, Putera Al-Waleed Talal yang disiasat rasuah sebelum ini sebagai timbalan gabenor wilayah Assir.

Beberapa dekri diraja dikeluarkan lewat Isnin (waktu tempatan) itu menggantikan ketua tentera darat serta udara, selain pegawai kanan dalam kementerian dalam negeri.

Tiada sebab rasmi diberikan untuk tindakan berkenaan, tetapi ia menyusul ketika campur tangan tentera diketuai Arab Saudi di Yaman terhadap pemberontak Houthi disokong Iran yang kini menghampiri tahun keempat.

Agensi berita rasmi Saudi Press Agency (SPA) menyebut: “Perkhidmatan Jeneral Abdul Rahman Saleh al-Bunyan, Ketua Turus, ditamatkan dengan Fayyad al-Ruwaili dilantik menggantikannya.”

Pemecatan Abdul Rahman yang mengejutkan itu berlaku selepas dia merasmikan pameran besar minggu ini oleh Saudi Arabian Military Industries (SAMI), syarikat pertahanan milik kerajaan yang mengetengahkan usaha berterusan pembaharuan dalam sektor berkenaan.

SUMBER: AFP

 

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Lawatan Raja Salman: Sampai masa Arab Saudi mesti jelaskan isu derma

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 FEB: Kerajaan Arab Saudi disaran menjelaskan kepada rakyat Malaysia sama ada benarkah dakwaan Umno bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri merupakan derma disumbangkan oleh seorang putera raja Arab Saudi.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata perkara itu perlu disentuh Kerajaan Arab Saudi memandangkan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud kini berada di Malaysia.

“Kerajaan Arab Saudi khususnya bila Raja Arab Saudi berada di sini sepatutnya menyentuh benar atau tidak ada seorang putera Arab Saudi menderma RM2,600 juta kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita perlukan kepastian kerana alang-alang orang yang menderma itu ada di sini, kenapa tidak dibuat satu pengakuan betul atau tidak duit itu diderma oleh mereka kepada Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Mukhriz berkata demikian pada program Ceramah Mega Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Seksyen 18, di sini, malam tadi.

Jelasnya, tindak tanduk Perdana Menteri dan beberapa pemimpin Umno yang sebelum ini sering berdolak-dalik dalam memberikan penjelasan mengenai wang derma itu menyebabkan majoriti rakyat yakin wang itu adalah wang dana milik 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Pertama kerana Perdana Menteri kata duit diderma putera raja Arab Saudi ini kepada Umno untuk melawan pembangkang tapi ada menteri kata duit itu untuk melawan Isis dan kemudian tukar lagi untuk melawan Yahudi. Mana satu betul saya pun tak tahu sebab cerita asyik berubah.

“Kalau benar putera raja itu mengaku memang benar kami yang menderma, juga merupakan satu perkara yang perlu kita pertimbangkan, adakah boleh kuasa asing mencampuri urusan politik kita,” katanya lagi.

Katanya lagi, dakwaan Najib mengenai derma itu bertambah meragukan ekoran Arab Saudi sendiri terpaksa meminjam 10 bilion dolar Amerika untuk membangunkan ekonomi mereka akibat kejatuhan harga minyak di pasaran antarabangsa.

=EZY=